Pengasas Shaklee

Tuesday 24 February 2015

Set Cantik,Set Hamil/bersalin,Set detoks,Set Sendi,Set Subur dan Set Kurus Shaklee |pengedar muar

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih kerana ingin mengetahui lebih lanjut tentang set-set tersebut.

1.set cantik (445.25)
√ esp-membina sel baru dan sel rosak
√ b complex-membaiki masalah kulit
√ vitamin e-melindungi kulit dari radikal bebas
√ vitamin c-membina kolagen agar kulit sentiasa muda remaja

2.set hamil/bersalin (235)
√ vitamin c-mengukuhkan sistem imun
√ b complex-sumber asid folik yang bagus untuk bayi
√ vitalea-mengimbangi nutrien dalam tubuh

3.set detoks (528.75)
√ vivix-merangkumi kesihatan keseluruhan tubuh
√ alfalfa-detoks darah

4.set sendi (321)
√ AJHT-memberi keselesaan sendi
√ omega-mengawal sakit dan inflamasi serta menangani kekakuan
√ ostematrix-menghalang kepupusan tulang

5.set subur
Untuk suami(182.75)
√ vitamin e-meningkatkan kiraan sperma
√ zinc-kesihatan prostat yang reproduktif
Untuk isteri(145)
√ GLA-membantu ketidakseimbangan hormon
√ alfalfa-sebagai 'kacip fatimah'

6.set kurus (278)
√ cinch shake-rendah kalori untuk kekal bertenaga
√ herblax-pembersihan usus
√ lecithin-mencairkan lemak

Diskaun akan diberikan kepada anda yang BERMINAT dengan set tersebut hanya untuk anda!!

Misz 012-9734729
Fb:misnawati isun

Tuesday 17 February 2015

Langkah Pantas Sebelum Ke Hospital

Assalamualaikum w.b.t

Andaikan sekarang sudah pukul 7:25pm dan anda dalam perjalanan balik seorang diri selepas hari bekerja yang luar biasa sibuknya.

Anda benar-benar penat, gelisah dan kecewa.

Tiba-tiba anda rasa sakit yang menyucuk di bahagian dada yang mula menular ke lengan dan ke atas di bahagian rahang muka.

Anda hanya 5 batu daripada hospital yang terdekat. Malangnya anda tidak pasti anda akan sempat sampai atau pun tidak ke hospital tersebut.

Anda telah dilatih untuk melakukan CPR, tetapi tidak diajar cara untuk melakukn CPR ke atas diri sendiri...

BAGAIMANA MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN

Kebanyakan orang berseorangan ketika diserang sakit jantung. Tanpa pertolongan, mereka yang menghadapi masalah ini - jantung berdegup tak menentu dan mula rasa hendak pitam, hanya mmpunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan.

Walaubagaimanapun mangsa boleh membntu diri sendiri dengan batuk berulang kali secara kuat dan berterusan. Tarik nafas dalam-dalam sebelum batuk dan batuk mesti lah dalam dan berpanjangan seperti semasa anda ingin membuang kahak yang ada jauh di didalam paru-paru.

Menarik nafas dan batuk ini mesti diulang lebih kurang setiap 2 saat tanpa henti sehingga bantuan datang atau sehingga jantung berdegup normal semula.

Tarikan nafas yang dalam membawa oksigen ke dlm paru2 & mekanisma batuk mengepam jantung dan memastikn darah terus beredar.

Tekanan ke atas jantung akibat gerakan batuk ini juga membntu jantung berdegup dengan ritma yang normal semula. Dengan ini mangsa serangan jantung sempat dan berupaya untuk ke hospital sendiri.

Bantu orang lain dengan menyebarkn mesej ini kpd seramai yang mungkin. Ia boleh menyelamatkn nyawa seseorg.

Sharing is caring.

*sumber wasap

Monday 16 February 2015

SAYA DAN MUKUS | PENGEDAR SHAKLEE MUAR

Assalamualaikum w.b.t

15 feb 2015,3.53 pm-Kisah saya dan mukus!!

Saya penghidap RESDUNG yang kronik.Sejak setahun yang lepas Alhamdulillah berkurangan dan bersin di waktu pagi pun dah jarang.Tapi masih ada jika saya makan Alfalfa sekali ataupun tak ambil alfalfa langsung untuk seharian.Tapi terima kasih gak sebab memang tak seteruk dulu.Sekarang saya start consume bersama dengan Vitamin C.B complex pernah ambil dalam 2 botol sahaja.

