Pengasas Shaklee

Saturday 31 January 2015

Pengedar Shaklee Muar 2015 | Alfalfa Promosi

Assalamualaikum w.b.t.

Hari-hari saya tak lupa vitamin 'cinta ' saya iaitu Alfalfa.Tumbuhan yang dikenali  sebagai 'Raja Segala Tumbuhan' ni bermanfaat untuk:

-DETOX(MENCUCI) HATI,DARAH DAN USUS
-MENCANTIKKAN KULIT DAN OTOT
-MELAWAN ALAHAN PADA KULIT DAN HIDUNG YANG SENSETIF
-KURAP
-BAU BADAN
-ULAT AIR
-KEMBUNG
-HEPATITIS
-SEMBELIT
-HAPUSKAN LEMAK
-KURANGKAN KOLESTEROL
-JANTUNG
-STROK
-DARAH TINGGI
-PERBAIKI SEL KANSER
-MEMBUANG TUMOR
-KELETIHAN
-MENCEGAH ATRITIS
-'KACIP FATIMAH MODEN'

Notakaki:Untuk keberkesanan suplemen tolong kurangkan pengambilan kaffein ok!!kerana kaffein akan 'potong' khasiat suplemen.

Sharing coz loving.
Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Jan 2015

Apa Itu Paraben???

Assalamualaikum w.b.t

Good info for me and for uollss...lepas ni cek produk yang kita guna agar bebas PARABEN k!!

Apa itu paraben???

Paraben adalah benzoic acid tetapi versi sintetik. Benzoic acid ini sebenarnya terhasil secara semulajadi dalam buah-buahan. Tetapi apabila ia dihasilkan secara sintetik bukannya secara semulajadi ia dipanggil paraben.

Parabens sebenarnya adalah beberapa bahan kimia yang berbeza dengan struktur molekul yang sama. Paraben sangat meluas digunakan dalam produk komestik (syampu , perapi , losyen, pencuci muka dan mandi dan scrub) yang mana mudah diserap oleh kulit, darah dan sistem percernaan.

Paraben juga boleh didapati dalam syampu, losyen, deodorant dan lulur. Paraben membuatkan cecair menjadi lebih likat untuk digunakan seperti syampu.

Kebiasaannya pada label botol ditulis dengan nama Ethylparaben , butylparaben, Methylparaben, propylparaben, bahan-bahan lain yang berakhir dengan – paraben.

Empat daripada ini kerap digunakan dalam kosmetik iaitu ethylparaben , butylparaben , Methylparaben dan propylparaben . Methylparaben dan propylparaben adalah yang paling biasa digunakan.


Adakah Paraben Menganggu Kesihatan Kita?
Paraben boleh menyebabkan gangguan endokrin iaitu menganggu kefungsian hormon dalam badan. Kerana kesannya menyebabkan peningkatan risiko kanser payudara dan menganggu kawasan peranakan wanita.

Sharing coz loving.
Misnawati isun

Friday 30 January 2015

Kandungan yang ada dalam Vivix Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Pagi ni kita baca ilmu tentang 4 bahan utama yang ada pada VIVIX aka TONIK AJAIB SHAKLEE k!

EMPAT bahan utama dalam Vivix nih iaitu Anggur Muscadine, Elderberry, Purple Carrot and Polygonum Cuspidatum.

1- ANGGUR MUSCADINE

Satu-satunya anggur yg mempunyai lebih satu kromosom yg bermanfaat untuk kesihatan. Anggur ini mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser, juga sebagai anti-virus dan anti-bakteria.

Anggur muscadine dan bijinya adalah salah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti-radang. Jika dibandingkan dengan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular,menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

2- ELDERBERRY / Sambucus Nigra

Berry yang bertaraf PREMIUM HIGH CLASS kalau dalam salasilah keluarga berry. Elderberry merupakan buah yang popular dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.

Antara manfaat lain yang sangat penting dari jus elderberry adalah:

❤️ Kemampuannya untuk mencegah dan mengubati cancer, fakta ini dikaitkan dengan antioksidan yang terkandung di dalamnya.
❤️ Meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta sangat membantu dalam mengubati penyakit AIDS dan cancer.
❤️ Berupaya untuk menurunkan kadar kolesterol untuk mencegah penyakit jantung.
❤️ Membantu mengatasi dan merawat masalah diabetes.
❤️ Meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal.

3- PURPLE CARROT

Purple carrot adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical termasuk lah carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Asid klorogenik adalah anti oksidan paling banyak dalam semua carrot termasuk lah Purple Carrot. Ia bertanggungjawab mengurangkan risiko penyakit diabetes.

4- POLYGONUM CUSPIDATUM (Knotweed Jepun)

Sejenis tumbuhan perenial yang besar berasal dari asia, juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed jepun adalah sumber komersial Resveratrol.

Polygonum Cuspidatum banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplement anti penuaan. Kesimpulan dari ujian demi ujian menunjukkan resveratrol di dalamnya membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.

Notakaki:boleh la berjinak - jinak dengan Vivix lepas ni.Kesihatan itu juga rezeki

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Jan 2015

Masuk Neraka Kena Bayar???

Assalamualaikum w.b.t.

Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? "

Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"

Jawab bapanya,
✅ Bukankah nak berjudi kena bayar?
✅ Bukankah nak minum arak kena bayar?
✅ Bukankah nak merokok kena bayar?
✅ Bukankah masuk pub kena bayar?
✅ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?

Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma.  Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.

✅ Jika nak solat, kita tak perlu bayar
✅ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
✅ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
✅ Jika berzikir, kita tak perlu bayar

Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahai saudaraku!  Menyebarkan mesej ini juga percuma..Tetapi jika ada yang mengamalkannya, kita pasti diganjari pahala berganda...

#sumber wasap

Sharing is PAHALA
Misz Successor Shaklee

Thursday 29 January 2015

Pencuci Lantai Paling Berkesan

Assalamualaikum w.b.t.

Ada satu testimoni yang tak sengaja saya dapat.Pada satu hari(ecewah,macam cerita sang kancil pula ye),saya lapkan kepala anak saya yang demam.Saya tambah sedikit dengan basic H.

Basic H ni pelbagai kegunaan tau.Ph nya yang sesuai boleh bantu turunkan suhu panas badan anak yang demam.Kita yang dewasa ni pun boleh.

