Pengasas Shaklee

Monday 30 March 2015

Kenapa air kencing berwarna kuning bila ambil b-complex | pengedar shaklee muar

Assalamualaikum w.b.t

Dalam B complex ada macam-macam jenis vitamin B. Kalau B Complex Shaklee, ada 8 jenis vitamin B dalam satu tablet tu. Salah satunya nama Riboflavin. Riboflavin ni lah yang buatkan urine (air kencing) kita jadi warna kuning.

Riboflavin larut air dan sangat mudah disingkirkan melalui urine. Badan kita yang bijak ni ambil riboflavin dalam B Complex tu setakat yang perlu je, yang selebihnya akan disingkir melalui urine. So kalau urine terlebih kuning, jangan panik. Itu menunjukkan badan kita sihat, dan sedang berfungsi dengan baik. Badan kita ambil riboflavin setakat yang mencukupi, buang yang selebihnya bagi  mengelakkan berlaku masalah riboflavin overdose dalam badan.

Urine kuning selepas ambil B Complex adalah normal, SEBALIKNYA kalau warna urine tidak berubah lepas ambil B Complex, itu boleh dijadikan penunjuk bahawa

1) Kita ada masalah kesihatan jadi badan kita mungkin tidak menyerap riboflavin dengan baik. Sila dapatkan pendapat pakar perubatan.

2) B Complex yang diambil TIDAK BERKUALITI dan mengandungi kurang riboflavin. SILA TUKAR JENAMA LAIN YE!!!!

Notakaki: B Complex Shaklee terbukti boleh sebabkan urine kuning, tidak diragui lagi kualitinya.Tukarlah jenama B Complex anda sekarang sebelum kesan sampingan lain terjadi!!!!

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor April 2015

Beli ESP set promo dapat Membership Free Seumur Hidup | pengedar shaklee muar

Ni keahlian PERCUMA yang saya selalu cakap kalau beli satu set ESP promo!!

YANG BEST LAGI:

-bulan depan cek akaun jangan terkejut ada duit masuk ye!!
-dah jimat kos 1 tin ESP bernilai 150.00
-dah boleh mulakan bisnes tanpa modal beli barang(customer masukkan duit,order dan Shaklee akan pos kan)

Anda nak JIMAT macam ni?pm saya klo malu..

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Fb:  misnawati isun

KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA BILA..... | PENGEDAR SHAKLEE MUAR

Assalamualaikum w.b.t

Selalu anda dengar beli set ni sekian sekian,anda dapat KEAHLIAN PERCUMA.Macam contoh promosi ESP beli 6 percuma 1 tu.Jadi,harini saya bagi contoh pembelian saya buat ni.

Pembelian barang,tak kiralah dari suplemen,atau pencuci, atau apa sahaja barang Shaklee bernilai 650.00 keatas dan point untuk barangan tersebut mestilah 200uv (unit value).Anda dah dapat jadi ahli percuma yang mana jika anda mendaftar ahli sahaja tanpa melakukan pembelian anda dikenakan bayaran sebanyak 75.00 (65.00 adalah starter kit dan 10.00 adalah kos penghantaran).Upsss,bulan 4 ni dah jadi 78.00 tak silap saya sebab 6% GST.

Tetapi,jika pembelian anda adalah 800.00 dan keatas, anda dapat 2 kelebihan yang mana keahlian PERCUMA dan penghantaran PERCUMA!!Berbeza dengan pembelian 650.00 tadi kerana Kos Penghantaran dikenakan sebanyak 10.00!!!

Paling best,anda dah layak mendapat CASH BONUS terus masuk ke akaun anda untuk bulan berikutnya!!Yeahhh!!!

Pilihan di atas tangan anda.Jadilah pengguna yang bijak!!

Sharing my shopping,
Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor April 2015
Fb:misnawati isun(ibu tayunk)

Thursday 26 March 2015

Soya Selamat | pengedar shaklee muar

FAKTA:
Genistein dalam kacang soya telah dikaji mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak.Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser.Ia juga menjaga rahim,ovari dan kitaran haid serta prostat lelaki.

MENARIK!!!
Lagi menarik sebab soya yang saya minum tiap hari (ESP) diproses menggunakan air untuk mengekalkan isoflavanes,genistein,daidzein dan juga keseluruhan kebaikan soya.

