Pengasas Shaklee

Wednesday, 31 December 2014

Keputusan Yang Memuaskan Selepas 6 Bulan

Assalamualaikum w.b.t.

Tengok tajuk mesti tak percaya kan?Vitamin adalah pilihan sesuai untuk kita cantik secara semulajadi!!Tapi memang perlukan masa.Kita ni makin meningkat umur kulit pun makin cepat kedut,cepat sangat keluar jeragat.Mana tak nya,tu semua sebab sel-sel dalam badan kita banyak yang dah rosak.

Inilah vitamin-vitamin yang membantu anda untuk tujuan cantik

1.ESP-Sumber Protein
2.VITAMIN C-Sumber Collagen
3.VITAMIN E-Selenium
4.B-COMPLEX-Folic acid

Hubungi saya jika anda nak cuba vitamin untuk cantik ni!!

Misz 012-9734729

Tuesday, 30 December 2014

Pencuci dan Pembersih Yang Berkesan Menanggalkan Kotoran

Assalamualaikum w.b.t.

Siapa alergik pada sabun?Shaklee punya produk bersifat hypoalergenik tau!sesuai untuk korang yang berkulit sensetif dan kulit tak kasar,malah halus mulus macam puteri!beli set ni Shaklee bagi 1 botol spray free!!

Dari pecuci lantai,pinggan mangkuk dan pakaian semua ada!!!pelembut pakaian pun ada!!!best lah!!!!

Misz 012-9734729
Sid 1106050

Sunday, 28 December 2014

Atasi Jerawat Dengan Vitamin???

Saya sangat jeles dengan ini budak!!dulu jerawat die bertepek-tepek kat dahi.sekarang sebiji jerawat pun xde dah!!!

Ni yang tengah semangat telan vitamin cantik ni!!Nak lawan kulit sape yang lagi gebu gebas!!

Vitamin atasi jerawat Vitamin C,Garlic Complex dan Zin Complex semestinya best!!

Sharing coz jealous

Misz 012-9734729

Friday, 26 December 2014

Atasi Sembelit dan Buasir

Assalamualaikum w.b.t.

Bercerita tentang herb-lax,saya ambil herb lax bila 2 hari tak 'melabur'.Ambil malam supaya pagi tu terus membuang.kalau ambil siang confirm la asek nak ke bilik air je kang.hehe..

Herb lax Shaklee berasaskan tumbuhan dari daun senna.Bertindak sebagai Julap yang selamat dan pastinya sumber semulajadi!!

Bagus untuk anda yang sembelit dan buasir tu.Eh,yang nak kempiskan perut pun bagus tau!!!Sangat-sangat rekemen!!!

Misz 012-9734729
Sid 1106050

Thursday, 25 December 2014

Hilangkan Parut Jerawat dan Kecilkan Pori-pori Pada Kulit Muka

Assalamualaikum w.b.t.

Saya memang ada jerawat kat pipi bermula dari tingkatan tiga lagi.Tapi jerawat yang tak lah teruk sangat.Cuma jerawat pemanis je.hehe...

Patut bila umur semakin meningkat, jerawat makin kurang la kan?tapi jerawat saya makin banyak sebab saya tersalah pakai sabun pencuci muka.Ni dah umur 30 skang ni.Makin teruk sikit.Mana tak nya,tengok orang pakai tu cantik,kita pun try jela.haha..

Dipendekkan cerita saya mentestimonikan sendiri produk cinta hati saya iaitu SHAKLEE.Saya terkejut sebab baru seminggu saya konsisten vitamin C Sustained Release ni dah berkesan!!

Lepas ni saya upload lagi gambar saya ok.Nantikan!!!