Ok,nanti kita sambung kisah seribu guna nya basic H tu.Sambung balik kisah saya lapkan anak saya.Saya guna tuala 'good morning'.Kalau korang kenal,tuala tu yang ramai orang rewang kerja kahwin pakai.Letak kat leher supaya peluh tak masuk lauk.hihi..gurau je.

Suami saya banyak kali juga lah dapat free sebab ehsan tuan rumah yang beri semasa dia bertugas sebagai DJ kat majlis kahwin.Sayalah orang yang selalu buang bila dah kotor sangat.Malas nak basuh.Lagi-lagi kalau dah buat lap dapur yang berminyak.

Saya sungguh 'surprise' korang tahu tak yang tuala tu boleh jadi putih macam baru beli je.Padahal warnanya dah 'kusem' gak la.

Ha..tu la testimoni secara tak sengaja saya.Lepas tu saya pun rendam la baju putih semua guna campuran basic H memang bagus lah.Biasa saya rendam semalaman untuk kesan lagi putih.Eh eh,'Qu Puteh' la pulak.hehe..

Jadi,kegunaan memang banyak selain mencuci lantai. Betul la kawan-kawan Sid saya yang lain cakap yang basic H ni BEST!!

Ni gambar ehsan dari kawan sid saya yang lain.Nanti anak saya dah sekolah boleh la saya praktikkan kat kasut mereka lak.

Hubungi saya ye

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Fb:misnawati isun

Kenali saya lebih rapat lagi!!

Assalamualaikum w.b.t

Saya jarang nak buat ayat-ayat santai.justeru saya ni taklah straight sangat sampai orang cop 'tak friendly langsung'..oh no no no ok!!

Saya kalau korang dah kenal memang peramah dan wat lawak sampai geli pusat ketawa.tapi nak ketawa by mesej mungkin tak jadi kot.hehe

Apapun terima kasih tak terhingga kerana sudi baca entri saya yang sempoi ni.

Jom kenal rapat dengan saya di fb,wechat dan instagram

Fb:misnawati isun
Wechat:misz _aqish
Insta:miszisun

Ujikaji Vivix Tiada Campuran Gula Tambahan

Assalamualaikum w.b.t

Orang kata kalau nak tahu madu asli ke tidak, letak kat freezer(bahagian beku).Kalau beku maksudnya ada campuran gula

Cuba korang test letak Vivix kat bahagian freezer.Tengok sendiri apa hasilnya

Dulu mula-mula saya dapat tentang ujikaji ni,saya rasa macam..hmmmm.(dalam hati cakap 'yeke?')..betul ke Vivix tak beku.Ok,saya pun test

Amazing.Vivix memang tak beku walaupun dah berjam-jam dalam freezer.Malah lagi sedap rasanya

Nak taknak saya kena akui kehebatan Vivix.Rumusan dari 4 bahan ekslusif iaitu:

1.anggur muscadine
2.polygonum cuspidatum
3.lobak ungu
4.Europian elderberry

Vivix juga diiktiraf sebagai Super Excellent Brand dari Books Of Record

Hebatnya Vivix!!  Tak hairanlah kalau google testimoni Vivix,berjuta testimoni yang best-best.Dari sekecil-kecil masalah kesihatan sampailah ke penyakit kronik.Alhamdulillah dengan izin-Nya

Notakaki:Tak kenal maka tak cinta.Bawaklah berkenal-kenalan dengan Vivix tu

#kreditToMyNanyKakCery

Sharingcozloving

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Jan 2015

Nukilan Kenit: 2 Tempat Paling Kerap Dikunjungi Di Sekolah!

Hehe..sangat sweet cite ibu ni.buat koleksi pastu suruh diorang jual.



Jemput singgah blog ibu yang anak masih tadika ni..kalau sudi..



misnawatiisun.blogspot.com

Wednesday 28 January 2015

Nak Sumbang Barang Kat Mangsa Banjir Sebelum 12/2/2015

Assalamualaikum..

Untuk makluman semua. misi bantuan BSMMCM (Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Muar) Akan dilaksanakan atas permintaan dan bantuan org ramai yg masih menyumbang serta kata sepakat daripada AJK Cabang muar. Bagi misi ke3 ini, sebanyak 7 item yg akan dikumpul untuk 200 keluarga. Mohon jasa tuan2 untuk panjangkan dan mencari sumbangan seperti berikut.
(200 keluarga)
tarikh misi ketiga : 12/2/2015

1.tuala wanita
2. pempers bayi
3.sabun mandi buku
4.berus gigi/ ubat gigi
5.tuala mandi
6.selipar
7.selimut

Sharing is caring!!

Tuesday 27 January 2015

Kisah Benar Fawiza

Assalamualaikum w.b.t

HAMPIR KEHILANGAN RAHIM!!

Testimoni Fawiza - 016 320 1568

"Saya pernah dinasihatkan doctor untuk buang rahim kalau keadaan berterusan..."

January 20, 2015 at 9:04am

Saya mula berkenalan dengan vitamin-vitamin Shaklee ni pada Feb 2013 (diam xdiam dah2 tahun) jadi pengguna Shaklee

KenapaShaklee pilihan saya?

1.     Period saya tak pernah teratur (PCOS & Endometrial Hyperplasia).

2.     Imunisasi badan saya lemah@kurang (asyik keluar masuk spital aja, Boss pun menyampah je )

3.     Saya  malas makan buah-buahan.

Kalau uolls semua pernah baca post2 saya kat FB sure uolls tahu kan yang saya pernah under pre cancer treatment since 2010. First time saya buat D&C (late 2009)kat Pusat Rawatan Islam Az Zahra, doctor cakap 60% drpd sampel dinding rahim saya adalah bunga2 kanser yg aktif.

Time tu baru umur 30 tahun…mmg I nangis sepanjang perjalanan balik opis..boss suruh jumpa client pun I xnak..sbb mata I dah bengkak2..nangis punya pasal…hehhehe. Nak bagitau suami pun takut…macam2 I fikirkan. Last2 I bagtau jugak after 3 days…

Then doctor refers I ke HUKM Specialist…so bermula la new episode dlm hidup saya. 1st doctor bg I makan pil utk kimoterapi, setahun jugak I telan ubat tu..ada perubahan tp I xtahan..rambut gugur,suka marah2..yang sedihnya xder nafsu langsung nak bersama suami. Dan suami selalu jd mangsa tempat saya lepaskan geram. Sampai dia cakap dekat doctor, xada ubat lain ka yg boleh ganti…hehehe.Bg I semua xkena time tu..doktor cakap I ni ‘ZOMBIE HIDUP’…hahahha…ban byak sangat ambik ubat.

