Pengasas Shaklee

Saturday 29 November 2014

Bila Anak kena Sawan Demam

Assalamualaikum w.b.t.

Semua ibu bapa yang tiada pengalaman pasti akan panik bila anak kena sawan betul tak??itu yang saya alami dan lalui.

Cerita anak saya kena sawan macam ni..

Malam sebelum kejadian anak saya,Wawan (nama penuh Muhammad Syazwan) mengalami batuk.Dia bila dah batuk memang lambat baik.Saya beri ubat batuk kanak-kanak dan dia pun tidur.Masa tu badan tak panas pun

Tengah malam dalam pukul 2 saya sedar badan dia panas.Saya dengar Wawan merengek sebab tak sedap badan.Saya ambil air dan kain untuk lap badan dia.Saya ingat yang dalam peti ais ubat demam dia dah tak ada.Lepas buat dermahan dia senyap dan sambung tidur.Saya dah 'plan' nak bawa dia ke klinik pagi esoknya

Lebih kurang pukul 5 pagi saya dan suami terkejut bila Wawan menggeletar satu badan.Tangan dan kaki bergoncang .Suami saya panik.Saya menjerit 'Ya Allah anak aku kena sawan'.Saya dengan pantas angkat dan bawa Wawan ke bilik air.Saya  basahkan dia dengan air paip.Masa tu saya berserah pada Allah sahaja.Kebergantungan saya tentang hidup dan mati anak saya hanya pada-Nya.Hati siapa yang tak luluh dan sedih tengok anak yang dalam keadaan mulut berbuih dan mata terbeliak ke atas kan?

Bergegas ke hospital..

Sepanjang perjalanan ke hospital saya dan suami tak berhenti-henti  membaca Al-Fatihah.Sambil berdoa dalam hati semoga Allah panjangkan umur Wawan.Selang masa 15 minit kami  pun sampai.Kami bawa Wawan ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Fatimah.Saya dalam keadaan basah tak fikir apa-apa dah masa tu terus dimasukkan ke Wad separa kritikal membawa Wawan yang dalam keadaan separa sedar selepas doktor di bahagian pendaftaran memeriksa keadaan Wawan.Doktor kata 'sawan dah tak ada sebab mata dah normal'

Sayu saya tengok Wawan yang bernafas dalam keadaan sukar pada  masa tu .Alhamdulillah,syukur saya pada Allah sambil menahan nangis Allah masih panjangkan umur Wawan.

Kena tahan wad..

Satu malam saya dan Wawan tidur di wad kanak-kanak.Suhu badannya yang semakin menurun dan dah tak demam .Allah telah menguji saya dengan ujian yang mampu saya pikul.Allahuakbar..

Nasihat saya kepada ibu dan ayah serta kepada diri sendiri jangan biarkan jika anak kita demam.Serik saya dengan kejadian itu.Pengalaman ngeri saya dan suami.Upsss,lupa cerita yang anak saya yang sulung Akis (Nursyazwani Balqis) berada di samping adiknya dari mula cerita ke hospital pagi tu.Memang kakak yang penyayang kan??

#gambar masa Wawan dah penat sangat dalam keadaan suhu badan masih panas(pakai baju hospital sebab tak sempat bawak apa-apa masa tu)



Wednesday 26 November 2014

Tiada Aedes

Lupuskan tempat pembiakan!!!

√ Kita sentiasa sibuk dengan urusan harian tetapi kita tidak boleh abaikan kesihatan kita

√ Peruntukkan 10 minit setiap minggu untuk kita cari dan musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes,pembawa demam denggi

√ Kelalaian kita boleh menyebabkan penderitaan dan kematian diri kita dan orang yang kita sayangi

Kitaran Hidup Nyamuk Aedes.....

√ Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur menjadi nyamuk dewasa hanya mengambil masa selama 7 HARI

√ Anda boleh memutuskan kitaran hidup nyamuk Aedes dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar premis

Apa yang perlu kita lakukan??

Cari dan lupuskan tempat-tempat pembiakan Aedes di dalam rumah dan di luar rumah!!

Monday 24 November 2014

Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Anak Diserang Sawan??

Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda diserang sawan??

