Pengasas Shaklee

Monday, 27 October 2014

Dermalah Organ Demi Sebuah Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t

Macam mana saya nak mula entri kali ni ye..sebab saya sendiri pada asalnya 50-50 nak derma ke tak nak organ saya apabila saya meninggal..

Saya ambil borang tapi saya tak terus hantar ke wakil badan kerajaan(hospital) yang datang beberapa jam sahaja di company saya..memang secara lazimnya visitor boleh masuk ke kawasan cafeteria atas urusan mereka(yang telah lulus dan berdaftar la) sama ada berniaga atau memberi taklimat

Saya juga berangan akan masuk untuk mempromosikan shaklee saya andai kata saya telah tidak berkhidmat di sini lagi..hihi (masa tu dah pangkat Cordinator ke atas)..inshaAllah

Ok,berbalik pada tajuk menderma organ..saya telah tekad dan mengikhlaskan diri LillahiTaala untuk menderma,bukan 50,bukan 60 tetapi 100% saya telah bersedia..

Setelah faham akan hukum menderma dari sudut syarak saya pun amat yakin kerana ada 3 perkara yang akan kita bawa ke akhirat kelak  iaitu:

1.sedekah jariah
2.ilmu yang bermanfaat
3.doa anak yang soleh

Dari konsep menderma di sini no 1 adalah sedekah yang dimaksudkan kerana kita telah menyelamatkan nyawa seseorang yang amat memerlukan bantuan secara langsung memberi peluang untuk penerima organ meneruskan kehidupan

Amat menyedihkan saya sebagai seorang Islam apabila minggu lepas keluar di dalam berita (tv1 tak silap) tentang peratus kaum kita sangat rendah (6.3k) berbanding kaum Cina (113k) dan India (6.5k) yang telah berdaftar sebagai penderma..

Tempatkan diri anda di posisi waris atau pesakit  yang mengalami  situasi yang amat memerlukan bantuan..anda mesti meletakkan harapan yang tinggi pada si penderma bukan??

Berhati-hati jika bermain kutu di fb

Tajuk kali ni saya buat kerana saya adalah salah seorang pemain kutu di fb.tapi itu dulu..sekarang saya dah tak main dah..

Saya sehingga sekarang masih tak dapat bayaran duit kutu saya sebanyak Rm350..nasib saya baik kerana  mak kutu saya janji bayar sedikit demi sedikit sampai habis duit kutu tersebut..Alhamdulillah berkurang juga dari jumlah Rm1050

Sedikit tips dari saya untuk anda yang terdesak nak main juga:

1.Masuk group Anak Kutu Bermasalah
2.Masuk group Ibu Dan Bapak Kutu Bermasalah

Ini bagi anda selidik dulu mak kutu yang blacklist dan yang ok..

Nasihat saya kepada yang sedang berniat nak main kutu di fb,pastikan anda kenal mak kutu anda di alam nyata(itu lebih baik)kalau di alam maya sahaja lebih bagus tak payah.. saya sendiri terus jadi fobia nak main kutu di fb..

Fenomena ini tak menjadikan saya serik ye..saya masih bermain kutu dengan kawan-kawan sekerja..yela kita kalau nak menabung sendiri kurang disiplin..tapi bila dah ada rasa tanggungjawab tu mesti kita akan utamakan..betul tak??

Akhir sekali dari saya jangan lupa minta dan berharap dari Allah agar dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki andai masih ada rezeki kita..jangan putus mengharap kerana Dia tahu yang terbaik untuk kita.

Wallahualam..

*GambarSalahSatuGroupUntukCariInfo

Thursday, 23 October 2014

Gejala rambut gugur atasi dengan Zinc Complex..

Saya sering keguguran rambut..Selepas melahirkan anak semakin banyak rambut yang gugur semasa menyikat rambut..Saya pun menjalankan testimoni saya sendiri dengan mengambil zinc complex shaklee.Alhamdulillah ada pengurangan dari segi kuantiti rambut yang gugur..

Serba sedikit info tentang zinc complex boleh baca kat bawah ni ye..

-Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi seperti kalsium dan serbuk alfalfa

-Sesuai untuk jangkamasa panjang

-Berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh

Mari kita tengok manfaat zinc pula:

1.Mengaktifkan 200 jenis enzim di dalam tubuh
2.Membentuk kolagen
3.Memperbaiki diabetes
4.Mempertingkatkan sistem imun
5.Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran
6.Memperbaiki prostat

Sangat sesuai untuk kaum lelaki yang inginkan zuriat kerana pengambilan zinc dapat meningkatkan pengeluaran sperma..

Setiap usaha yang kita lakukan diiringi dengan doa semoga dimakbulkan-Nya..inshaAllah

Sharing coz loving
Misz 0129734729
fb:ibu tayunk

Saturday, 18 October 2014

Bagus ke Shaklee??

Bercakap tentang shaklee saya adalah pengguna tegar Shaklee kerana saya yakin Shaklee adalah suplemen yang boleh dipercayai..jika tidak masakan telah mencecah hampir 60 tahun kewujudannya..ye tak?

