Pengasas Shaklee

Saturday, 11 April 2015

Set kurus sempena promosi April 2015 | saya jual shaklee

Assalamualaikum  w.b.t

TIPSS KURUSSS DAN UNTUNGGG!!!

Kurus dengan cepat adalah idaman dan impian setiap individu yang mendambakannya.Tapi keinginan yang tinggi tanpa istikomah dan meletakkan sepenuhnya terhadap produk adalah salah sebenarnya.Perlu ada faktor lain yang turut membantu.Suka bagi saya mengingatkan yang mana untuk kurus tanpa kesan sampingan adalah mudah asalkan perkara berikut dipatuhi:

1.kurangkan pengambilan gula dan garam
2.bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari
3.minum air masak/mineral yang banyak
4.kurangkan pengambilan kaffein seperti kopi dan teh

Mungkin ramai yang sedia maklum bahawa kaedah menguruskan badan dengan produk Shaklee adalah kaedah 3B iaitu Bakar,Buang dan Bina.Tapi saya tak nak sentuh tentang kaedah saya nak sentuh tentang bagaimana anda boleh untung jika memilih set PROMOSI APRIL 2015 ni.

Cinch shake tu anda leh pilih nak perisa coklat ke perisa cafe latte.dua dua sedap diminum.sebab 2 perisa ni promosi bulan ni.beli 3 dapat percuma 1 tin.klo nak perisa vanila pun ada cuma takde promosi jela.

Lecithin memang PEMES untuk memecah lemak tau.Tahan untuk 3 minggu.sebab tu saya cadangkan beli 6 terus sebab beli 6 dapat percuma 1 botol.

Bila lemak dah cair,kita perlukan Alfalfa bagi detoks semua bendasing yang tak berguna dalam badan.1 botol dah cukup sebab dalam ada 700 biji.

Jaminan 3 bulan dari saya PASTI ada perubahan pada diri anda.Yang penting pengambilan perlu secara istikomah.Klo skip-skip jangan salahkan saya kalau tak kurus-kurus!!

Ok bab kurus dah,ni saya ajar pulak cam mana anda leh dapat FREE MEMBERSHIP untuk set ni ea.sebab point minimum untuk FREE MEMBERSHIP adalah 200uv.

Uv(unit value) untuk setiap item:
Cinch shake(37uv)
Lecithin (13uv)
Alfalfa(25uv)

Jadi,
37x3=111uv
(1 tin percuma point tak dikira,dah nama pun free kan..jadi xdela point utk yang free tu)
13x6=78uv
(Pun sama,1 botol lecithin free,point tak dikira)
Alfalfa=25uv

Total point sekarang adalah 214uv.Tahniah!!!anda dah jimat RM80 untuk yuran keahlian yang mana kalau korang beli barang dengan RM80 tu macam-macam boleh beli.Beli pampers anak ke..susu anak ke..pergi makan kepci ke..Haa,kan dah jimat tu!!!

Notakaki:Jadilah pengguna bijak saat-saat negara dilanda GST ni.Suplemen ibarat makanan harian kita.Kita makan nasi untuk hidup.Kita makan suplemen untuk sentiasa sihat!!Tak rugi melabur kalau manfaatnya kita yang DAPAT betul x???

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Fb:misnawati isun
Sup april 2015

Manfaat Alfalfa | pengedar shaklee muar

Assalamualaikum w.b.t

Tumpang lalu..

Medicago Sativa adalah nama saintifik untuk tumbuhan Alfalfa yang kaya dengan klorofil.

Dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan.akarnya mencapai 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

Bermanfaat untuk:

1.mencuci hati,usus dan darah
-->merupakan makanan beralkali yang boleh membersihkan hati,kolon,darah dan cantikkan kulit serta otot

2.mengurangkan alahan dan alergi
-->memperbaiki kulit dan hidung sensetif,kurap,bau badan dan ulat air

3.baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
-->memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung,hyperacidity,ulser gastrik,hepatitis dan sembelit

4.menyingkirkan lemak dan kolesterol
-->mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol

5.melawan tumor
-->memakan 30-50 tablet untuk mengalkali badan,dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan tumor

6.melegakan keletihan
-->melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit

7.mencegah/mengurangkan atritis
-->melegakan sakit atritis dan kesakitan

Sebarang pertanyaan hubungi saya melalui sms,whatsapp:

Misz 0129734729
Fb:misnawati isun
Kedai supplement2us
www.misnawatiisun.blogspot.com
Supervisor April 2015

Thursday, 2 April 2015

Set Subur Shaklee | pengedar shaklee muar

Assalamualaikum w.b.t .

Mendapat zuriat bagi pasangan suami isteri adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Namun kita digalakkan berikhtiar untuk ke arah itu jika penantian tadi tidak masih ada berita gembira.Mengambil suplemen adalah salah satu cara dan kaedah yang telah terbukti berkesan (dengan izin Allah s.w.t)

Berikut merupakan suplemen yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami & isteri :-

>> ISTERI

1) ESP
2) Vitalea
3) B Complex
4) Vitamin C
5) Alfalfa (terutama yang sakit bila bersama/masalah keputihan)
6) GLA (jika haid tak teratur/selalu mengalami 'period pain')

>>SUAMI

1) ESP
2) Vitalea
3) B Complex
4) Vitamin C
5) Vitamin E
6) Zinc

Bagaimana pengambilan suplemen Shaklee boleh membantu merawat masalah kesuburan (infertility) ini?

1) Zinc Complex - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni memang penting untuk kesuburan.

2) Vitalea - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata-rata  pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Asid folic juga penting bagi pembentukan janin bagi mengelak melahirkan anak cacat.

4) Vitamin E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

5) GLA Complex - membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.

6) Alfalfa Complex - membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).

Vitamin ini sebaiknya diambil bersama suami dan isteri. walau bagaimanapun, anda mungkin tak perlu ambil semua. Ianya bergantung pada sejarah kesihatan anda suami isteri. Kalau boleh Vitamin ni sebaik-baiknya ambil fullpack... Bukan trial pack. Kenapa ya? sebab vitamin ambil masa utk repair sel, sekurang2nya 90 hari

Vitamin Asas (Family Wellness Set):-
*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

(1) ESP (Protein) - Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2.

(2) Vita-Lea (Multivitamin) - Multivitamin lengkap dengan Iron formula, untuk keperluan badan.

(3) Vitamin C - Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron.

(4) B-Complex - Memberi tenaga, perasaan tenang & no stress.

Vitamin Kesuburan:-

(5) Vitamin E & Selenium - Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(6) Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zinc  merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zinc berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zinc membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zinc bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

(7) Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

(8) GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi)

***Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja ya. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini. Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. Sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InsyaaAllah..

Jika berminat untuk mendapatkan suplemen shaklee boleh menghubungi saya,

Misz 012-9734729
Fb: misnawati isun