Pengasas Shaklee

Sunday, 21 September 2014

Resepi nasi goreng turun temurun

Pagi ni selepas buat sarapan rajin pulat nak update blog.tapi bukan pasal Shaklee ni pasal resepi sihat terus dari dapur.

Resepi Nasi Goreng Wak Majenah

Sediakan bahan-bahan tersebut ye:

1.bawang merah,bawang putih,belacan,ikan bilis,cili padi ditumbuk guna lesung batu (bukan lesung pipit..hehe)

2.hiris tempe(2 keping dah cukup untuk 3-4 orang makan)

3.nasi sejuk(xmo nasi panas sebab nanti lembik)

4.minyak masak(tak kisah cap helang ke..cap buruh ke..asalkan jagan minyak tanah)

Cara-caranya:

1.masukkan minyak masak ke dalam kuali.setelah minyak panas,goreng tempe dahulu.selepas tu masukkan bahan no 1 di atas.tumis sehingga naik bau

2.Masukkan nasi dan gaul rata.suhu api tak payah besar sangat takut melekat kat kuali(kang kuali rosak dah beralasan nak beli kuali baru ye tak?)

3.Masukkan garam dan perasa mengikut tekak masing2

*kalau ada kacang buncis boleh cincang dadu dan digaulkan bersama (biasa ada campur tapi kali ni takde sbb kdai runcit tutup nak beli kacang buncis tu)

Selamat mencuba the very simple easy only from me..diturunkan dari mak mertua Pn.Hjh.Maznah Binti Jas

No comments:

Post a Comment