Sepanjang treatment di HUKM since 2010 sampai Dec 2013, saya buat D&C 4kali..bayangkan..ada 1 tahun tu saya buat D&C sampai 2 kali.Penat..letih…semua ada. Tapi untuk sihat I tabahkan jua…kesian kan suami dan keluarga mertua sbb xder cucu lagi…time tu I hanya motivate my self dengan 1 perkataan ni aja…ALLAH SAYANG AKU..SEBAB TU DIA UJI AKU...itu yang menyebabkan saya terus berjuang walaupun doctor kata peluang terlampau tipis buat saya. Saya pernah dinasihatkan doctor untuk ambil anak angkat dan remove kan rahim kalau keadaan berterusan..lagi2 la I sedih.

Namun saya xbergantung pada ubat2 spital saja..saya mula membaca blog2 dan cara2 nk rawat penyakit saya ni. Then, Allah lorongkan hati saya untuk mencuba vitamin2 Shaklee ni…sebab apa? Sebab yang paling utama..ianya SEMULAJADI…bebas daripada bahan kimia. Saya juga mintak 2nd opinion dan mula buat treatment bersama Dr Hamid Arsat pada March 2014. Selain drpd tu saya TETAP mengamalkan vitamin Shaklee (B-Complex, GLA,Omegaguard, Vitamin C & Vitalea) ..mmg saya xtinggal sbb takut kena remove rahim punya pasal…hehehehe.

Syukur xpernah sekali saya pengsan sepanjang period lelama ni..yang paling lama 4bulan …hahahaha..alhamdulillah saya anggap itu nikmat Allah berikan pada saya walaupun Dia uji saya dengan dugaan yang saya rasa mana2 isteri pun akan rasa very down sebab u xmampu nk menunaikan tanggungjawab u sebagai seorg isteri.Tapi Allah Maha Mengasihi, Dia anugerahkan suami yang tak pernah mengeluh dengan penyakit saya..tak xpernah mengeluh walaupun semua kerja rumah dia yang buat….hubby yang terima saya seadanya & hubby selalu cakap setiap penyakitAllah turunkan pasti ada penawarnya…cuma kita belum jumpa(ehh…sedih plak)hahahhaha.

Namun,Allah uji sekali lagi. Jan 2015 saya pengsan sebab period yang terlampau banyak…xpernah2 dalam tempoh 20 tahun (sejak umur 15) saya pengsan walaupun darah period banyak dan berketul2 keluar. Bukan sekali 3 kali saya pengsan..sampai terpaksa ambulan jemput la ke spital..hihihi. Sepanjang 8 hari saya spital,saya buat X-ray, abdomen CT Scan dan D&C sebab doctor nk tengok kalau2 simptom2 lama berulang kembali dan mengganggu organ2 lain.

Alhamdulillah pada 14 Jan 2015 saya mendapat perkhabaran yang xpernah saya dan suami jangkakan….endometrium@uterus saya diklassifikasikan sebagai ‘endometriumpolyps with hormone  changes’. Dalam ertikata lain negative for malignancy or hyperplasia…just masalah hormone aja…syukur sangat2.

Denganizin Allah dan rahmatnya …saya semakin sihat dan sembuh..tambahan pulak skrg saya ambik Vivix sebagai tonik ajaib saya…memang ajaib.

Semoga tahun ini menjanjikan permulaan yang baik dan penutup yang penuh bahagia dgn rahmat Allah buat saya dan suami. Insya Allah…amin…

#luvAllah
#luvMuhammad
#luvshaklee
—---------

THANKS FAWIZA FOR SHARING.. semoga bermanfaat untuk 1001 wanita di luar sana.

Sharing coz loving,

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Jan 2015

Monday 26 January 2015

Antara Vitamin dan Jamu

Assalamualaikum w.b.t.

KENAPA VITAMIN ITU BAGUS UNTUK IBU-IBU BERPANTANG??

Mengamalkan jamu atau vitamin sewaktu dalam berpantang??Mana satu bagus ek??

Jamu juga adalah sejenis makanan tambahan tetapi terdapat sesetengah kandungan jamu yang masih tidak dapat diketahui dengan lengkap. Badan kita akan mengambil masa yang agak lama menguraikan jamu berbanding vitamin. Dengan pengambilan air yang mencukupi, vitamin lebih mudah dan akan diserap dengan baik oleh badan.

Bagi ibu yang menyusu badan, adalah lebih baik tidak mengamalkan jamu kerana risiko untuk mendapat penyakit demam kuning atau jaundice adalah sangat tinggi. Jikalau ingin mengamalkan jamu pun hendaklah menunggu selepas 2 minggu bersalin. Berbeza dengan pengambilan vitamin yang boleh diambil sejurus selepas bersalin dan tiada risiko untuk penyakit jaundice.

Selepas bersalin, adalah amat penting untuk ibu-ibu mengamalkan makanan seimbang yang kaya dengan zat besi, zink, asid folik dan vitamin C. Ini adalah penting untuk membina sel darah yang telah banyak hilang semasa proses melahirkan  dan juga menyembuhkan luka dalaman dan luaran. Maka, dengan pengambilan vitamin semasa dalam pantang dapat membantu proses penyembuhan luka dengan lebih cepat.

Apa pun, jamu atau vitamin, pilihan adalah ditangan anda. Pilihlah dengan bijak mengikut kesesuaian badan anda dan juga bayi anda.

Ramai yang telah berkongsi kegembiraan dan  berpuashati dengan SUPPLEMEN BERPANTANG/BERSALIN SHAKLEE ....happy sangat apabila dapat share ilmu yang  berfaedah buat ibu-ibu diluar sana...

Alhamdulillah  sampai nurse pun terkejut luka cepat kering!!! So, anda yang masih tercari-cari makanan tambahan semasa berpantang, bolehlah mencuba supplemen Shaklee!!!!

Sharing coz loving

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Jan 2015

Sunday 25 January 2015

Vivix Untuk Diabetes

Assalamualaikum w.b.t

Nasib BULAN PROMOSI MASIH ADA!!

Allahuakbar..Allahuakbar!!!Nak cerita apa yang buat saya bersyukur harini.Pagi tadi mak pergi klinik sebab cek darah.Salah satu sebab mak warded haritu sebab gula mak tinggi.Mak memang ada kencing manis.Masa kena tahan wad gulanya 29.Peh,memang patut kena tahan.Tambah lagi mak demam.