1.Letakkan anak anda dalam keadaan mengiring supaya mudah untuk mengalirkan lendir atau muntah

2.Longgarkan baju anak terutamanya sekitar leher

3.Catatkan jangka masa sawan,perhatikan ciri-ciri sawan

4.Jangan goncang/gegar/tepuk kepala atau badan kanak-kanak tersebut

5.Jangan masukkan sebarang objek ke dalam mulut pesakit walaupun pesakit kancing gigi

6.Jangan bagi ubat / minuman melalui mulut

7.Bawa anak ke klinik atau hospital terdekat

Sunday 23 November 2014

SAWAN DEMAM

Sawan demam adalah pengalaman yang menakutkan bagi ibu bapa atau penjaga terutamanya bagi yang belum berpengalaman.Tetapi sebenarnya ia tidaklah seteruk yang disangkakan.

Dari setiap 30 orang kanak-kanak, seorang dijangkakan mendapat satu serangan sawan ketika mencapai umur 5 tahun.

Apakah sawan??

Ia adalah serangan yang menyebabkan seseorang itu hilang kesedaran serta berlaku kekejangan dan pergerakan menyentak kaki dan tangan pengidapnya.Serangan ini berpunca dari aktiviti elektrik di otak yang abnormal

Apakah sawan demam??

Ia adalah serangan sawan ketika demam dan biasanya berlaku ke atas kanak-kanak yang berumur di antara 3 bulan hingga 6 tahun

Apakah punca sawan demam??

Ia berpunca dari sebarang jenis penyakit yang menyebabkan demam panas

Thursday 20 November 2014

Jalani Ujian PAP Smear

Assalamualaikum w.b.t.

Di entri yang lepas saya ada menulis tentang kanser serviks. Kali ini saya ingin menerangkan lebih lanjut lagi gejala-gejala kanser serviks dan cara mencegahnya.

Antara gejala-gejala kanser serviks adalah;

1.Faraj berair dan berbau
2.Pendarahan melalui faraj antara haid
3.Pendarahan dari faraj lepas putus haid
4.Pendarahan dari faraj selepas hubungan seks
5.Sakit semasa hubungan seks

Bagaimana pula mecegahnya??

1.Melakukan ujian saringan PAP Smear setiap 3 tahun
2.Amalkan hubungan seks yang sihat
3.Tidak merokok

Saya sendiri baru sahaja kali pertama menjalani ujian PAP Smear.Almaklum,saya orang yang pegang pada 'Mencegah Lebih Baik dari Mengubati'.

Di bawah ini sedikit info bagaimana ujian PAP Smear dilakukan:

1.Pemeriksaan dalaman dilakukan menggunakan spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj

2.Sel-sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula dan kemudian dihantar ke makmal untuk diproses

Itu sahaja yang dapat saya sampaikan kali ini.Semoga memberi manfaat kepada kita semua.InshaAllah..

Wednesday 19 November 2014

LAKUKAN PEMERIKSAAN SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN

Assalamualaikum w.b.t.

Saya dahulunya kurang mengambil berat tentang masalah kesihatan.Almaklum,faktor umur masih muda kot saya berfikiran begitu(ke perasan muda je saya ni??..kihkih).Tapi zaman sekarang orang muda pun boleh menghidap pelbagai penyakit contohnya darah tinggi dan kencing manis.

Setelah kesedaran tentang tahap kesihatan ni menebal(sejak bersuplemen katanya..hehe)barulah saya sedar betapa pentingnya kita melakukan pemeriksaan bagi mencapai tahap kesihatan yang optimum dan unggul.

Lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik kesihatan anda secara berkala sekiranya anda;

1.Berumur 35 tahun dan ke atas

2.Berlebihan berat badan atau obes

3.Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes

4.Tidak aktif atau melakukan aktiviti fizikal kurang daripada 3 kali seminggu

5.Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi

6.Mempunyai tekanan darah tinggi 140/90 mmHg atau lebih

7.Mempunyai gejala-gejala penyakit diabetes seperti luka yang sukar sembuh,kerap dahaga,sering membuang air kecil pada waktu malam dan gatal-gatal atau mendapat jangkitan kulat pada kemaluan

Saya bersedia mendengar masalah yang anda hadapi(berkaitan kesihatan ye)

Hubungi saya untuk konsultansi percuma

Misz 0129734729
Fb:ibu tayunk

Tuesday 18 November 2014

Krim Yang Melegakan Dari Gigitan Nyamuk

Duduk rumah kampung memang banyak nyamuk 'time' maghrib kan?kalau tak tutup rapat pintu tingkap semua "ngingg ngingg" je kat telinga nih.

