Assalamualaikum w.b.t.
Di entri yang lepas saya ada menulis tentang kanser serviks. Kali ini saya ingin menerangkan lebih lanjut lagi gejala-gejala kanser serviks dan cara mencegahnya.
Antara gejala-gejala kanser serviks adalah;
1.Faraj berair dan berbau
2.Pendarahan melalui faraj antara haid
3.Pendarahan dari faraj lepas putus haid
4.Pendarahan dari faraj selepas hubungan seks
5.Sakit semasa hubungan seks
Bagaimana pula mecegahnya??
1.Melakukan ujian saringan PAP Smear setiap 3 tahun
2.Amalkan hubungan seks yang sihat
3.Tidak merokok
Saya sendiri baru sahaja kali pertama menjalani ujian PAP Smear.Almaklum,saya orang yang pegang pada 'Mencegah Lebih Baik dari Mengubati'.
Di bawah ini sedikit info bagaimana ujian PAP Smear dilakukan:
1.Pemeriksaan dalaman dilakukan menggunakan spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj
2.Sel-sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula dan kemudian dihantar ke makmal untuk diproses
Itu sahaja yang dapat saya sampaikan kali ini.Semoga memberi manfaat kepada kita semua.InshaAllah..
No comments:
Post a Comment