So lepas ni siapa yang nak kulit cantik tu boleh la telan vitamin.Vitamin Shaklee ni bagus.sumber semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya

Ni suplemen yang saya ambil:

1.Vitamin C-2biji pagi,2biji tengahari,2biji malam(lepas makan)

2.Alfalfa-3 biji tengahari,2biji petang(lepas makan)

3.Omega Guard-1 biji sebelum tidur(malam)

SHARING COZ LOVING

misz 0129734729
sid 1106050
fb:misnawati isun
insta:miszisun
page:kedai supplement2us
misnawatiisun.blogspot.com

Bonus Bulanan Shaklee

Assalamualaikum w.b.t.

Mesti ramai yang tertanya-tanya banyak ke bonus orang yang bisnes Shaklee ni ek?Tengok diorang jalan sana jalan sini bagai.Pastu pakai kereta besar-besar.

Mula-mula side income..lama-lama main income.Sebab bila dah dapat bonus banyak mesti tak terkejar nak buat 2 kerja kan.Jadi fokus 1 je.

Ni lah bonus yang kami terima mengikut rank!!tapi bukan statik tau,siapa usaha lebih boleh dapat lebih dari graf di bawah!!

Siapa yang bijak untuk mempelbagaikan pendapatan mereka???itu adalah orang-orang yang RAJIN!!!

#tiadaNiatMenyindir

misz 0129734729
sid 1106050
fb:misnawati isun
insta:miszisun
page:kedai supplement2us
misnawatiisun.blogspot.com
email:misnawati.isun@gmail.com

Wednesday, 24 December 2014

Set Bersalin Power

Assalamualaikum w.b.t.

Teringat kisah masa saya dalam pantang anak pertama.Kena minum jamu yang pahit.huhu...dah minum air masak pun tetap lekat kat lidah rasa pahitnya.Tapi nak sihat punya pasal ku telan jua sambil menutup hidung.

Berbeza dengan anak yang kedua,saya tak minum jamu dah.sebab ceaser(secara pembedahan) dan hanya makan vitamin/suplemen .Alhamdulillah hari-hari ambil dengan konsisten.luka luar dan dalam perut cepat kering.Badan pun rasa segar sentiasa.Kawan cakap macam bukan dalam pantang je tengok saya sebab tak ada mata 'panda' dan nampak ceria.

Sharing coz loving
Misz 012-9734729
Sid 1106050

*gambarIHSANdariKawanSID

Tuesday, 23 December 2014

Legasi Shaklee ku

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi diatas  rezeki yang telah saya manfaatkan.Allah izinkan saya selama hampir 11 bulan dalam menjalankan perniagaan MLM Shaklee.Terima Kasih Allah.Semoga niat saya untuk berkongsi ilmu  tentang kesihatan diberkati dan dirahmati.Amin Ya Rob...

Bulan Disember merupakan bulan terakhir saya bergelar pekerja di bawah majikan saya.Keputusan dibuat bukanlah atas dasar kepentingan diri semata-mata.Ia telah ditimbangtara sebaik mungkin.Alhamdulillah,perniagaan Shaklee yang saya nampak,yang mana hala tujunya lebih jelas pada diri saya.

Doakan saya ye pembaca budiman sekalian.Semoga anda juga dilimpahi rahmat dan rezeki yang melimpah ruah!!

Anda juga dialu-alukan untuk menyertai kumpulan saya.Kami akan membimbing anda untuk berjaya dunia dan akhirat.Kerana kumpulan unik kami mempunyai Rahsia Ajaib!!

Ikhlas memberi dan menerima
Misz 012-9734729
Sid 1106050

Sunday, 21 December 2014

Bekas Suplemen Yang Digunapakai

Assalamualaikum w.b.t.

Bukan nak cerita tentang khasiat,manfaat atau kesan kekurangan ambil suplemen.Kali ni nak bagi tips kat anda yang pernah mengambil ESP,Mealshake,Cinch Shake atau Performance Drink.Kalau anda perasan bekasnya besar-besar kan?Sayang tau nak buang.Almaklum bekasnya sangat tahan lasak.Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Kat bawah ni ada gambar yang telah dikongsi oleh beberapa orang rakan saya yang lain apa yang mereka dah buat dengan bekas-bekas tersebut.Semoga bermanfaat untuk anda juga!!