Mengapa saya memilih shaklee??mengapa ramai di luar sana memilih shaklee??Sini saya korek rahsia MENGAPA SHAKLEE:

1.Berasaskan sumber semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet,tiruan,pemanis,pewarna dan perisa

2.Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga

3.Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten

4.Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga

5.Shaklee mematuhi Good Manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain

6.Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA untuk misi mereka

7.Produk Shaklee di Malaysia disahkan Halal oleh ISA-Islamic Services of America iaitu badan yang diiktiraf oleh JAKIM

Perlukan khidmat bersuplemen boleh hubungi saya..

Misz 0129734729
fb-ibu tayunk
email:misz_aqish@yahoo.com

Tuesday, 14 October 2014

PERLU KE SUPLEMEN??

Assalamualaikum w.b.t

Kenapa tajuk ini saya tulis?sebab masih ramai lagi di kalangan kita ni yang masih tak sedar betapa pentingnya suplemen..(tapi bukan pembaca entri saya ni ye..anda semua ambil berat sebab anda tergerak untuk cari info tentang suplemen)

Dikesempatan yang tak berapa nak sempat ni saya ringkaskan secara ringkas dan mudah untuk anda ketahui mengapa badan kita perlukan suplemen(makanan kesihatan tambahan):

1.dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang tinggi selain dari apa yang kita perolehi dari makanan harian contoh vitamin C dan E yang diperolehi dari makanan sahaja tidak cukup untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan

2.Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah subur.Selain itu,racun perosak dan racun serangga mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut

3.Pengambilan pil penahan sakit,ubat-ubatan,alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan.Amalan diet yang tinggi kaffein,lemak,gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh

4.Zat makanan mudah hilang semasa proses penyimpanan dan penyediaan.Contohnya,vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak

5.Makanan harian tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan

6.Bagi yang bekerja,makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin..maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan

7.Terlalu banyak makanan segera terdapat di pasaran sekarang yang mengandungi bahan kimia

Zaman ini terdapat banyak penyakit yang berpunca dari faktor pemakanan..nasihat saya,mencegah adalah langkah terbaik dari mengubati..

Selamat memilih shaklee yang terbukti keberkesanannya..

Misz 0129734729
fb:ibu tayunk
email:misz_aqish@yahoo.com

Monday, 13 October 2014

Sedekah sebagai UBAT

Assalamualaikum w.b.t.

Saya sangat tersentuh dengan satu cerita yang akan saya kongsikan bersama pembaca saya yang dikasihi dan dirahmati Allah...

Terbukti sedekah adalah ubat yang juga memberi kesembuhan atas izin Allah.Mari ikuti kisah ini..

"Jururawat yang sedang bertugas mendapati seorang pesakit yang koma lebih setahun tiba-tiba bergerak.Kemudian membolak-balikkan badannya ke kiri dan ke kanan sebelum bingkas duduk serta meminta dilucutkan alat pernafasan dan pelbagai lagi wayar yang melingkari.

Jururawat bergegas memanggil doktor dan memaklumkan hal itu.Doktor yang hadir juga terkejut dan segera membuat pemeriksaan atas pesakit tersebut.Ternyata lelaki tersebut sihat dan kesihatannya sangat meyakinkan.Sungguh menghairankan,bagaimana seorang pesakit yang sudah koma lebih setahun tiba-tiba bingkas duduk begitu?Tambahan pula sebelumnya pihak hospital memang sudah buntu akan ubatnya kecuali terus memberikan peluang bantuan pernafasan sementara menunggu ajalnya.

Kemudian,doktor memanggil si isteri dan bertanyakan apakah amalan yang dilakukan sehingga suaminya mendapat rezeki yang luar biasa itu.memang tingkah laku si isteri dan anaknya sebelum ini......"

Ikuti kisah selanjutnya di lain entri ye....

Saturday, 11 October 2014

Suplemen untuk mata ambillah Carotomax Shaklee

Assalamualaikum w.b.t...

Kali ini saya nak menulis tentang masalah rabun pula..saya ada customer yang dah beberapa kali repeat order carotomax untuk ayahnya..dah lama beli tanpa bertanya panjang dia pun berdaftar keahlian shaklee dengan saya..dapat harga ahli la kan ofkos...jimat berbaloi-baloi..tapi untuk kegunaan sendiri bukan berbisnes..pun boleh tak ada masalah.tiada paksaan untuk berbisnes shaklee..hehe

Cerita pendek je tak nak yang panjang-panjang tentang ayahnya,beliau pada asal bukan rabun dari kecil tetapi kerana effect dari kencing manis yang baru dihidapi..ye,ayahnya rabun dekat..faktor peningkatan usia juga memainkan peranan..Alhamdulillah penglihatannya sudah semakin pulih..

Pssstttt....bukan sahaja mata je yang dapat faedah carotomax tau..ada juga faedah untuk yang lain..meh baca sini:

1.Meredakan penyakit kulit
2.Menghalang infeksi terhadap batuk,asthma dan selesema
3.Melawan kanser
4.Menggalakkan perkembangan normal dan sihat

Semoga saya boleh membantu anda yang sedang tercari-cari suplemen untuk mata dan mempunyai masalah penglihatan.

Misz 0129734729
fb:ibu tayunk