Dipendekkan cerita mak kena amek darah selang seminggu lepas keluar wad.Bacaan gula mak untuk kali pertama pada 18 Jan adalah 20.4 lepas seminggu dah turun menjadi 11.0 Alhamdulillah.Turun 9.4 bacaan gulanya.Memang tak sangka lah seminggu je dah leh turun sebanyak tu.Saya  beri mak VIVIX start 19 Jan (order baru sampai).

Tapi saya tak lupa pantau pemakanan mak sebab takut mak minum air gas lagi.Ya,itulah punca gula mak tinggi sebelum warded.

Notakaki:bukan wang ringgit yang mak harapkan tapi keperihatinan anak-anak sudah cukup membuatkan mereka bahagia.

Sharing coz loving mak

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Jan 2015

Saturday 24 January 2015

DETOX PRODUCT

Assalamualaikum w.b.t.

Hari-hari saya tak lupa vitamin 'cinta ' saya iaitu Alfalfa.Tumbuhan yang dikenali  sebagai 'Raja Segala Tumbuhan' ni bermanfaat untuk:

-DETOX(MENCUCI) HATI,DARAH DAN USUS
-MENCANTIKKAN KULIT DAN OTOT
-MELAWAN ALAHAN PADA KULIT DAN HIDUNG YANG SENSETIF
-KURAP
-BAU BADAN
-ULAT AIR
-KEMBUNG
-HEPATITIS
-SEMBELIT
-HAPUSKAN LEMAK
-KURANGKAN KOLESTEROL
-JANTUNG
-STROK
-DARAH TINGGI
-PERBAIKI SEL KANSER
-MEMBUANG TUMOR
-KELETIHAN
-MENCEGAH ATRITIS
-'KACIP FATIMAH MODEN'

Notakaki:Untuk keberkesanan suplemen tolong kurangkan pengambilan kaffein ok!!kerana kaffein akan 'potong' khasiat suplemen.

Sharing coz loving.
Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Jan 2015

TESTIMONI DR MALINDA (MIGRAINE)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..testimoni MIGRAINE KRONIK suami kepada puan Doktor Malinda kita membuatkan beliau semakin jatuh cinta dengan suplemen.Boleh ke blog drmalinda.com k!!

Boleh ambil ESP,b complex,Vitalea,Ostematrix dan Vitamin C lepas ni.InshaAllah,dengan izin-Nya

Sharing is caring
Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Januari 2015

TESTIMONI DR MALINDA (GASTRIC)

Assalamualaikum w.b.t

Lepas kes Migraine suami dah setel misi membantu ibunya pula dengan Shaklee.Ibunya gastrik tahap kronik juga.Yelah,nama pun doktor kan..Asyik selamatkan orang lain je tapi keluarga sendiri menderita dengan pelbagai penyakit!!Mesti nak cari pelbagai alternatif untuk membantu diorang.Sedikit ilmu perubatan yang ada juga digunakan.

Yup,sangat setuju statement mu itu doc..

"BADAN KITA ADALAH SATU MESIN KOMPLEKS YANG ISTIMEWA YANG ALLAH CIPTAKAN"

"BERI DIA NUTRISI ATAU ZAT YANG DIPERLUKAN. DIA TAHU UNTUK REPAIR SENDIRI"

SUBHANALLAH..

notakaki:kajian tentang produk Shaklee ni sangat teliti.Segala sumber yang digunakan pun sah-sah dari sumber semulajadi bebas kimia istimewa untuk badan kita.Dan produk sesuai untuk gastrik adalah ESP,Alfalfa,Zinc dan Carotomax

Sharing is caring
Misz 012-9734729
Sid 1106050
Misnawatiisun.blogspot.com
Supervisor Jan 2015

Thursday 22 January 2015

Vitamin Hebat Kanak-kanak

Assalamualaikum w.b.t.

Anak-anak suka sangat makan gula-gula.Kalau ke supermarket kat tepi-tepi jalan nak ke kaunter tu kiri kanan senang-senang je diorang capai gula-gula kat situ kan?(tu macam anak-anak saya..hehe)

Apakata ibu-ibu ganti gula-gula biasa tu ke gula-gula hebat macam Vitalea Kids nih!!Rasa anggur yang sangat sedap ni akan buat anak ibu suka ambil setiap hari.Jadi ibu-ibu dah takyah risau kalau anak-anak taknak makan sayur sekalipun.

Promosi buy 3 free 1 tinggal 9 hari je lagi tau!!Jimat 1 botol ibu boleh beri kat anak-anak ibu.Sebotol ada 60 bj,tahan 2 bulan.Kalau 4 botol tak ke sampai 8 bulan dah jimat!!

Vitalea ni melengkapi keperluan nutrisi anak-anak ibu tau!Saya sendiri teruja merasainya.Haha...nasib anak punya, takut berebut plak kang!!Nak rasa je kan.Sebab Vitalea ibu pun ada!!

Sharing is caring,
Misz 0129734729
Sid 1106050
Supervisor Jan 2015
Page:kedai supplement2us

Hikmah sakit

��HIKMAHNYA SAKIT��

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmah, antaranya:

1) Sakit itu Zikrullah. ��
Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. ��
Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu Muhasabah. ��
Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. ��
Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. ��
Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. ��
Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. ��
Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa.��
Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa.��
Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. ��
Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. ��
Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. ��
Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. ��
Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu'.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati.��
Membuatkan kita sentiasa beringat utk menghadapinya.

SubhanAllah...
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Sharing coz loving
Misz

Wednesday 21 January 2015

Keguguran

Assalamualaikum w.b.t.

Saya tertarik dengan satu isu 'KEGUGURAN'.

Atas sebab apa ye gugur???

Ambil suplemen boleh gugur?suplemen apa yang diambil??kalau 1 juta rakyat Malaysia yang ambil suplemen masa ngandung ni gugur mesti dah masuk suratkhabar kan??mesti tajuk akhbar keluar macam ni 'Keguguran Di Malaysia Semakin Meningkat Disebabkan Pengambilan Suplemen'

Tak ambil suplemen boleh gugur?rahim tak kuat mungkin..atau termakan benda 'tajam' seperti nanas atau air gas terlebih dos??atau mengangkat benda berat??atau badan memang kurang zat??

Makan jamu boleh gugur?ada juga jamu yang ada pantang larang  seperti tak boleh minum air kelapa,air tebu dan bermacam-macam pantang yang 'mewarning'..contohnya 'Ibu Hamil Dilarang Mengambil Sama Sekali'..