Sharing lagi lagi..
Misz 012-9734729
Sid 1106050

Saturday, 20 December 2014

Mari Belajar A-Z Yang Ini

Assalamualaikum w.b.t.

Mari kita belajar ABC...

A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini..
E ntah bila kita
F inal countdown
G erbang akhirat pun
H ampir..
I nilah berakhirnya hidup
J anji Allah itu pasti
K alimah syahadah
L ailaha Illallah
M uhammadurRasulullah
N ak usaha dapat mengucap..
O rang muda atau tua
P asti mati
Q uality Iman jaminan Syurga..
R asulullah s.a.w bersabda :
S iapa mengucap jaminannya Syurga
T api jika gagal??
U ntuk mereka adalah Neraka..
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia di hadapan kita
Y ang pasti semua akan tinggal...
Z alimnya kita jika tak beriman dan beramal

Sebelum terlambat jom kita kumpul pahala sebanyak-banyaknya.

#SemogaBermanfaat

Kebaikan Ambil Soya

Assalamualaikum wb.t

Pengakuan dari kawan SID saya..

Testimonial adik minum Shaklee ESP sejak melahirkan dan semasa dalam pantang:-

1. Breastmilk more 'Meriah'. Breasts akan rasa fully-engorged before reaching 2-hour mark.

2. In a single pump, for both breasts can reach 5oz or more.

3. Skin complextion adik more feel glowing and shining secara natural.

Benefits for baby:-

1. Baby lahir 3kg. Kini baby 2 months plus dah mula pakai baju 3 months and above sebab berat badan dah naik 5kg. Itu pun baju dah ngam-ngam. Hehe.

2. Baby poo-poo dan wee-wee makin meriah. Tiap kali breastfeed ada Bomb landing semula jadi.

3. Ibu dapat sampaikan breastfeed on demand with milk supply yang awesome.

Looking for an alternative to increasing breastmilk. Come and try Shaklee.

###############################

Alhamdulillah susu meriah dan tak perlu risau untuk beri bayi sepenuhnya susu ibu.Selain tu kulit terasa licin dan cerah bersinar.Faedah anak sihat dan tiada masalah pembuangan najis.

Di bawah bukti dari sahabat saya!!Sangat rekemen kepada anda!!

Misz 012-9734729
Sid 1106050

Friday, 19 December 2014

Produk Cantik Dan Awet Muda

Assalamualaikum w.b.t

Kenapa bila kata nak cantik je mesti ada vitamin C?Pernah dengar dan terbaca tak artis-artis kita ramai yang membuat suntikan vitamin C?

Sebenarnya dah jarang juga dengar suntikan ni kan?Sebab minda masing-masing dah terbuka luas dengan mengamalkan pengambilan  vitamin sudah cukup untuk memberi kesan tersebut.

Secara ringkas saya nyatakan apa produk untuk tujuan cantik ni:

1.vitamin C-membentuk kolagen yang membantu otot menjadi lembik dan menghalang pigmen menepek pada wajah

2.vitamin E-memulihkan tekstur kulit dan ton muka

3.collagen powder-membantu menghilangkan tanda penuaan

Sangat-sangat rekemen pada anda!

Misz 012-9734729

Sid 1106050

Tuesday, 16 December 2014

Faedah Keahlian Shaklee Jika Tidak Menjual

Assalamualaikum w.b.t.

Ramai yang tanya saya, 'saya tak nak masuk ahli sebab tak pandai nak jual'...haha ketawa akak dengar soalan awak dik.keahlian shaklee ni tak wajib pun untuk menjual.beli untuk diri sendiri dengan harga murah.siapa tak nak kan??

Kesimpulannya,tak perlu susah hati samada kena jual ke tidak.hehe

With love,
Misz 0129734729
Fb:misnawati isun

Atasi Urat Di Kaki Yang Timbul

Cuba tengok kat belakang lutut korang.ada urat-urat hijau dan ungu tak?tu tanda injap longgar dan darah berkumpul.