Lagi dapat darah budak-budak yang fresh memang ke situ jela nyamuk tuju.kita yang dah tua ni tak pulak banyak nak dekat..hihi

'Try' sapu krim multipurpose herbal blend kat tempat kena gigit automatik gatal tu kurang.taklah garu sampai melecet kulit si manja nanti.

Tapi kan..saya memang suka lah krim tu,tumit kaki ni dah kurang pecah-pecah tau.almaklum..kita la maid yang kelam kabut kat dapur kan...

#shakleeEFFECT

Misnawati Isun
Sid 1106050
012-9734729
Fb:ibu tayunk

Bimbingan Dari Upline Seperti Keluarga Dalam Bisnes Shaklee..Itu yang membuat saya tertarik dengan MLM

Alhamdulillah..setelah mendapat kata sepakat kami dipertemukan dalam satu sesi secara offline bagi menimba ilmu dan strategi dalam Shaklee.

Apa yang best nya bisnes shaklee ni adalah kami seperti satu keluarga.Tiada pengetahuan tentang produk atau bagaimana nak mula semua telah diajar oleh sifu kami Norhana Marsom.Beliau seorang yang gigih dan pemangkin semangat kami.thanks kak!!

Kepada adik paling muda Saharulasyikin Haris teruskan usaha ye!!!teruja hingga ke saat ini beliau telah terkesan dengan vitamin C  dan ESP.kulit semakin cerah berseri.nak testimoni nanti ye kin!!

Yang baru je join kami semalam Eira Lin.Tahniah kerana memulakan langkah bijak ini.sebarang kemusykilan kami sedia membantu anda.

Upsss lupa nak beritahu yang kami pernah berkhidmat dalam satu bumbung company yang sama dan telah berjumpa di satu bumbung rumah yang sama.Dengan izin-Nya dan redha suami jua.

Anda yang sedang berfikir-fikir nak buat side income tu boleh sertai kami.Nak daftar keahlian sahaja untuk mendapat tawaran harga hebat pun boleh jika ambil suplemen untuk kegunaan sendiri.

Hubungi saya tanpa teragak-agak ye!!

Misz 0129734729
Sid 1106050
Fb:ibu tayunk

Monday 17 November 2014

Tips Kuruskan Badan

Assalamualaikum semua..

Ramai yang tanya nak kurus macam mana?tips demi tips saya boleh beri.nak tak nak ikut je.shaklee ni suplemen.suplemen bukan dari bahan kimia yang berbahaya.ia sumber semulajadi.baik dari bahan hinggalah pembuatannya.semua menjalani kawalan kualiti yang ketat dan terperinci.testimoni yang digunakan pun adalah keatas manusia sendiri bukannya tikus.jadi tak hairanlah jika sesuatu produk tu  memerlukan masa yang agak lama sebelum betul-betul  bagus untuk dipasarkan.

Berbalik cerita nak kurus tadi saya sangat rekemen Omega Guard yang memang cepat bertindak bagi membakar lemak-lemak jahat dalam badan tu.Bila lemak dah larut maka perlulah dibuang dan Alfalfa sangatlah sesuai bagi proses tersebut selain menyingkirkan toksin dalam badan.Eh,dah kurus pastu tak kan nak kulit dan otot menggeleber ye tak?ambil la ESP  atau Cinch Shake pulak.bagi bina balik otot-otot  tu..tambah tegangkan kulit.nah,senang je kan tips saya ni??!!wassalam

#sharingTIPSshaklee

Misz 0129734729
Sid 1106050
fb:ibu tayunk

4 Perkara yang membuatkan saya Gila ber fb(facebook)

Assalamualaikum semua..

Tengok tajuk mesti gerun kan??saya nak kongsi cerita saya dengan anda.

'Gila' yang saya nyatakan bukanlah otak tak betul ye.hehe..ni kisahnya..

Gila 1(2011)

Time preggy(masa mengandung) anak no 2 saya 'gila' menyertai 'contest'  (peraduan) di dalam fb.masa tu sebab saya nak hadiah barangan bayi.hmmmm...kelakar kan?siang malam saya bersengkang mata cari 'vote' untuk 'like' terbanyak.