NOTAKAKI:
Kalau ada yang buruk-burukkan soya,selidik dahulu.Jangan salahkan soya,tapi tengok cara pemprosesan soya dilakukan.

Sharing coz loving
Misz 012-9734729
Sid 1106050
Fb:misnawati isun

#sayajualshaklee
#shakleeeffect
#credittokakcery

Monday 23 March 2015

PENAPIS AIR MUDAH DAN MURAH | PENGEDAR SHAKLEE MUAR

Get Clean Water Pitcher

- Ringan, mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

- Cara pemasangannya ringkas.

- Jimat masa dan tenaga.

- Tidak perlu penyelenggaraan untuk membersihkan 'filter'. Cukup 303 liter atau 80 gelen, filter hanya perlu ditukar kepada 'filter' yang baru. Filter ni sangat mampu milik.

- Rasa airnya sangat segar dan air yang ditapis oleh penapis comel ini juga sangat jernih. Setanding dengan penapis air yang berharga beribu-ribu ringgit tu...jimat pun jimat.

- Sangat mudah digunakan. Hanya tuangkan air ke dalam jag, tunggu sehingga selesai ditapis, kemudian minumlah air dengan gembira..;)

Hubungi saya jika anda dah bersedia untuk menikmati air yang sedap diminum dan bersih lagi selamat ini.

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Fb:misnawati isun

Friday 20 March 2015

9 Jenis Asid Amino Perlu dalam ESP | Pengedar Shaklee Muar

Assalamualaikum w.b.t.

Badan kita perlukan protein utk berfungsi dgn baik. Dari sel➡tisu➡organ sampailah ke rambut & kuku memerlukan protein. Sumber makanan dari processed food, junk food & fast food tidak membekalkan protein yang baik untuk badan malah meninggalkan sejumlah lemak, kalori & gula yang tinggi dalam badan. Badan menyimpan lemak & karbohidrat.  Badan tak simpan protein, tapi badan kita menggunakan protein untuk repair tisu, bina tisu & memperbaiki hormon.

Pemilihan protein yang baik iaitu lengkap dgn asid amino perlu & tak perlu untuk badan sangat penting. Antara fungsi 9 asid amino perlu dalam badan ialah:

✔Histidine - membaiki tisu rosak
✔Isoleucine - menyelaras tahap gula
✔Leucine - bantu penyembuhan tisu otot, merendahkan gula dalam darah
✔Lysine - pembinaan tubuh, antibodi, hormon, membentuk kolagen
✔Methionine - memecah lemak & menghalang pembentukan lemak di hati
✔Phenylalanine - merawat kekejangan, arthritis & migrain
✔THreonine - mengekalkan keseimbangan protein dalam badan, menguatkan ketahanan badan
✔Tryptophan - mengawal migrain & membantu mengawal kemurungan & menstabilkan mood
✔Valine - perlu untuk metabolisme otot, baiki tisu & kekalkan keseimbangan nitrogen dalam badan

Pengambilan makanan berproses dalam jangka masa yang panjang akan meninggalkan kesan buruk & penyakit dalam badan. Jadi protein amat penting dalam melindungi & memperbaiki sel, tisu & organ yang rosak akibat pengambilan makanan yang tidak berkhasiat.

Sharing is caring
Misz 012-9734729
Sid 1106050
Fb:misnawati isun

Kebaikan protein dalam ESP dari makanan lain

Protein adalah satu kumpulan molekul yang sangat menakjubkan dalam badan manusia. Protein adalah kombinasi complex yang terdiri daripada amino acids. Mereka umpama batu bata yang disusun untuk suatu bangunan.

Ada 22 amino acids. Ada yang boleh di bina di dalam badan kita menggunakan amino acids yang lain dan ada yang diperlukan daripada sumber makanan (8-10 jenis). 
Seperti satu binaan unik, kesemua amino acids ini tersusun indah bersama-sama dalam satu susunan unik untuk menjadi pelbagai bentuk dan struktur di dalam badan manusia yang amat penting untuk setiap fungsi di dalam badan kita.