Bioflavonoid yang terkandung dalam Vitamin C Shaklee mampu menguatkan dinding kapilari darah dan pastikan perjalanan darah sempurna.

Sangat-sangat rekemen!!

Misz 012-9734729
Sid 1106050

Sunday, 14 December 2014

Bagaimana Nak Daftar Keahlian Shaklee

Saya bukan cari orang untuk labur duit.Saya cari orang untuk bantu orang yang nak hidup sihat..yang nak ubah hidup lebih baik dari sekarang..yang perlu pendapatan sampingan untuk diri sendiri atau keluarga!!

Sayalah SID(Shaklee Independent Distributor) yang anda patut cari.Saya sedia bantu dan bimbing anda dari A sampai Z.

Saya akan daftarkan anda.Saya bertanggungjawab membimbing anda yang serius berbisnes dalam shaklee.Yang daftar untuk kegunaan sendiri juga dialu-alukan.

fb:Misnawati Isun
Sid 1106050
012-9734729

*sedangBerAnnualDinner

Suami Saya DJ Untuk Majlis Perkahwinan Area Muar Johor

Assalamualaikum w.b.t.

Ingat lagi masa kali terakhir saya ikut suami ber 'DJ'.Masa tu saya sarat mengandung anak yang sulong.Masa tu dah 8 bulan.Sarat gak kan?hihi..

Saya bosan sebab bila hujung minggu suami ada DJ dan saya cuti tapi tak ada aktiviti nak buat.Sekurang-kurangnya saya dapat gak la tengok orang ramai dan bantu walau sekadar gulung wayar je.

Sehingga ke hari ini dah hampir 5 tahun suami berpengalaman dalam DJ dan PA sistem.Dah ada 3 set barang pun untuk tempahan sehari yang mampu dipenuhi cuma terpaksa menggunakan DJ-DJ part time yang banyak kali turut sama membantu.Untuk yang nak suami saya sendiri DJ nya tempahlah awal ye.

Kami berada di Bakri,Jalan Dato Hj Kosai Muar.senang je nak hubungi suami saya.Boleh cari beliau di fb 'Dj-din Muar'/ www.facebook.com/djdinmuar

Share and feel free to contact us

Dj-din muar: 012-9734729
Misz:012-9734729

Saturday, 13 December 2014

Kesan Ambil Suplemen Selama 50 Tahun

Assalamualaikum.w.b.t

Saya sangat kagum dengan orang yang tampak jauh lebih muda dari usia ni.Haisshh rasa nak telan sebotol vivix je sehari.haha

Ni testimoni pengguna dan jutawan shaklee dari obersi..

"Yang belah kiri tu bukan kakak2,bukan auntie2  tapi nenek2 tau umur die.Cer teka bape umo beliau?saya agak dalam 40-50 tahun tapi umurnya jauh lebih tua dari tu(80-90 an).mane taknye,dah 50 tahun kekal ambil suplemen.haaa....tu dia,nak nampak kesan suplemen macam tu la.awesome saya tengok gambar yang di'share'  oleh PMC kita ni,kak Cery(nanny saya)hehe.."

Dipetik dari comment Kak Cery(belah kanan)..

"Oh ye.. pipi mereka bukan setakat gebu dan montok, poket mereka juga tebal. hihhi mereka antara  ranking tertinggi bonus Shaklee... sehari  6angka bonus..(RM).sehari ye.. bukan sebulan.. poket tebal,pipi gebu.. hihi. syokk.. berbaloi 50tahun dia kerja keras 'usahakan ladang durian' dia..hihi.... inject semangat saya nak usaha lebih keras lagi.. dalam biz ni, sape usaha lebih dan rajin , dia dapat lebih...Okey jom kita telan collagen vivix vitamin C dan segala vitamin shaklee... pastu cargassssss nak jana duit.hihi"

Share to all..

