Assalamualaikum w.b.t
Macam mana saya nak mula entri kali ni ye..sebab saya sendiri pada asalnya 50-50 nak derma ke tak nak organ saya apabila saya meninggal..
Saya ambil borang tapi saya tak terus hantar ke wakil badan kerajaan(hospital) yang datang beberapa jam sahaja di company saya..memang secara lazimnya visitor boleh masuk ke kawasan cafeteria atas urusan mereka(yang telah lulus dan berdaftar la) sama ada berniaga atau memberi taklimat
Saya juga berangan akan masuk untuk mempromosikan shaklee saya andai kata saya telah tidak berkhidmat di sini lagi..hihi (masa tu dah pangkat Cordinator ke atas)..inshaAllah
Ok,berbalik pada tajuk menderma organ..saya telah tekad dan mengikhlaskan diri LillahiTaala untuk menderma,bukan 50,bukan 60 tetapi 100% saya telah bersedia..
Setelah faham akan hukum menderma dari sudut syarak saya pun amat yakin kerana ada 3 perkara yang akan kita bawa ke akhirat kelak iaitu:
1.sedekah jariah
2.ilmu yang bermanfaat
3.doa anak yang soleh
Dari konsep menderma di sini no 1 adalah sedekah yang dimaksudkan kerana kita telah menyelamatkan nyawa seseorang yang amat memerlukan bantuan secara langsung memberi peluang untuk penerima organ meneruskan kehidupan
Amat menyedihkan saya sebagai seorang Islam apabila minggu lepas keluar di dalam berita (tv1 tak silap) tentang peratus kaum kita sangat rendah (6.3k) berbanding kaum Cina (113k) dan India (6.5k) yang telah berdaftar sebagai penderma..
Tempatkan diri anda di posisi waris atau pesakit yang mengalami situasi yang amat memerlukan bantuan..anda mesti meletakkan harapan yang tinggi pada si penderma bukan??