Bukan 1 contest,bukan 2 contest tapi banyak yang saya dah joint.Tapi keputusan hampa tak satu pun hadiah yang saya dapat.sedih kan??tapi takpe bukan rezeki saya

Gila 2(2012)

Pernah satu tahap saya bosan 'gila' buka fb..sebab apa?Bila buat status tiada respon langsung.haha..kesian kan??

Dipendekkan cerita saya belajar main game di fb.Minta pelajar praktikal tempat kerja saya ajarkan.Orang muda memang pandai bab-bab game ni.Sekali lagi saya 'gila' hingga tengah malam tak tidur-tidur lagi gara-gara nak habiskan task dalam setiap game.

Gila 3(2013)

Kali ni 'gila' yang bermanfaat daripada  contest dan game.Saya berkenalan dengan seorang sahabat di alam maya yang saya sendiri tidak pernah jumpa secara 'face to face' dengannya.

Saya main 'kutu'(undi) dengannya.Bila dah seronok dapat duit kutu dalam jumlah yang banyak saya aktif bermain kutu sampai 3 orang mak kutu saya dah sertai.Keluar gaji je mesti nak asingkan duit kutu dulu.

Natijah dari 'gila' yang ni adalah saya masih tak dapat duit kutu saya sebanyak Rm300 dari mak kutu yang dah lari dari tanggungjawab.Sebelum tu dia beralasan ada player yang tak bayar lagi.Nasib saya la kan.dapat turn yang last-last

Gila 4(2014)

Ni 'gila' yang menguntungkan dari bulan 1 hingga sekarang 7/12/2014.Apa dia??'gila' yang akan mengubah hidup saya.Memberi tips dan panduan kepada anda yang ingin sihat iaitu menceburi bisnes Shaklee online dan offline.

Untuk anda yang mahu sertai 'gila' saya yang ke4 ni sangat-sangat dialukan.Bimbingan demi bimbingan akan saya ajar.

Dari 2 angka hingga 3 angka telah saya dapat dalam Shaklee.Suplemen terlaris di Malaysia masa kini.

Saya berdoa semoga 'GILA' yang terakhir ni membawa rahmat dan keberkatan kepada saya,keluarga,sahabat SID(shaklee independent distributor) yang lain.Inshaa Allah

#diMANAadaKemahuanDiSituAdaJALAN

Friday 14 November 2014

TUMOR TAK SEMESTINYA KANSER

Bismillahirrohmaanirrohim...

Assalamualaikum w.b.t.

Ramai dikalangan kita pernah dengar perkataan "kanser".Tapi hakikatnya tak ramai yang tahu bahawa ketumbuhan(tumor) tak semestinya kanser.

Apa itu kanser??

Kanser adalah sejenis penyakit yang berlaku apabila sel bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunyab ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.

Tumor terbahagi dua iaitu;

1.Tumor bukan kanser(benign)
2.Tumor kanser(malignant)

Tumor bukan kanser tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ lain.

Manakala tumor kanser pula boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain sekiranya tidak dirawat.

Untuk kanser,ramai yang telah terkesan dengan vivix seperti selebriti kita ni sendiri(rujuk gambar di bawah)

Boleh hubungi saya tanpa segan silu jika anda memerlukan bantuan k!

Misz 0129734729
Sid 1106050
Fb:ibu tayunk

DIABETES bukan betis!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di hari Jumaat yang mulia ini saya ingin kongsikan tentang Diabetes pula.Apa itu Diabetes??Apa jenis-jenis Diabetes??

Diabetes ialah sejenis penyakit kronik tidak berjangkit.Ia berlaku apabila paras gula dalam darah adalah tinggi disebabkan kekurangan insulin dalam tubuh atau insulin menjadi tidak sensetif dan tidak bertindak balas dengan tisu-tisu tubuh

Apa itu insulin???

Insulin adalah hormon dalam tubuh kita yang akan mengawal paras gula dalam darah.Diabetes merupakan salah satu faktor bagi penyakit jantung atau kardiovaskular.