Misz 012-9734729
Fb:misnawati isun

Annual Dinner Company-BAJET PREPARATION

Assalamualaikum w.b.t.

Bila tiba Annual Dinner Company semua akan terfikir nak pakai apa kan?Maklumla setahun sekali majlis ni company buat .ye tak?

Bagi saya tak perlu berbelanja lebih untuk tampak anggun.Ikut kemampuan je.Yang penting ikut tema majlis kan.At least taklah 'lari tajuk'.

Baru setengah jam berakhir majlis Annual Dinner company saya.Alhamdulillah berjalan lancar mengikut jadual.

Balik cerita pasal bajet saya hanya keluar RM50 sahaja untuk tampak 'Elegent' sempena tema kami malam ni.Saya guna baju 'jubah'  labuh yang baru saya pakai beberapa kali tu pun sponser dari adik saya masa majlis persandingan dia.So,baju tak yah modal.

Tudung?Ha,yang ni best sebab masa balik kampung mak tunjuk mak beli shawl.Mak memang suka beli tudung lagi-lagi kalau orang kedai tu lelong bagi murah.Saya memanglah suka juga sebab mak bagi je.Mak kata offer RM10.hehe..free lagi

Bab kasut saya plan nak pakai kasut kahwin saya je.tapi tup tup sebab dah lama xpakai,saya pun main capai je dari dalam kotak dia tak try dulu.tali dah putus.nah,confirm kena beli nih.tapi nasib sempat singgah umah mak on the way ke Melaka.saya sarung kasut merah mak je.kih..kih..kih..my mom like red you!dah tak yah beli kasut

Upsss..lupa plak I nak cerita handbag I tu je yang I beli.tu pun masa offer.harga asal Rm85.Now dah jadi RM50 so cecepat la saya grab.hihihi..

Berjimatlah selagi mampu k!kerana membazir tu amalan syaitan.

#ceritaANNUALdinner

Thursday, 11 December 2014

Sumber Kolagen dari Vitamin C

Satu kisah yang mana saya berbual dengan kakak di sebelah katil anak saya di bahagian wad kanak-kanak (HPSF).Berbual tentang kenapa kena tahan wad.Modal permulaan bagi orang-orang yang ingin memulakan perkenalan kan.Bersamanya ada anak kecil yang sebaya dengan anak saya (lingkungan 2 tahun).Dalam agakan saya 'akak ni mesti dah 40 lebih'

Hati kuat nak tanya tapi mulut berat nak buka.berapa umur kakak ni ek?takkan dah tua baru bersalin?tapi memang logik pun umur 40an bersalin lagi.Saya pendam je.

Kebetulan tak lama kemudian datang seorang doktor yang bertanya perihal anak kakak tu dan minta no ic beliau.Tengok,betapa kuat rasa nak tahu saya tu Allah hantar doktor untuk beritahu jawapan.hehe..

Terkejut saya kakak tu punya ic bermula dari tahun 80........Beza 4 tahun je dari saya rupanya.Kenapa saya nak sangat tahu?? kerana kakak tu penuh jeragat kat muka,tambah pula kulitnya sudah berkedut dan kusam.

Tak sempat saya nak membuka cerita tentang Shaklee,petangnya kakak tu dan anaknya dah boleh pulang ke rumah.Saya sedikit kecewa sebab tak berpeluang berkongsi manfaat vitamin terhadap kita yang bernama wanita ni.

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan adalah peningkatan usia membuatkan badan kita kurang keupayaan mengeluarkan kolagen yang sangat penting dalam tubuh.tambahan lagi jika kita tidak mengambil peduli pemakanan yang kita ambil.Memang nampaj tua lah kita dari usia sebenar.

SharingTrueStori

Misz 012-9734729

Kekal Bertenaga Walaupun Tidur 3 Jam

Assalamualaikum w.b.t.

Jam hampir menunjukkan pukul 1 pagi waktu tu.Saya yang sibuk bisnes online ni memang jarang tidur awal.almaklum,itu lah masa yang saya ada untuk fokus pada perniagaan part time saya.