Apakah sumber utama protein? Sumber utama protein ialah diet harian kita. Termasuk haiwan dan tumbuhan. Bila kita makan protein, ia perlu dicernakan kepada rantaian pendek amino acids.
Ibaratnya, sebuah bangunan perlu dibuka bahagiannya satu persatu.. untuk bina sebuah bangunan yang baru pula.

Setelah dicernakan , badan kita menggunakan amino acids itu untuk menghasilkan protein yang diperlukan oleh badan kita.
Proses ini dipanggil “protein synthesis” atau “biosynthesis”. 
Protein perlu dicernakan kepada rantaian yang ringkas, amino acids sebelum badan kita dapat gunakannya. Jika proses percernaan ini tidak berlaku dengan sempurna, ia akan reput.
Proses pereputan ini akan menghasilkan toxin dan menyebabkan bau kentut dan najis yang amat busuk. Jika ia berlaku pada anda.. ini adalah petanda bahawa pencernaan protein tidak berlaku secara sempurna.

Enzim pepsin and hydrochloric acid  di dalam perut amat diperlukan untuk proses pencernaan protein. Jika enzim ini tidak berfungsi dengan baik proses pencernaan akan terganggu. Tanpa disedari ramai orang mengalami kekurangan enzim ini ataupun enzim tidak berfungsi dengan sempurna.

Tahukah anda proses penghasilan enzim memerlukan kepada adanya zinc, di mana kekurangan zinc adalah biasa dan ramai yang tidak menyedarinya.  Tanpa disedari dewasa ini, ramai kanak-kanak yang lahir mengalami kekurangan zinc kerana ibunya ada kekurangan zinc.

Tahukah anda apa lagi yang menggangu proses pencernaan protein?

· Kehadiran toxic metals
· Stress menyebabkan  sympathetic nervous system aktif dan mengganggu proses pencernaan kerana proses pencernaan ialah aktiviti parasympathetic.
· keletihan juga melemahkan proses pencernaan
· kekurangan nutrisi
· jangkitan di dalam usus(parasites, yeasts, bacteria)

***sebarang bahan toxic, termasuk food addictives akan mengganggu proses pencernaan kerana proses ini amat delicate!
Vicious cycles (kitaran bahaya yang berulang)  inilah yang merosakkan badan kita.
Proses pencernaan protein yang terganggu menyebabkan kekurangan nutrients dan pengumpulan toxin di dalam usus -à Kekurangan nutrisi pula akan mengganggu proses pencernaan protein à Akhirnya ia memburukkan lagi keadaan kekurangan nutrisi. Kitaran ini berterusan hinggalah kita mati.

Atas sebab ini lah seorang doktor, dalam penulisannya, dia sangat menggalakkan pengambilan protein berkualiti tinggi di dalam jumlah yang bersesuaian. Jadi itulah jawapan kenapa pengambilan supplement protein berkualiti tinggi ini amat diperlukan dan terbukti orang yang mengamalkan ESP jauh lebih sihat.. dan yang paling ketara kesannya ialah pada kulit seperti mana testimony sebelum ini..

Selain itu, nasihat beliau lagi,
kita perlu elakkan pengambilan ubatan yang tidar perlu,
elakkan pengambilan processed yang mengandungi food additives,
dan amalkan untuk berehat sebentar sebelum dan selepas makan
makan dalam keadaaan tenang supaya proses pencernaan berlaku dengan sempurna.
Semua ini penting untuk menghentikan vicious cycle yang berkaitan dengan pencernaan protein yang saya sebutkan sebelum ini, di mana proses tersebut amatlah penting bagi badan kita.
Semoga ia bermanfaat buat anda semua.

*credit to Dr Safiya Amaran

Sharing coz loving
Misz 012-9734729
Sid 1106050
Fb:misnawati isun

Monday 16 March 2015

Kulit anjal,licin,halus dan mulus

Assalamualaikum w.b.t.

Boleh ke orang diabetes atau kolesterol tinggi ambil ESP ni?Tak lebih protin ke kalau minum ESP?Makan ayam lagi..daging lagi..