Bulan Januari yang lepas saya tambahkan garlic complex dalam set resdung saya.Tu pun sebab dalam group Telegram Beautiful And Charming(Group Jutawan Shaklee) ada SID suggest add on Garlic.Ni dah nak habis pun sebotol.3 hari lepas saya start keluar lendir putih dan jernih macam selesema tu.Padahal masa tu saya sikit tak selesema pun.Setiap kali ambil wudhuk ianya akan keluar bila saya hembus.

Pernah sekali keluar mukus(hingus) yang kekuningan dan berketul.Saya cakap dengan suami saya.saya rasa hidung belah kanak ni rasa ringan sangat.Alhamdulillah saya teringat yang mungkin lendir resdung saya yang banyak keluar sedikit demi sedikit.Suami juga sependapat dengan saya

Saya pernah membuat rawatan resdung yang mengeluarkan lendir semasa expo di Tanjung Emas Muar.sekali rawatan RM70 tak silap saya.masa tu memang lega.Sepatutnya perlu rawatan ulangan dan memerlukan saya pergi ke pusat rawatan tersebut di Melaka.Saya tak pergi kerana fikirkan next time ada masa je baru pergi

Saya tak percaya yang rawatan mengeluarkan ulat yang boleh menyembuhkan resdung sebab tak ada logik dan kesannya.Saya juga pernah berubat dengan kaedah tersebut.Yang kelakar dengan menjadikan lipas tanah sebagai mangsa oleh Perawat tu.Hmmm...berdosa je rasa sebab terpaksa korbankan makhluk ciptaan Allah yang tak bersalah

Alhamdulillah sejak celik minda dengan makanan kesihatan yang diciptakan dari formula tumbuhan semulajadi saya study setiap produk yang saya jual.Saya baca info produk sebelum menyarankan kepada orang lain yang ingin sihat sama bersama suplemen

Korang boleh tengok gambar yang saya sendiri tangkap(gambar tadi sewaktu mengambil wudhuk).Saya sendiri yang mengalaminya tau.Saya akan jadikan Garlic Complex sebagai makanan tambahan saya sehinggalah Saya Bebas Resdung!!

Garlic Complex Shaklee merupakan antibiotik semulajadi yang antifungus.Banyak lagi khasiat di dalamnya.Semoga perkongsian kisah saya ini bermanfaat untuk korang!!

*amaran keras!!!
-jangan lihat gambar jika korang adalah seorang yang Penggeli!!

Sharing is caring
Misz 012-9734729
Sid 1106050

Thursday 12 February 2015

Tips Diet Sihat

Assalamualaikum w.b.t.

TIPS BERDIET SECARA SIHAT!!!

Kenapa masih tak turun berat badan walaupun dah bersenam & kurangkan makanan berlemak?

GULA salah satu puncanya!

Tubuh kita mampu menukar gula kepada lemak dalam badan. Bila kandugan gula dalam badan berlebihan badan kita akan hasilkan lebih banyak hormon insulin. akibatnya? apabila hormon insulin berlebihan ia akan menyingkirkan gula dengan cara menukar gula kepada lemak pada badan kita.Jadi ini lah punca kenapa berat badan masih sama walaupun kita dah kurangkan makanan berlemak.

Penting untuk tahu bagaimana lemak dibakar dalam badan kita. Badan akan membakar gula terlebih dahulu daripada lemak.Jadi,selagi badan masih ada gula ia akan bakar gula terlebih dahulu & tidak membakar lemak. Keupayaan badan kita membakar adalah rendah, manakala gula tak sempat dibakar & akan ditukar kepada lemak. Jadi walaupun kita kuat bersenam tubuh badan kita tetap tak membakar lemak tapi membakar gula terlebih dahulu.

Notakaki: nak cepat kurus kenalah kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman!!

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Fb:misnawati isun

Monday 9 February 2015

Kolagen dalam Badan Merosot

Assalamualaikum w.b.t

Cerita pasal KOLAGEN!!

Kolagen terhasil secara semulajadi dalam tubuh manusia hingga usia 25 tahun. Bila usia makin meningkat, kolagen makin merosot.

Apabila kolagen merosot, tanda-tanda penuaan seperti rambut gugur, liang pori membesar, kulit kasar, kusam dan kering, kulit berkedut dan menggelebeh, sakit sendi, otot kendur, ligamen mudah terkoyak mula muncul...Kita takkan sedar akan kemerosotan kolagen hinggalah kita berusia 35 tahun

NOTAKAKI:nasib saya dah amek kolagen hari2.dalam vitamin c saya ada kolagen!!

Saturday 7 February 2015

Soya Bukan Sembarangan Soya!!Pengedar Shaklee Muar

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrohmanirrohim..