Tapi apa pun kemungkinan  sebab gugur kita perlu REDHA dengan ketentuan Allah.Hidup mati ni sah-sah  urusan Allah.Kalau tak percaya qadak dan qadar bermakna kita akan  hilang dua rukun iman iaitu;

1.Beriman kepada Allah akan  hilang.
2.Beriman kepada qadak dan qadar pun akan  hilang.

Semoga kita tidak hilang iman.Setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya.

Sharing is caring

With Love,
Misz
Supervisor Jan 2015

*sekadar gambar hiasan

Monday 19 January 2015

Vivix Untuk Mak!!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah Vivix untuk mak dah dapat.Pasni saya akan jadualkan dan suapkan Vivix untuk mak supaya konsisten ambil.

Vivix ni bagus untuk kurangkan kencing manis tau!!Last check up aritu gula mak naik 20.Mintak-mintak lepas habis sebulan Vivix ni gula mak turun!!InshaAllah

Vivix juga  bagus untuk Penghidap Kanser,Perokok Tegar,Tua Sebelum Usia,Stroke dan bermacam lagi jenis penyakit!!

Paling penting yang anda perlu tahu adalah Vivix tiada perisa tiruan,pewarna dan pemanis tambahan.Ianya diekstrak dari sumber semulajadi!!

Notakaki:berkorban demi orang tua tak rugi malah Allah tambah rezeki.Amin

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Januari 2015
www.misnawatiisun.blogspot.com

Sunday 18 January 2015

Fikir Sejenak

Satu fikiran yg agak menarik....
��jika:
A  B  C  D  E  F  G  H  I  J K  L M  N  O  P  Q  R  S  T U  V  W  X  Y  Z
bersamaan dengan:
1  2  3  4  5  6  7  8  9  10 11  12  13  14  15  16  17 18  19  20  21  22  23  24 25  26

��maka, NYA

��H+A+R+D+W+O+R+K;
8+1+18+4+23+15+18+11=98%

��K+N+O+W+L+E+D+G+E;
11+14+15+23+12+5+4+7+5=96%

��L+O+V+E;
12+15+22+5 = 54%

��L+U+C+K ;
12+21+3+11 = 47%

��Tiada Satu pun 100%. Apa yang 100%?

��Wang? NO!

��M+O+N+E+Y= 13+15+14+5+25=72%

��Leadership? NO!

��L+E+A+D+E+R+S+H+I+P= 12+5+1+4+5+18+19+8+9+16=97%

��Setiap masalah boleh diselesaikan dengan mengubah "ATTITUDE"... (sikap ) kita.

��A+T+T+I+T+U+D+E ;
1+20+20+9+20+21+4+5 = ��%

Oleh with  ATTITUDE�� kita terhadap kehidupan & pekerjaanlah yang membuat kita  ��%Successful.
��
��menakjubkan Mathematics����

Akan tetapi..
❤ SAYANG ALLAH
19+1+25+1+14+7  1+12+12+1+8 = 101%
Mengatasi semuanya ��.

Feel free to share
With love,Misz

Bisnes Ke Tunggu Duit Dari Langit???

Assalamualaikum w.b.t

Bisnes shaklee ni adil.tak semestinya yang atas mesti dapat lebih.yang bawah boleh dapat lebih kalau usahanya lebih.dan boleh naik dulu dari yang di atas.senang cerita TAK MENINDAS DOWNLINE!!

Saya dulu pun rasa was-was nak berbisnes,takut dan tak yakin nak mulakan.Saya masih diajar dan dalam masa yang sama saya mengajar!!Indah bukan??

BONUS SHAKLEE yang diterima adalah mengikut kederat kita sendiri.Bukan duit yang tak tahu datang dari arah mana.

Anda minat berniaga?anda minat nak jana pendapatan anda?anda tak tahu bisnes suplemen?

Saya akan bimbing anda.InshaAllah anda akan terbimbing dan tahu arah tuju.

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Jan 2015

Saturday 17 January 2015

Jangan pening-pening k!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Rasa macam sihat je tapi nak ambil suplemen untuk kekal sihat dan bertenaga.Anda boleh rujuk suplemen yang sesuai untuk anda.Tapi pastikan dapatkan penerangan lanjut dari pengedar Shaklee anda juga ye..

SISTEM TUBUH BADAN MANUSIA DAN NUTRIENT YANG DIPERLUKAN

1- SISTEM OTAK DAN SARAF :

√ VIVIX
√ B COMPLEX
√ LECITHIN
√ CoQ HEALTH PLUS
√ OMEGA GUARD
√ PERFORMANCE DRINK

2- SISTEM PEREDARAN DARAH :

√ PHYTOCOL- ST
√ OMEGA GUARD
√ CoQ HEALTH PLUS
√ VIVIX
√ ESP
√ GARLIC COMPLEX
√ LECITHIN
√ VITAMIN E

3- SISTEM PARU- PARU DAN PERNAFASAN :

√ VIVIX
√ OMEGA GUARD
√ VITAMIN C
√ NUTRIFERON
√ GARLIC COMPLEX
√ OSTEMATRIX

4- SISTEM PENCERNAAN :

√ VIVIX
√ DTX COMPLEX
√ NUTRIFERON
√ ALFALFA COMPLEX
√ HERB-LAX

5- SISTEM ENDOCRINE (HORMON) :

√ ESP
√ GLA COMPLEX
√ OMEGA GUARD
√ VITA-LEA
√ ALFALFA COMPLEX
√ ZINC COMPLEX
√ VIVIX

6- SISTEM IMMUNE :

√ VIVIX
√ NUTRIFERON
√ ESP
√ VITA C
√ CAROTOMAX
√ ZINC COMPLEX
√ GARLIC COMPLEX

7- SISTEM SKELETON (TULANG DAN SENDI) :

√ ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
√ OMEGA GUARD
√ OSTEMATRIX
√ COLLAGEN POWDER

8- SISTEM REPRODUCTIVE :

√ VITA E
√ CoQHEALTH PLUS
√ OMEGA GUARD
√ VIVIX

PRE NATAL-->>(ESP, VITA C, VITA-LEA, B COMPLEX, OSTEMATRIX, OMEGA GUARD)

POST NATAL-->>(ESP, VITA C, VITA-LEA, B COMPLEX, OSTEMATRIX, GLA COMPLEX)

Hubungi saya ditalian 012-9734729 jika anda rasa sayalah yang perlu anda cari

Fb:misnawati isun

Thursday 15 January 2015

3 x 1/2 tips

Assalamualaikum w.b.t.