Jawapan:

ESP pilihan tepat untuk semua individu.ESP zero fat,zero cholestrol dan paling penting rendah GI(Indeks Glisemik).Maksudnya glukos dibebaskan perlahan lahan ke dalam darah.Pesakit diabetes kalau minum ESP memang akan bertenaga tanpa menyebabkan kadar gula naik

Kita WAJIB ambil protin dalam diet harian sebab badan tak boleh nak hasilkan asid amino yang diperlukan.Maka ESP lah pilihan yang tepat.Sehari ambil 3 sudu besar pun tak jadi isu berlebihan sebab 3 sudu besar bersamaan 14gram protin.

14gram tu kalau nak ikutkan tak cukup untuk memenuhi keperluan protin harian kita,jadi kita tetap perlukan protin dari sumber makanan lain.

Cuma kita disyorkan mengambil suplemen protin berasaskan non GMO soya yang BERKUALITI untuk dapatkn kulit yang PEJAL dan LICIN!!

Jadi amacam?Pilihlah nak twin set atau buy 6 free 1.Jom shake segelas ESP!!

#crdttokakcery

sharing coz loving,
misz 012.973.4729
sid 1106050
Fb:Misnawati Isun

Thursday 12 March 2015

Adab Makan Orang Islam Yang Sepatutnya

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni saya nak tulis dan kongsi tentang 'Adab Makan'

Selama ini kita mungkin ada di antara kita tidak tahu yang apabila kita makan pun boleh datangkan pahala.

Bagaimana??

Dengan mengikuti sunnah Baginda Muhammad SAW setiap amal perbuatan mendatangkan pahala dan kejayaan.

Berikut serba-sedikit adab makan yang saya nak kongsi bersama. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila tambah dan betulkan.

1- Tutup kepala (kalau lelaki pakai kopiah la, kalau perempuan pakai la tudung @ anak tudung).

2- Basuh kedua-dua belah tangan sambil berkumur 3 kali serta membaca selawat.

3- Tunggu makanan dihidangkan. Bukan makanan menunggu kita.

4- Apabila terlihat saja makanan dihidangkan teruslah membaca doa makan.

5- Pastikan kita tidak makan seorang.

6- Apabila hendak mulai makan bacalah "Bismillahi wa'ala barkatillah.."

7- Mulakan makanan dengan buah-buahan (jika ada). Dan sebaiknya colek dan makan garam menggunakan jari terlebih dahulu.

8- Makanlah makanan yang paling hampir dengan kita terlebih dahulu.

9- Zikir semasa makan "Allahhumma lakalhamdu walakasshyurk"

10- Jangan berbual kosong semasa makan.

11- Apabila selesai makan dan hendak bangun mintalah izin terlebih dahulu. Sebaik-baiknya sama-sama bangun.

12- Selesai makan makanan sisip jari (bukan hisap) dan bacalah doa selepas makan.

13- Basuh kedua-dua tangan dan berkumur-kumur.

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan. Jika ada kekurangan silalah tambah. Moga jadi panduan untuk kita sama-sama amal dan sampaikan.

#sharingFromUmmuMuhaimin

Wednesday 11 March 2015

Hilang Cramp dengan Oste

Assalamualaikum w.b.t

8.3.15 ,Ahad

Suamiku customerku hari ini.tadi dan beberapa hari yang lepas badan suamiku  selalu cramp.tang kaki,tang tangan,tang perut dan banyak tang lagi.saya cakap ambil ostematrix.rumah punya kebetulan dah habis.stok masih ada.saya suruh buka jela la oste tu.beliau cakap yeke boleh hilang.sebab puas dah disapunya yoko-yoko,ditepeknya losyen mustajab extra hot,minyak panas.saya cakap cuba sembuhkan cramp tu dari dalam plak.urat tegang tu.oste bagus untuk urat saraf.oste bagus sebab ada magnesium.

Dipendekkan cerita,tadi cramp kat kaki datang lagi.beliau mintak bukak oste,saya bagi 4 biji.Alhamdulillah,beliau kata nanti nak bagi duit.huhu..syukur sebab balik modal jadikla.Paling bersyukur beberapa jam cramp kaki tu dah hilang.malam ni sebelum tido nak makan lagi katanya.Dengan izin-Nya jua!!