Diabetes terbahagi 3 iaitu:

1.Diabetes jenis 1
2.Diabetes jenis 2
3.Diabetes ketika mengandung

Selain Strok,Vivix juga adalah suplemen yang sangat berkesan untuk mengatasi Diabetes.

Sangat rekemen untuk anda!!!

Misz 0129734729
Sid:1106050
Fb:ibu tayunk

Thursday 13 November 2014

Apa Yang Dikatakan STROK??

Assalamualaikum w.b.t.

Ramai yang selalu dengar perkataan strok.Tapi masih tidak tahu bagaimana strok boleh berlaku.Entri kali ni saya cerita tentang strok ye.

STROK>>>>>>>>>Apa?????

Strok berlaku apabila saluran darah yang membawa oksigen dan zat-zat makanan atau nutrien ke otak tersumbat atau pecah.

Apabila bekalan oksigen ke otak terputus,sel-sel saraf secara perlahan-lahan akan mati.Ini menyebabkan bahagian badan yang dikawal oleh sel-sel saraf ini akan juga terlibat dan tidak berfungsi.

Selalunya kesan strok adalah kekal.Ini disebabkan sel-sel otak yang telah rosak atau mati tidak dapat diganti.

Justeru,strok juga merupakan penyakit kardiovaskular.

Terdapat pelbagai risiko penyakit kardiovaskular antaranya ialah;

1.Obes
2.Diabetes
3.Tekanan darah tinggi
4.Pemakanan tidak sihat
5.Kurang senaman atau tidak aktif
6.Merokok
7.Tekanan perasaan(stres)

VIVIX>>>>>>>VS>>>>>>STROK

Vivix adalah suplemen yang boleh mengatasi strok.InshaAllah..

Hubungi saya melalui:
Fb:ibu tayunk
H/p:0129734729
Misnawati isun

Wednesday 12 November 2014

APA ITU PENYAKIT KARDIOVASKULAR??

Penyakit kardiovaskular adalah penyakit yang tidak berjangkit dan ia merupakan masalah kesihatan yang utama di negara kita.

Salah satu penyakit kardiovaskular adalah penyakit jantung.

Apa yang dikatakan penyakit jantung??

Seseorang yang dikatakan mendapat penyakit jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan oleh saluran darah yang sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali.

Ini terjadi kerana pengumpulan lemak yang melekat di dinding saluran darah lama kelamaan menyekat atau mengurangkan pengaliran darah ke otot jantung.

Apa suplemen yang sesuai??

CoQHealth Shaklee adalah suplemen yang sesuai kerana :

√ menyokong penghasilan tenaga bagi jantung

√ menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL

√ meningkatkan peredaran darah

√ menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh hubungi;

Misz 012-9734729
Fb:ibu tayunk

Tuesday 11 November 2014

DERMA DARAH

Assalamualaikum..

Ada 2 perkara yang sedih dan gembira.

Yang sedih dulu..

bulan 4 haritu derma darah 450ml,harini dapat derma 350ml sahaja.sebab doktor cakap berat badan tak layak derma 450ml.siap doktor tanya dah kurus la ni??hehe..dengan bersyukur dalam hati saya cakap ambil suplemen.kalau dia tanya lagi suplemen apa mesti saya dengan bangga akan cakap Shaklee.tapi doktor senyum je.tak yahla nak over plak ye tak??

Yang gembira pulak ..

Percubaan menderma tidak berjaya pada bulan 8 dah dicover harini.haritu tekanan darah rendah sebab tak  cukup rehat dan diatasi dengan omega dan vitamin c  selama 2 bulan.alhamdulillah

Untuk anda yang takut jarum,cubalah buang rasa takut tu.niatkan dan positifkan dalam hati cakap saya tak takut jarum.untuk yang bermasalah tekanan darah rendah@tinggi atau tak cukup berat badan saya cadangkan ambil suplemen sebab tak semua zat makanan yang kita makan diserap oleh badan!!

Menderma demi sebuah kehidupan.

Sharing coz loving

Saturday 8 November 2014

Nak Hilangkan Jerawat..

Assalamualaikum w.b.t

Mabelles resultnya bila ambil suplemen..pengambilan vitamin adalah pilihan yang bijak kerana ia memperbaiki sel-sel kita dari dalam..dah lah dapat sihat..pastu kulit pulak makin cerah berseri..muah!!!