Saya share dari wasap yang saya terima dari group family saya 'Keluarga Wak Majenah'...

YB Dr Daroyah Alwi wrote:

Assalammualaikum w.b.t.

Saya nak kongsi very good tips - bagi yang terbangun dari tidur untuk buang air… baca ya!

Penting untuk diambil perhatian! — Tiga kali (1/2).

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting? 3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death).

Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal?

Penyebabnya adalah ketika bangun malam untuk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa "3 x 1/2 minit" amat penting? Kerana pattern ECG (Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil contohnya, pattern ECG itu boleh berubah.

Kerana dengan bangun secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan kekurangan darah.

Dinasihatkan untuk mengamalkan amalan "3 kali 1/2 minit" ini, iaitu:

1. Bila terbangun daripada tidur jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit;

2. Duduk di katil untuk  tempoh 1/2 minit;

3. Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yang dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini daripada dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam untuk buang air kecil di bilik mandi tiba-tiba terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil, punggungnya mengalami luka-luka dikubitus.

Seandainya dia mengetahui
perkara ini, beliau tidak seharusnya menderita seperti kini.

Share untuk orang-orang yang kita sayang untuk menghindari perkara-perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

Sharing is caring...

#gambar dibawah sekadar hiasan

Wednesday 14 January 2015

Mudah dan cepat disedia!!

Assalamualaikum w.b.t

Banyak sangat penapis air di pasaran hinggakan kita tak tahu nak beli yang mana.Cadangan saya yang paling bagus anda pilih adalah GET CLEAN WATER PITCHER dari Shaklee

Kenapa????
kerana ia merupakan Penapis air TERMURAH di pasaran!!

Antara sebab anda boleh pilih Get Clean Water Pitcher:

1.Boleh dibawa ke MANA sahaja

2.tidak perlu elektrik

3.tidak perlu penyambungan ke paip air

4.menghasilkan air bersih dan sedap diminum dalam jangkamasa TERPANTAS

5.FREE 3 penuras(penapis)

6.mempunyai penyukat untuk setiap liter air yang telah ditapis

7.bekalkan air sihat dan sedap diminum

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor jan 2015
Fb:misnawati isun

Gigi anak rosak???

Assalamualaikum w.b.t.

Kat sekolah cikgu puji gigi Akis.Siap tanya sehari gosok gigi berapa kali.Jawapan dia adalah '5'.haha...tu membohong kakak.sebenarnya 2-3 kali je.

Tapi bukan pasal gigi akis yang putih tu kita nak bahas kali ni.Saya nak bagitau kat anda semua salah satu sebab gigi rosak dan mudah rapuh adalah disebabkan kalsium dan nutrisi yang kita beri pada anak adalah tidak mencukupi.

Dan untuk itu saya akan pastikan anak-anak saya cukup nutrisi yang diperlukan mengikut kadar tumbesaran mereka.

Notakaki:boleh la beri anak anda omega guard,vitamin c chewable,vita-lea dan mealshake jika kita sayangkan anak.hihi...

Sharing from heart
Misz 012-9734729
Fb:misnawati isun

Saturday 10 January 2015

Antara AGE vs Vivix

Assalamualaikum.w.b.t.

Vivix membantu dalam melambatkan pembentukan protein AGE dalam tubuh kita.

Protein AGE adalah penyebab kerosakan sel dan kemerosotan tahap kesihatan.

Bahayanya AGE ini adalah penyebab 1001 penyakit seperti Diabetes,Jantung,Strok,Alzheimer,Tua Sebelum Usia dan bermacam-macam lagi.

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan adalah penting bagi melambatkan pembentukan AGE.Atau paling mudah adalah dengan cara sesudu Vivix setiap hari!!

Kaum lelaki yang mengambil Vivix boleh mengurangkan ketagihan mereka terhadap rokok!!!

Sharing coz loving

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Jan 2015

Friday 9 January 2015

Si Kidal Dan Vivix

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni saya nak kongsi kisah seorang kenalan yang mengalami sakit dan nyeri di bahagian anggota sebelah kiri badan.

"Saya salah seorang pengguna vivix. dah dekat 3 bulan saya amalkan minum vivix. alhamdulillah badan rasa sihat dah tak terasa sakit-sakit  badan macam dulu. sebelum ni saya pernah sakit badan sebelah kiri, dada rasa nyeri rasa macam dicucuk,kadang-kadang rasa sakit sampai ke tengkuk sebelah kiri."

"Lengan pun rasa lenguh je hingga tak selesa buat kerja. pada mula nya saya ingat tanda-tanda  sakit jantung sebab sakit tu attack sebelah kiri.  sampai satu tahap (pada tahun 2012) saya pernah refer ke pakar di sri kota, dan buat full medical checkup dan xray. alhamdulillah rupanya bukan sakit jantung. tapi disebabkan masalah tisu otot dada saya terkoyak sikit. saya tak pasti apa punca sebenar tapi apa yang pasti doktor kata saya bebanan kerja lebih di sebelah kiri ( sebab saya lefthanded) "

"Doktor kata bila tisu lembut pada otot dada kita terkoyak mungkin menjadi punca kesakitan dari jantung ke paru-paru,  otot-otot, tulang rusuk,  hinggalah ke saraf. so barulah saya tahu sakit dada sebelah kiri tak semestinya tanda-tanda  sakit jantung. lepas doktor cakap macam tu baru rasa lega sikit. patut lah satu badan rasa lemah selalu dan rasa sakit tu sampai ke tulang belakang."

"Dari kecil sampai dah berumur ni buat kerja semua dengan tangan kiri. kerja ringan mahupun kerja berat semua guna tangan kiri. so doktor kata tak de ubat cuma perlu buat fisioterapi sendiri / urut dan kurangkan penggunaan tangan kiri. susah rasanya nak buat kerja sebelah kanan sebab dah terbiasa guna tangan kiri. So untuk kurangkan rasa sakit dan nyeri tu apa yang boleh saya buat hanya urut dan sapu minyak panas je."

Boleh bertanya kisah benar ini menerusi fb:aya suriya

Kita ikuti kisah beliau lagi ye...

