Pengasas Shaklee

Saturday, 29 November 2014

Bila Anak kena Sawan Demam

Assalamualaikum w.b.t.

Semua ibu bapa yang tiada pengalaman pasti akan panik bila anak kena sawan betul tak??itu yang saya alami dan lalui.

Cerita anak saya kena sawan macam ni..

Malam sebelum kejadian anak saya,Wawan (nama penuh Muhammad Syazwan) mengalami batuk.Dia bila dah batuk memang lambat baik.Saya beri ubat batuk kanak-kanak dan dia pun tidur.Masa tu badan tak panas pun

Tengah malam dalam pukul 2 saya sedar badan dia panas.Saya dengar Wawan merengek sebab tak sedap badan.Saya ambil air dan kain untuk lap badan dia.Saya ingat yang dalam peti ais ubat demam dia dah tak ada.Lepas buat dermahan dia senyap dan sambung tidur.Saya dah 'plan' nak bawa dia ke klinik pagi esoknya

Lebih kurang pukul 5 pagi saya dan suami terkejut bila Wawan menggeletar satu badan.Tangan dan kaki bergoncang .Suami saya panik.Saya menjerit 'Ya Allah anak aku kena sawan'.Saya dengan pantas angkat dan bawa Wawan ke bilik air.Saya  basahkan dia dengan air paip.Masa tu saya berserah pada Allah sahaja.Kebergantungan saya tentang hidup dan mati anak saya hanya pada-Nya.Hati siapa yang tak luluh dan sedih tengok anak yang dalam keadaan mulut berbuih dan mata terbeliak ke atas kan?

Bergegas ke hospital..

Sepanjang perjalanan ke hospital saya dan suami tak berhenti-henti  membaca Al-Fatihah.Sambil berdoa dalam hati semoga Allah panjangkan umur Wawan.Selang masa 15 minit kami  pun sampai.Kami bawa Wawan ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Fatimah.Saya dalam keadaan basah tak fikir apa-apa dah masa tu terus dimasukkan ke Wad separa kritikal membawa Wawan yang dalam keadaan separa sedar selepas doktor di bahagian pendaftaran memeriksa keadaan Wawan.Doktor kata 'sawan dah tak ada sebab mata dah normal'

Sayu saya tengok Wawan yang bernafas dalam keadaan sukar pada  masa tu .Alhamdulillah,syukur saya pada Allah sambil menahan nangis Allah masih panjangkan umur Wawan.

Kena tahan wad..

Satu malam saya dan Wawan tidur di wad kanak-kanak.Suhu badannya yang semakin menurun dan dah tak demam .Allah telah menguji saya dengan ujian yang mampu saya pikul.Allahuakbar..

Nasihat saya kepada ibu dan ayah serta kepada diri sendiri jangan biarkan jika anak kita demam.Serik saya dengan kejadian itu.Pengalaman ngeri saya dan suami.Upsss,lupa cerita yang anak saya yang sulung Akis (Nursyazwani Balqis) berada di samping adiknya dari mula cerita ke hospital pagi tu.Memang kakak yang penyayang kan??

#gambar masa Wawan dah penat sangat dalam keadaan suhu badan masih panas(pakai baju hospital sebab tak sempat bawak apa-apa masa tu)



Wednesday, 26 November 2014

Tiada Aedes

Lupuskan tempat pembiakan!!!

√ Kita sentiasa sibuk dengan urusan harian tetapi kita tidak boleh abaikan kesihatan kita

√ Peruntukkan 10 minit setiap minggu untuk kita cari dan musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes,pembawa demam denggi

√ Kelalaian kita boleh menyebabkan penderitaan dan kematian diri kita dan orang yang kita sayangi

Kitaran Hidup Nyamuk Aedes.....

√ Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur menjadi nyamuk dewasa hanya mengambil masa selama 7 HARI

√ Anda boleh memutuskan kitaran hidup nyamuk Aedes dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar premis

Apa yang perlu kita lakukan??

Cari dan lupuskan tempat-tempat pembiakan Aedes di dalam rumah dan di luar rumah!!

Monday, 24 November 2014

Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Anak Diserang Sawan??

Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda diserang sawan??

1.Letakkan anak anda dalam keadaan mengiring supaya mudah untuk mengalirkan lendir atau muntah

2.Longgarkan baju anak terutamanya sekitar leher

3.Catatkan jangka masa sawan,perhatikan ciri-ciri sawan

4.Jangan goncang/gegar/tepuk kepala atau badan kanak-kanak tersebut

5.Jangan masukkan sebarang objek ke dalam mulut pesakit walaupun pesakit kancing gigi

6.Jangan bagi ubat / minuman melalui mulut

7.Bawa anak ke klinik atau hospital terdekat

Sunday, 23 November 2014

SAWAN DEMAM

Sawan demam adalah pengalaman yang menakutkan bagi ibu bapa atau penjaga terutamanya bagi yang belum berpengalaman.Tetapi sebenarnya ia tidaklah seteruk yang disangkakan.