Malam ni saya nak kongsi manfaat 'soya saya'.Semoga jelas dengan penjelasan yang saya berikan ye.

Apa yang best nya 'soya saya' ni??

1. TINGGI PROTEIN
2. TINGGI KALSIUM
3. RENDAH LEMAK
4. RENDAH KALORI
5. BEBAS LAKTOSA DAN KOLESTEROL
6. INDEKS GLISEMIK RENDAH
7. MENGANDUNGI VITAMIN B

Siapa pula yang boleh ambil 'soya saya' ni??

1.WANITA
2.IBU HAMIL DAN BERPANTANG
3.IBU MENYUSU
4.GOLONGAN PEKERJA
5.GOLONGAN PELAJAR
6.WARGA EMAS

'SOYA SAYA' merupakan sumber protein soya terbaik dan menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting.Berbanding protein daripada sumber daging,telur dan tenusu,'soya saya' adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol

Apa itu protein soya bukan-GMO???

Protein yang dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program(IPP),dimana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya

Kebaikan dan Manfaat 'soya saya'??

1. Membantu pembinaan otot dan kulit.Kembalikan radian kulit dan kepejalan otot,percepat penyembuhan luka serta kurang kesan parut

2. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten

3. Membantu mengurangkan paras kolesterol

4. Menyokong sistem imunisasi badan yang membantu mencegah migrain,insomnia dan tekanan

5. Menggalak sistem peredaran darah yang sihat

6. Kaya dengan Isoflavones,yang membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid

7. Menggalak payudara yang sihat dan anjal

8. Menggalak prostat yang sihat

9. Membaiki pigmentasi untuk masalah rambut gugur dan uban serta masalah kulit kedut dan kesan penuaan

'Soya saya' yang saya maksudkan adalah ESP(SOY PROTEIN ISOLATE POWDER)

Sangat bagus untuk anda yang mementingkan kesihatan.Hubungi saya kerana saya akan konsultasi anda hingga anda mendapat apa yang anda inginkan dari ESP!!

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Fb:misnawati isun

Friday 6 February 2015

Hikmah Bersangka Baik!!

Tazkirah utk para ibubapa.....
����������������
Perkongsian yang cukup indah..
Mengembalikan kehebatan umat

K E U N T U N G A N
B E R B A I K  S A N G K A

Selepas ceramah seorang makcik jumpa saya. Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata. Kuat merokok, cukup degil dan tak boleh buat apa-apa dah.. Umur baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata.

Saya dah tak nampak jalan nak buat camana katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya amat bertuah dan beruntung.. Tapi saya memang rasa mustahil..

Jawab saya, anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal jadi orang hebat.

Ish! ustaz ni, takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer..

Jawab saya, puan tukar sangkaan dan doa puan.. InsyaAllah dia akan jadi orang hebat... Allah baik. Maha Penyayang. Allah suka sangkaan yang baik....

InsyaAllah ustaz. Anak saya baik dan bakal jadi orang hebat

Macam tu yer ustaz?

Yer! puan tukar sangkaan dan doa pada dia. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik, itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman.

Nabi saw setiap hari berjumpa manusia yang menyusahkan dan ingin membunuhnya. Akan tetapi beliau sentiasa letakkan 100 peratus sangkaan baik bahawa sekali iman datang, seseorang itu akan berubah juta kali lebih dari apa yang kita boleh bayangkan.

Dengan sangkaan dan harapan yang baik, barulah kita semakin rajin menasihat dengan lembut, bijak dan hikmah dalam membangunkan anak-anak.

Tanpa sangka baik kita akan membenci. Dalam doa pun dengan marah. Dalam nasihat pun menjadi bebelan dan menyakitkan hati.

Selepas beberapa minggu, dia datang dan dia ceritakan anaknya bertambah baik. Jawab saya alhamdulillah.

Puan tadi kata, betul ustaz, saya mengubah sangkaan, dia pun berubah...sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak...

Saya ingat emak saya selalu cakap pada saya. Mak tak risau. Bila kau jaga agama walaupun siang malam kena hina, mesti Allah jaga. Dunia ni Allah punya.

Jika anak MANJA jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..

Jika anak nak ikut keluar rumah dan tak nak tinggal, itu tandanya mereka bakal Daie besar..

Jika anak asyik bercakap tak berhenti, itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..

Jika anak selalu nak bergusti itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit...

Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang, itu kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..

Anak kuat menangis, insyaAllah esok dah besar senang mereka menjadi orang yang mudah menangis masa berdoa dan dalam solat serta rajin membuat amal baik..

Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.

Anak remaja yang dah besar macam-macam permintaannya ada. Itu tandanya mereka perlu dibawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..

Anak remaja suka menyendiri. Mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..

Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik-beradik lain.

Anak berpura-pura dan banyak muslihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak...

Anak gila artis dan glamour mungkin kerana ibubapa pun kaki tv dan hp dan boleh perlahan-perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa ke majlis ilmu..

Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam...

Sebagai anak pula jadilah anak yang membuat ibubapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.

Ya Allah jadikanlah anak-anak kami daieMu yang berjaya dunia dan akhirat dan jadikan kami anak yang menyukakan kedua ibubapa kami dunia dan akhirat.

Ya Allah terimalah kami semua.

Ustaz Ebit Lew

TERUSKAN PANDANG BAIK
SANGKA

Thursday 5 February 2015

Migrain Boleh sebabkan STROK???

Asalamualaikum w.b.t.

"Wanita yang mengalami migrain setiap minggu memiliki risiko lebih tinggi untuk terkena STROK!!"

Takutkan bila baca ungkapan ini??Justeru penghidap migrain terutama kaum Hawa ,marilah kita ambil langkah awal untuk mencegah!!

Dari sekarang anda bolehlah:

1.Amalkan Vitalea 2 biji ,B -complex 1 biji,Ostematrix 4 biji.Kalau ada VIVIX,  sehari sesudu sudah memadai!!

2.hindarkan kaffein yang berbahaya untuk kesihatan

3.minum air masak/mineral yang banyak setiap hari

Sharing coz loving

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Feb 2015
Fb:misnawati isun

Tuesday 3 February 2015

Produk Cinta Hati Saya Yang Membuatkan Saya Daftar SID | Pengedar Shaklee Muar

Assalamualaikum w.b.t

Vitamin pertama yang saya ambil jenama Shaklee adalah Alfalfa.Alfalfa ni termasuk dalam set milkbooster tau korang.Saya perasan sebab masa anak saya umur 2 tahun susu masih ada.masa tu saya belum SID lagi.Tambah plak tu je yang mampu saya beli masa tu.Alhamdulillah,sekarang lebih dari 10 jenis vitamin yang ada kat rumah untuk kami seisi keluarga!

Tapi jangan ingat alfalfa ni untuk wanita je.Semua vitamin Shaklee lelaki dan wanita sesuai ambil.jangan risau..tak yakin leh tanya Customer Service Shaklee.Haa..gitu! Banyak testimoni untuk lelaki yang mana telah membantu penghidap kencing kotor dan batu karang.Tak caya leh search kat 'Pak Google'.Yang tak pernah cuba leh try botol kecil(330 bj),yang dah penah ambil opkos la botol besar (700 bj) pilihan untuk mereka yang repeat order.

Salah satu produk detox di pasaran yang termurah adalah Alfalfa!!Harga sangat mampu milik if gaji minimum rakyat Malaysia ni Rm900 memang mampu sangat2 lah.sebab botol kecil tahan sehingga 2 bulan.Sebulan rm30 pun tak sampai tau!!

Sharing is caring
Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Feb 2015

Monday 2 February 2015

Set Sendi Dan Tulang

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah satu pagi saya bangun tapak kaki sakit bila berjalan.beberapa hari gak lah.saya kecek ostematrix dan AJHT mak.Mak memang ada  amek oste dan AJHT. Salah satu sebab opkos la sakit lutut dan kebas-kebas pada tangan.

Alhamdulillah 3 hari saya telan 4 biji oste sebelum tido dan AJHT  2 biji selepas sarapan.Alhamdulillah,dengan izin-Nya.

notakaki;Ambil sekali Omega Guard jika anda ingin hadiahkan set premium kepada ibu dan ayah

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor Feb 2015

Sunday 1 February 2015

Promosi Februari 2015 | Pengedar Shaklee Muar

Assalamualaikum w.b.t

APA KELEBIHAN PROMOSI BULAN NI?

Vitalea - Merupakan multivitamin yang penting untuk menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian kita untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang.

Vitalea Kids - Ada 18 Vitamins dan Mineral yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak kita.

Ostematrix - Kalsium dengan gabungan magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, dan boron. Semua nutrien di atas sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita, dan menghalang endapan sesetengah mineral.

AJHT - Satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi - sendi.

Sangat bagus untuk kita sekeluarga.Boleh hubungi saya jika anda mahu sihat dengan Shaklee k!

Misnawati Isun
Sid 1106050
Fb:Misnawati Isun
012-9734729