"Bertahun juga la saya terpaksa hadapi rasa sakit ni. hari-hari rasa tak selesa bila buat keja. tapi terpaksa tahan juga. Bila terbaca manfaat vivix boleh perbaiki dan pulihkan sel-sel  dalam badan saya teringin nak cuba. so saya kumpul duit beli vivix. dan sekarang dah dekat 3 bulan saya amalkan vivix alhamdulillah sangat-sangat   rasa sakit dada dan  nyeri kat dada tu dah beransur hilang. memang betul lah vivix betul-betul  power. so lepas ni saya akan jadi pengguna tegar vivix. badan rasa selesa je walaupun saya hanya minum 1 sudu vivix sehari."

Kita ikhtiar apa sahaja sekali pun yang tidak melanggar syarak.Allah jua penyembuh sebenar.Jika menunggu tanpa melakukan apa-apa pun Allah tak suka.betul tak??fikir-fikirkan...Duit boleh dicari tapi kesihatan kita tak boleh dibeli.Perlukan pengorbanan kerana bila dah sakit itu yang parah!!

Sharing coz loving
Misz 012-9734729
Supervisor Januari 2015
Sid 1106050

Thursday 8 January 2015

Potensi diri kita

Assalamualaikum w.b.t

Setiap individu mempunyai potensi untuk berjaya seperti kata Dr Azizan Osman.Baru-baru ni saya mengikuti seminar percuma beliau yang berlangsung di MITC Melaka.

Antara 9 Potensi Manusia adalah:

1.Potensi untuk bahagia
-bahagia hadir bila kita membahagiakan orang lain
-belajar mencapai ketenangan jiwa(amalan)

2.Potensi untuk hidup kaya
-termasuk kekayaan jiwa
√gembira tengok kegembiraan orang lain InsyaAllah keberkatan datang dalam hidup kita
√orang yang boleh berkongsi

3.Potensi menjadi Dermawan

4.Potensi bebas Masa
-orang kaya adalah orang yang banyak masa dengan keluarga

5.Potensi kerohanian
-dekatkan diri dengan Allah
-dekatkan diri dengan Kekasih Allah(Rasulullah)
-buat apa yang Allah suka

6.Potensi membina silaturrahim bersama keluarga dan jiran

7.Potensi menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain

8.Potensi untuk memberi inspirasi
-menjadi contoh kepada orang lain

9.Potensi untuk berjaya dunia dan akhirat

Berkongsi Tak Rugi!!!

Wednesday 7 January 2015

Parut Jerawat Pudar

Assalamualaikum w.b.t

Firda pengguna TEGAR Alfalfa,Vitamin E dan Collagen Powder.Dulu kulit sawo matang.sekarang dah putih melepak.Ni buat masker Alfalfa,jerawat punya bekas dah makin pudar dalam tempoh 5 hari je.

2 Tahun guna Shaklee baru je bulan lepas daftar Keahlian.Rugi kau dik sebab kalau 2 tahun kau promote mungkin dah naik supervisor dah.Tak pun silap-silap dah jadi Master(rank paling top dengan income puluh hingga ratus ribu).

Apapun tahniah sebab terbuka hati nak jadi ahli dan berniaga!Keep it up!!

Sharing coz loving
Misz 012-9734729
Sid 1106050

Tuesday 6 January 2015

Sapu vivix pada hidung anak yang melecur

Assalamualaikum w.b.t

Pergi kedai ngan ayah hidung anak dara ibu ni terkena putung rokok sorang uncle chinese.Apalagi melalak la dia.Dah nak terkena nak wat cam mana kan.Hehe..Rezeki kakak la kiranya haritu.Nasib tak kena mata.

Dua tiga hari tak letak apa-apa dan  kesan melecur tu tak kering-kering.Pastu ibu teringat ada vivix yang dah habis kat dapur.Ibu memang sengaja tak buang bekas nya sebab masih ada saki baki lekat kat botol.Tu yang ibu try sapu.

Alhamdullilah hari pertama lepas sapu je dah kering.Bila dah kering sikit gatal plak tangan dia mengopeknya padahal tak yah kopek biar je tanggal sendiri.Tu yang repeat lagi sapu vivix hari kedua tu.Alhamdulillah hari ketiga dah sembuh dah.Tinggal lagi sikit je lagi.Syukur Allah izinkan sembuh dengan asbab Vivix!!

p/s:Nasib baik ibu tak ada masa tu kalau tak laju je ibu bagi flyers Shaklee kat uncle tu suruh beli Vivix supaya stop smoking.hehe..

Sharing coz loving
Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Jan 2015

Sunday 4 January 2015

Buang angin dalam badan dan seumpamanya

Assalamualaikum w.b.t

Malam-malam yang indah macam ni saya nak beri anda tips.Bukan tips nak cepat kaya tetapi semestinya tips kesihatan iaitu TIPS SIHAT RASULULLAH (Buku Terbitan PTS , tulisan Dr.Mohammad Alitoha-Tips no 284)

Tips Rasa Mual

-Rasa mual adalah gejala penyakit yang menyerang sistem pencernaan, baik saluran pencernaan mahupun kelenjar-kelenjar pencernaan. Amalan mengambil ANTASID apabila mual adalah amalan yang tidak baik.
Terdapat cara semulajadi untuk mengatasi masalah gejala ini:

Campurkan 1/2 biji buah pala dan 3 lembar daun pudina segar. Tumbuk hingga halus dan  tuangkan secawan air panas kemudian biarkan selama 10minit. Tapis campuran itu dan  tambah 1 sudu besar madu sebagai pemanis. Minumlah semasa perut kosong.

Ada cara lain jika anda mungkin tak lalu nak minum iaitu:-

Anda boleh amalkan pengambilan supplement PEPPERMINT-GINGER PLUS yang dikombinasikan dari 4 herba dari Barat dan Timur.

Cadangan mengambilan untuk masalah berikut:

1. Masalah penghadaman - ambil 3 biji selepas makan

2. Mencuci Usus dan Perut- larutkan 3 biji peppermint dan 10 biji Alfalfa didalam air panas suam untuk diminum

3. Masalah batuk,sakit tekak dan sendawa/angin - hisap/telan  2 biji.

Semoga perkongsian sebegini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah-masalah penghadaman dan mual/muntah.

Ikhlas berkongsi,
Misz 012-9734729
Sid 1106050
Fb:misnawati isun

Saturday 3 January 2015

Vitamin Kanak-kanak

Assalamualaikum w.b.t

Saya ada 2 orang anak.Sorang lelaki sorang perempuan.Sorang lahir secara normal sorang secara pembedahan.Sorang berdikari sorang manja tak agak.Tapi tu semua buat saya bahagia.Bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk meminjamkan mereka.