Apa vitamin yang bagus untuk jerawat ye?apa pula fungsi setiap vitamin tu??

1.vitamin c-Menyihatkan kulit
2.vitamin e-Menghilangkan kesan parut
3.vitamin b complex-Menghasilkan sel-sel baru
4.zinc complex-Mengatasi kulit berminyak

Misz 0129734729
Fb:ibu tayunk

Friday 7 November 2014

AKTIVITI FIZIKAL

Apa itu Aktiviti Fizikal?

√ Pergerakan yang dihasilkan oleh penggunaan otot-otot yang utama yang mampu membakar kalori yang berlebihan dalam tubuh

Contoh?

√ menaiki tangga
√ menyapu
√ mengemop lantai
√ mengemas rumah
√ membasuh kereta
√ berkebun di halaman rumah

Apa itu senaman?

-berjoging
-berlari
-berjalan pantas
-berenang
-berbasikal

Kebaikan senaman?

√ meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot

√ menguatkan otot jantung dan meningkatkan perjalanan sistem salur darah

√ meningkatkan fungsi paru-paru

√ membantu organ penghadaman dan perkumuhan

√ meningkatkan koordinasi antara saraf dengan otot

√ mengekalkan berat badan ideal

√ menyumbang kepada postur dan penampilan diri

√ mengawal penyakit NCD seperti diabetes,penyakit jantung dan hipertensi

*sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk Otak Pandai..

Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

√ Mencegah insomnia

√ Mengurangkan tekanan emosi

√ Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan

√ Membantu memperbaiki masalah autism

√ Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive

√ Mengurangkan masalah schizophrenia

√ Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak (meroyan)

Untuk membantu perkembangan otak anak kita juga..kerana mengandungi EPA dan DHA...

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya:

Misnawati Isun
0129734729
Sid:1106050
Fb:ibu tayunk
Instagram:ibutayunk
Wechat:misz_aqish
Email:misz_aqish@yahoo.com

Wednesday 5 November 2014

Kanser Serviks..Mungkinkah SAYA??

Apa itu serviks?
-Serviks adalah pangkal rahim

Apa itu rahim?
-Rahim merupakan bahagian dalam badan  wanita di mana bayi membesar

Apa itu KANSER SERVIKS?
-Kanser serviks atau Kanser Pangkal Rahim adalah keadaan apabila sel-sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser

Faktor-faktor berisiko mendapat kanser serviks adalah seperti berikut:

√ Jangkitan virus Human Papilloma Virus(HPV) melalui hubungan seks

√ Ramai pasangan seks

√ Memulakan hubungan seks sebelum usia 18 tahun

√ Merokok

√ Sejarah jangkitan penyakit kelamin

Siapakah yang berisiko?
-Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks

#serviks1

Siapa boleh ambil OMEGA GUARD??

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya cuma nak beri info untuk anda berkenaan siapa yang boleh ambil OMEGA..

Ada satu kisah tentang sahabat saya yang mana kakaknya keguguran (kandungan baru peringkat trimester pertama) kerana ambil minyak ikan..tapi bukan minyak ikan dari produk OMEGA GUARD SHAKLEE ye..beliau beli dari farmasi yang mana jenamanya biarlah rahsia..

Sebenarnya bukan produk tu tak bagus cuma penerangan dari pemilik farmasi tu tak cukup detail je .Jika beli dari saya inshaAllah saya akan terangkan satu -persatu

Sini info nye;

OMEGA GUARD SESUAI UNTUK SIAPA??

1. Warga Emas

2. Pesakit Jantung

3. Wanita

4. Wanita yang telah melahirkan anak

5. Pesakit darah tinggi

6. Orang yang selalu lupa

7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas

8. Pelajar

9. Ibu menyusu

10. Ibu Hamil trimester tahap 2 dan 3

11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

12. Orang yang nak kuruskan badan

13. Penghidap asma

Berminat nak tahu lagi lanjut boleh hubungi saya..

Misz 0129734729
Sid 1106050
Fb:ibu tayunk

Tuesday 4 November 2014

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT DAN RISIKO ANDA

Penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Disease (NCD) merupakan masalah kesihatan yang utama di Malaysia.