Sharing coz loving
Misz 012-9734729
Sid 1106050

Seminggu Selepas Minum ESP

Assalamualaikum w.b.t

Lepas seminggu minum ESP secara konsisten baru-baru ni,saya sendiri rasa perbezaannya.Kulit pada tapak kaki dah tak kasar.Tumit yang pecah-pecah pun makin nampak kepudarannya!!Tu pun lepas baca beratus-ratus comment dari SID yang membangkitkan semangat nak berESP nih!!

Haish,awatla tak dari mula-mula jadi SID lagi saya konsisten ek.Dulu minum ESP masa nak turun berat badan.Dah TURUN 6kg saya ambil on off jek.Sebab eksaited nak try produk Shaklee semua.Bayangkan,3/4 daripada 28 suplemen Shaklee saya dah ambil tau!!!Betapa ku dah JATUH CINTA dengan Shaklee.hihi!!!!

Sempena bulan promosi Shaklee ni memang saya cadangkan SANGAT-SANGAT untuk korang cuba ESP!!!Upsss,lagi satu rambut saya ni jenis kasar tau.Tapi sekarang dah HALUS jek!!

Sharing coz loving
Misz 012-9734729
Sid 1106050

*testimoni kawan SID tentang beliau ber ESP

Thursday 5 March 2015

Soya non-GMO (ESP) bukan penyebab kanser

Assalamualaikum w.b.t

'Beruntunglah orang-orang yang berfikir'

Bila baca ayat ni pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang saya nak cuba sampaikan.

Saya tak suka sentuh bab lain saya cuma nak bagi contoh je tentang kenyataan 'soya boleh sebabkan kanser'

Justeru,orang-orang yang membaca satu info tapi tak cari kebenarannya adalah tergolong dalam kumpulan orang-orang yang RUGI kerana memegang dan mempercayai info tersebut sebulat-bulatnya.Yang lebih teruk apabila mereka turut menyebarkan fitnah dengan menyatakan hal yang demikian.

'Eh,jangan minum soya la nanti kena kanser!!'.antara ayat untuk menakut-nakutkan penegar soya.

Ok,kita tengok contoh lain selain soya dibuat minuman.Tempe....tempe tu bukan ke dari kacang soya?eh,makan pulak tempe..dah pening 'mak' camni.tadi cakap boleh kena kanser tapi makan tempe berpeket-peket.

Dengan tegas suka saya tekankan kat sini yang ESP (Energizing Soy Protein) saya BUKAN PENYEBAB KANSER!!cari info,google dan baca kenapa fakta saya begitu!!Jangan fitnah produk saya.nanti dosa,mati siksa!!hihi

'Don't blame the PLANT but blame the PROCESS!!!'

sharing coz loving
Misz 012-9734729
Sid 1106050
Sup April 2015

Wednesday 4 March 2015

Sujud Syukur hukum dan caranya

Assalamualaikum w.b.t.

Siapa selalu mengamalkan sujud syukur?siapa tahu apa itu sujud syukur?

APA ITU SUJUD SYUKUR?

Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah SWT. tetapi harus diingatkan bahawa sujud syukur hanya sunat hukumnya apabila dilakukan kerana mendapat nikmat YANG BESAR dan JARANG-JARANG berlaku sahaja. Contohnya apabila dapat mendirikan rumahtangga atau mendapat pekerjaan. Mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan juga merupakan nikmat yang besar dan tidak selalu berlaku

TETAPI sekiranya nikmat tersebut adalah yang biasa biasa sahaja seperti DAPAT MAKAN atau DAPAT BELI TOPUP misalnya maka hukumnya sujud syukur tidaklah sunat tetapi BIDA'AH.

Firman Allah yang bermaksud :

“Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri,tetapi sesiapa yang kufur (tidak bersyukur) maka tidaklah menjadi hal kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji - (Surah Luqman : 12)

Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :

“Dari Abu Bakrah r.a. Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)

Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.Tak sampai lima minit atau kurang lagi.

Untuk sujud syukur kita TIDAK PERLU :

¶ BERWUDUK kerana dilakukan di luar waktu solat

¶ MEMBACA AL - FATIHAH atau apa-apa rukun solat yang selain daripada NIAT, TAKBIR, SUJUD dan SALAM

APAKAH CARA YANG PALING TEPAT UNTUK MELAKSANAKAN SUJUD SYUKUR?