Dari setiap 30 orang kanak-kanak, seorang dijangkakan mendapat satu serangan sawan ketika mencapai umur 5 tahun.

Apakah sawan??

Ia adalah serangan yang menyebabkan seseorang itu hilang kesedaran serta berlaku kekejangan dan pergerakan menyentak kaki dan tangan pengidapnya.Serangan ini berpunca dari aktiviti elektrik di otak yang abnormal

Apakah sawan demam??

Ia adalah serangan sawan ketika demam dan biasanya berlaku ke atas kanak-kanak yang berumur di antara 3 bulan hingga 6 tahun

Apakah punca sawan demam??

Ia berpunca dari sebarang jenis penyakit yang menyebabkan demam panas

Thursday, 20 November 2014

Jalani Ujian PAP Smear

Assalamualaikum w.b.t.

Di entri yang lepas saya ada menulis tentang kanser serviks. Kali ini saya ingin menerangkan lebih lanjut lagi gejala-gejala kanser serviks dan cara mencegahnya.

Antara gejala-gejala kanser serviks adalah;

1.Faraj berair dan berbau
2.Pendarahan melalui faraj antara haid
3.Pendarahan dari faraj lepas putus haid
4.Pendarahan dari faraj selepas hubungan seks
5.Sakit semasa hubungan seks

Bagaimana pula mecegahnya??

1.Melakukan ujian saringan PAP Smear setiap 3 tahun
2.Amalkan hubungan seks yang sihat
3.Tidak merokok

Saya sendiri baru sahaja kali pertama menjalani ujian PAP Smear.Almaklum,saya orang yang pegang pada 'Mencegah Lebih Baik dari Mengubati'.

Di bawah ini sedikit info bagaimana ujian PAP Smear dilakukan:

1.Pemeriksaan dalaman dilakukan menggunakan spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj

2.Sel-sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula dan kemudian dihantar ke makmal untuk diproses

Itu sahaja yang dapat saya sampaikan kali ini.Semoga memberi manfaat kepada kita semua.InshaAllah..

Wednesday, 19 November 2014

LAKUKAN PEMERIKSAAN SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN

Assalamualaikum w.b.t.

Saya dahulunya kurang mengambil berat tentang masalah kesihatan.Almaklum,faktor umur masih muda kot saya berfikiran begitu(ke perasan muda je saya ni??..kihkih).Tapi zaman sekarang orang muda pun boleh menghidap pelbagai penyakit contohnya darah tinggi dan kencing manis.

Setelah kesedaran tentang tahap kesihatan ni menebal(sejak bersuplemen katanya..hehe)barulah saya sedar betapa pentingnya kita melakukan pemeriksaan bagi mencapai tahap kesihatan yang optimum dan unggul.

Lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik kesihatan anda secara berkala sekiranya anda;

1.Berumur 35 tahun dan ke atas

2.Berlebihan berat badan atau obes

3.Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes

4.Tidak aktif atau melakukan aktiviti fizikal kurang daripada 3 kali seminggu

5.Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi

6.Mempunyai tekanan darah tinggi 140/90 mmHg atau lebih

7.Mempunyai gejala-gejala penyakit diabetes seperti luka yang sukar sembuh,kerap dahaga,sering membuang air kecil pada waktu malam dan gatal-gatal atau mendapat jangkitan kulat pada kemaluan

Saya bersedia mendengar masalah yang anda hadapi(berkaitan kesihatan ye)

Hubungi saya untuk konsultansi percuma

Misz 0129734729
Fb:ibu tayunk

Tuesday, 18 November 2014

Krim Yang Melegakan Dari Gigitan Nyamuk

Duduk rumah kampung memang banyak nyamuk 'time' maghrib kan?kalau tak tutup rapat pintu tingkap semua "ngingg ngingg" je kat telinga nih.

Lagi dapat darah budak-budak yang fresh memang ke situ jela nyamuk tuju.kita yang dah tua ni tak pulak banyak nak dekat..hihi

'Try' sapu krim multipurpose herbal blend kat tempat kena gigit automatik gatal tu kurang.taklah garu sampai melecet kulit si manja nanti.

Tapi kan..saya memang suka lah krim tu,tumit kaki ni dah kurang pecah-pecah tau.almaklum..kita la maid yang kelam kabut kat dapur kan...

#shakleeEFFECT

Misnawati Isun
Sid 1106050
012-9734729
Fb:ibu tayunk