Atas sebab itu saya akan pastikan anak saya cukup nutrisi yang diperlukan bagi  perkembangan dan tumbesaran mereka yang sihat.Siapalah kita untuk menepis datangnya sakit.Tapi Allah tak halang kita untuk berikhtiar.Suplemen atau ubat hanyalah sekadar asbab.Yang menyembuhkan adalah Dia.

Antara 4 suplemen ni satu je lagi yang belum saya berikan iaitu Vita-Lea for Children.Kebetulan bulan ni ada promosi pulak tu.Memang kesempatan cenggini la saya ambil untuk beli banyak-banyak sebagai  kegunaan sendiri.Mana tak nya lebih murah dari harga ahli biasa.

Vita-Lea bagus untuk anak kita yang tak suka makan sayur.Selain tu anak yang dah tak minum susu pun sangat digalakkan ambil kerana sumber kalsium pun ada kat dalamnya.

Eee...saya sebagai ibu ni pulak yang tak sabar nak rasa Vita-Lea ni sebab baru sangat produk ni diformulasikan semula.Tak silap perisa dia pun lain-lain.Yang pasti SEDAP untuk dikunyah!!!!

Sharing coz loving
Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Januari 2015

p/s:Boleh dapatkan dari 4 orang kesayangan saya juga ye menerusi fb;
Yaya Cyah Pirman.
Saharidah Haris.
Saharulasyikin Haris.
Eira Lin

RM75 Je Untuk Seumur Hidup

Assalamualaikum w.b t.

Duit daftar keahlian Shaklee bukan untuk saya tau.Shaklee Malaysia yang akan beri ni untuk anda.Info produk dan semua pasal Sales Marketing ada kat dalam beg tu!!

Hubungi saya k!!
Misz 012-9734729

Thursday 1 January 2015

4 Mekanisma Penuaan

Didalam kajian makmal,ramuan VIVIX telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap selular

1.KEROSAKAN DNA
-Setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA pada setiap hari.Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik,menghasilkan satu "typo"(kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur
√ RAMUAN VIVIX -Melindungi dan memperbaiki selular DNA

2.PENGAWALAN GENETIK
-Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selular
√ RAMUAN VIVIX-Mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular

3.PENGELUARAN TENAGA YANG KIAN MENURUN OLEH SEL-SEL
-Mitochondra(penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan.Apabila kecekapan mitochondra menurun fungsi sel turut menurun
√ RAMUAN VIVIX-Menggalakkan biogenesis(pembentukan baru) mitochondra untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel

4.PENIMBUNAN PROTIN AGE
-Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur
√ RAMUAN VIVIX-Adalah 10x lebih kuat dari resveratrol(kandungan unik dalam anggur 'muscadine' )untuk melambatkan pembentukan protin AGE

Hubungi saya jika anda inginkan penerangan tentang fakta di atas;

MISZ 012-9734729
SID 1106050
FB-Misnawati Isun
INSTA-miszisun

Tingkatkan Tenaga/Metabolisma

Assalamualaikum w.b.t

Bila lapar kadar metabolisma kita jadi rendah.jadi saya try minum Energy Chinch Tea Mix ni time perut tengah berbunyi krik krik krik..

Terus rasa bertenaga tak lama lepas tu.Lapar pun hilang.Tu maknanya kadar metabolisma dalam badan saya dah meningkat!!

Boleh join kan dengan set kurus ni.hihi...

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Fb:misnawati isun
Insta:miszisun

LEBIH MUDA DARI USIA

Assalamualaikum w.b.t

Tekaan saya pertama kali bertelegram dengan sahabat SID(Shaklee Independent Distributor) ni tentang umurnya adalah 30an.Tapi ternyata meleset kerana umur beliau sudah 40an yang hampir ke setengah abad.

Hah????macam tak percaya kan??Tapi itulah kenyataannya.Itulah hakikat angka untuk umur beliau.Mana tak nya dah telah VIVIX lebih 10 tahun.Tu baru betul-betul suplemen punya effect kan???Eh,Rita Rudaini dan bekas iparnya pun ambil VIVIX tau!!Klassssss...

Share coz terkezut

Misz 012-9734729
Sup Jan 2015
Fb:misnawati isun
Instagram:miszisun

Azam Baru Sempena Tahun Baru 2015

Assalamualaikum w.b.t.

Semoga sihat dan sentiasa tersenyum di pagi ini.Saya juga akan memastikan saya tersenyum walau hati sakit di dalam, kerana senyum itu mampu menghapus luka di hati.hehe..

Bercerita tentang azam saya telah pun menyiapkannya tapi bukan sebab tahun baru.sebab azam dan keinginan saya ni memang telah dirancang setiap bulan.Lebih faham ia adalah berkaitan dengan target!!

Berniaga tanpa Target adalah berniaga cukup-cukup makan.Saya tak nak cukup-cukup makan je sebab saya seorang yang bercita-cita tinggi.Ingat Allah tidak akan merubah nasib seseorang melainkan dia sendiri yang merubahnya.

Salah satu target saya bulan ni,Januari 2015 saya dapat naik rank Supervisor dalam Shaklee.Aminnn...Doakan saya ye pembaca yang budiman.Saya nak naik sampai ke rank  Master.Iaitu rank paling tinggi dalam MLM Shaklee.

Tapi kena pastikan selari dengan usaha juga.Itu ada caranya yang diserapkan ke dalam jiwa kami sebagai pengedar Shaklee ni.hihi...(tetap nak ada rahsia la kan)

Kenapa saya target bulan ni?sebab 2 bulan saya melihat perkara luar biasa dalam diri saya.Biasanya saya target uv(point) tak sampai 1000 tapi atas sokongan padu dari upline kesayangan saya naikkan target 1200uv.Allah,indah sungguh bila kita berani dan tubuh kita automatik menuju ke arah itu.Tercapai target saya pada November.Bulan Disember yang lepas pula sekali lagi tercapai target saya 2000uv.Alhamdulillah..

Bulan ni inshaAllah 3000uv dalam tangan kerana untuk layak naik rank Supervisor.Boleh rujuk tawaran yang disediakan dari Shaklee Malaysia ni.

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Fb:misnawati isun
Insta:miszisun
Supervisor Shaklee Jan 2015