1.  Niat.
          -" sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"

2. Takbiratul ihram
            -angkat tangan sebagaimana takbir dalam solat

3. Satu kali sujud

4. Bacalah doa yang sebagaimana biasa dibaca ketika sujud dalam solat
            -Subhanarobbial A'laa Wabihamdih

5. Salam
             -sebutlah "assalamualaikum warahmatullah.."

Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.

Dari itu, diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dan tidak mengabaikan ajaran Islam

Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :

Doa-sujud
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”

Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.

Nota tambahan:

1. Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam.

2. Mazhab Hambali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

3. Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah S.W.T atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219).

Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.

Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

Sumber: Dr Wahbah Zuhaily dan harianislam.com :)

Sharing coz loving
Misnawati Isun

Monday 2 March 2015

Ciri-ciri Minuman Soya Yang Bagus Dipilih | pengedar Shaklee Muar

Assalamualaikum w.b.t.

Sempena bulan Promosi ESP (Energizing Soy Protein) ni saya nak beri tips untuk penggemar soya sekelian.

Pilihan bijak memilih produk minuman soya pastikan ianya non-GMO ok!!jangan pilih GMO sebab ia salah satu penyebab pengaktifan sel kanser!!

Hanya di Shaklee soya nya adalah non-GMO (non-Genetically Modified Organisme) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah!!

Kandungan Glisemik nya yang rendah iaitu 39 juga sangat sesuai kepada penghidap Kencing Manis!!

ESP Satu-satunya menggunakan proses  pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai IPP (Identity Preserved Program).Ia bagi menjamin kacang soya BEBAS daripada pendedahan perubahan GENETIK!!

Sharing is caring
Misz 012-9734729
Sid 1106050
Supervisor April 2015

Sunday 1 March 2015

Petua Tercekik Tulang Ikan

Assalamualaikum w.b.t

Rindunya saya nak menulis kisah saya harini.Dah lama tak update kisah saya.Asyik tulis kisah produk takut pembaca setia bosan pula kan.hehe....

2 hari yang lepas punya cerita.Masa saya suapkan anak-anak makan ikan goreng selar dan kuah masak lemak kobis.Lepas diorang makan,saya pun dok kunyah tulang dan habiskan nasi diorang yang tak habis.Nak dipendekkan cerita tercekik la pula tulang tu.

Saya cuba macam-macam cara.Saya muntahkan makanan anak yang saya dah licinkan tu.Tak boleh.Saya gumpalkan nasi dan terus telan.Tak boleh
Saya minum air segelas.Pun tak boleh.Saya jolok tekak pakai jari kot kot tersentuh tulang tu boleh tarik je nanti.Pun tak rasa.Memang tak selesa sangat sebab telan air liur pun sakit tau.

Allah...habis dah ikhtiar saya masa tu.Nak telefon suami balik dan pergi klinik je lagi.Tapi saya cuba ikhtiar terakhir yang mana saya pernah terbaca Share di Facebook tentang hikmah Surah Al-Fatihah yang kita baca tiap-tiap hari masa solat tu.Terima kasih kepada orang yang sudi share sampai ilmu tu wujud kat wall saya.

Saya ambil air mineral botol kecil(500ml).Memang suami saya beli berkotak-kotak air mineral botol kecil.Senang anak-anak nak minum katanya.Saya buka penutup saya baca Fatihah dan saya tiupkan ke dalam air.Saya lakukan perkara yang sama sampai 7 kali.

ALLAH MAHA BESAR!!!!

Saya minum air mineral tersebut.Sambil kebergantungan saya pada Allah waktu tu memang sepenuhnya.Alhamdulillah,Allahuakbar,Subhanallah...tak sampai setengah botol air tu saya minum tulang tersebut dah tak ada dalam tekak saya.dah masuk perut rasanya.

Lega dan bersyukur sangat dengan pertolongan Allah.Korang bolehlah gunakan petua saya ni ye.Kalau 7 kali baca tak boleh,baca 14 kali,21 kali sehinggalah 40 kali.InshaAllah,Allah bantu.Dengan izin-Nya jua.

Sharing is caring