Berikut merupakan penyakit NCD yang utama:

> Penyakit kardiovaskular(seperti jantung,hipertensi dan strok)

> Diabetes

> Kanser

> Penyakit respirastori kronik(seperti asma dan emfisema)

NCD boleh dicegah melalui kaedah:

√ Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu(selama 20-30 minit setiap kali senaman)

√ Makan secara sihat

√ Kekalkan berat badan unggul

√ Berhenti merokok

√ Belajar menangani stres

√ Periksa tekanan darah

√ Periksa paras gula dalam darah

√ Periksa paras kolesterol dalam darah

√ Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Paling bagus ambil suplemen untuk kekalkan tahap kesihatan anda di tahap optimum

Seperti saya,pemeriksaan kesihatan memang amat saya titikberatkan..

Wallahualam..

*sharing COZ caring

AWAS PENYAKIT KELAMIN

Apa itu penyakit kelamin?

√sejenis penyakit yang disebarkan oleh seseorang melalui hubungan seks

Apakah jenis-jenis penyakit tersebut?

1.Syphilis
2.Gonorrhoea
3.Jangkitan HIV/AIDS
4.Kandidiasis
5.Herpes Kelamin
6.Dan lain-lain

Tanda-tanda jangkitan?

√Keluar cecair kekuningan luar biasa dan berbau busuk daripada alat kelamin lelaki dan perempuan

√Berkudis dan ketumbuhan pada alat kelamin

√Gatal dan ruam di sekeliling alat kelamin

√Terasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil

Akibat jika tidak dirawat?

√Boleh menjangkiti pasangan seks

√Jika ibu mengandung:
-boleh menjangkiti bayi dalam kandungan
-menyebabkan kecacatan pada bayi

TAHUKAH ANDA??

ORANG YANG MENGHIDAP PENYAKIT KELAMIN BERISIKO 10 KALI GANDA UNTUK DIJANGKITI HIV

Semoga info ini bermanfaat buat anda..

*akibat lain jika tidak dirawat(rujuk gambar)

Sunday 2 November 2014

Set Cantik Asas

Panduan untuk anda yang nak suplemen untuk kecantikan sangat mudah..

Saya suka vitamin asas untuk cantik ni.saya sedang sabar mengambilnya..inshaAllah satu hari nanti kulit saya tidak melambangkan usia saya..bak kata omputih.." very like this supplement"

Nak sentiasa nampak muda dan glowing2 ambil vitamin c,pastu vitamin e bantu buang kesan-kesan parut di wajah dan kulit..psssssst,vitamin b complex bantu beri tenaga untuk kita kekal ceria tau..hehe

sangat syorkan untuk anda yang nak cantik bermula dari dalam

Misz 0129734729
Sid 1106050
Fb:ibu tayunk

Saturday 1 November 2014

Perlu ke Sepah Dibuang Setelah Madunya habis??

Astagfirullah..astagfirullah..astagfirullah hal Azim..

Beristighfar saya dengan perangai seorang suami yang menengking isteri di hadapan ramai..tapi bukan suami saya..jangan salah anggap ye..nauzubillah..

Isteri sakit minta dibawa berubat pun salah ke?isteri tak selera makan patut dimarah ke?Cari ikhtiar untuk berubat sebenarnya itu adalah jalan penyelesaian..ke anda memang nak isteri anda itu mati??anda jangan lupa ye isteri itu telah melahirkan zuriat anda wahai suami..bukan seorang tetapi 4 orang telah ber'bin kan anda.

Adakah kerana anda telah mendapat lagi seorang isteri anda patut tidak mempedulikan isteri yang pertama anda kahwini itu??adilkah anda berpoligami??dimana rasa sayang anda semasa mula-mula anda minta izin untuk nikah dengan isteri itu di hadapan ayah dan ibunya??ingat janji manis itu bukan sebelum memiliki sahaja,tetapi hingga akhir nyawa anda perlu dikotakan janji

Kepada para suami tak kira berapa banyak harta anda,berapa banyak isteri anda tolong jangan abaikan tanggungjawab anda.tidak di dunia Allah beri hukuman,tunggu di akhirat kelak..

Bimbing lah isteri-isteri anda dengan sebaik-baik bimbingan..bukan mengherdik,menengking dan mengaibkan mereka di khalayak ramai..

Renung-renungkan dan selamat beramal

*gambarSEKADARhiasan