Siang  hari saya adalah wanita yang berkerjaya seperti anda.Tapi kenapa saya masih mahu side income lagi ek?ok,soalan tu di lain entri akan saya ceritakan agar tak lari dari tajuk di atas.hehe..

Sambung balik dari cerita tidur 3 jam tadi.Pada pukul 4 pagi saya telah set kan jam kerana tidak mahu terlepas peluang mengikuti seminar 'Mission I'm Possible' dari group Jutawan Shaklee di Marriot Hotel Putrajaya.Sebenarnya itulah kali pertama saya mengikuti seminar yang berkaitan dengan Shaklee.

Satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan dimana berjumpa secara bertentang mata dengan leader-leader yang hebat-hebat belaka.Mereka telah berjaya mendapat bonus 4,5 dan 6 angka.Apa???6 angka??kenapa??tak percaya ke??tapi,percayalah!!

Dek tidak mahu lesu di siang harinya nanti,pagi-pagi saya telan b-complex 2 biji.Alhamdulillah saya kekal bertenaga sepanjang hari.Tidak sedikit pun rasa ngantuk,rasa pening atau seumpanya.

Berkat dari seminar tersebut kini semangat saya masih kuat dalam menjalani bisnes Shaklee yang telah saya ceburi hampir 11 bulan yang mana ia juga telah banyak membantu saya dari segi penjagaan kesihatan saya,keluarga,rakan-rakan dan pelanggan saya

Semoga Januari 2015 targetsaya untuk naik rank SUPERVISOR akan tercapai.InshaAllah..Doakan saya ye!!

Ikhlas dari saya
Misz 012-9734729

Wednesday, 10 December 2014

Parut Mengecil Dan Pudar

Assalamualaikum w.b.t

Dulu parut ceaser saya besar dan timbul lebih kurang macam dalam gambar ni la.Nape ceaser?sebab bersalin anak bujang saya yang seberat 3.5kg kerana songsang.

Mula-mula tak berapa perasan sangat tapi baru sebulan ambil ESP ni parut semakin menipis dan pudar.

Alhamdulillah dengan izin Allah parut hidup(Keloid) ni tak menjadi masalah lagi pada saya kerana tiada lagi menggaru di bahagian tersebut.

Sharing n loving

Misz 012-9734729
Sup Jan 2015
Successor Shaklee

Atasi Rambut Gugur

Assalamualaikum w.b.t.

Rambut sering gugur menjadi fenomena wanita kini.Ada yang kata lepas bersalin dan menyusukan anak memang rambut akan banyak gugur kerana zat pada ibu diberi kepada anak.

Sebenarnya jika ibu mengambil vitamin yang cukup inshaAllah rambut gugur akan berkurang.Itu tanda ibu tu sendiri yang memang kurang zat.

Zinc Complex merupakan suplemen yang mengaktifkan 200 jenis enzim dalam tubuh.Konteks di sini jelas menunjukkan  zinc boleh bantu masalah  rambut gugur.

Selain itu ESP berperanan dalam mempercepatkan penyerapan vitamin.Ia juga membantu menyihatkan kuku,kulit dan rambut

Atasi dengan pantas!!

Misz 012-9734729
Sid 1106050
Fb:ibu tayunk

Monday, 8 December 2014

TIPS SUAMI ISTERI BAHAGIA

Assalamualaikum w.b.t.

Hubungan suami isteri jangan diambil endah tak endah ye.Jangan kebahagiaan tu semasa setahun dua berkahwin  je.Kena jaga agar sentiasa ada kasih sayang yang berkekalan hingga ke akhir hayat.Supaya hidup berumahtangga ni sentiasa indah.

Secara normal manusia ingin lakukan yang terbaik agar pasangan tidak bosan dan berpaling ke arah lain.Maka kedua-duanya perlulah berikhtiar ke arah itu.

Si isteri...

Isteri  kalau nak pikat suami macam-macam cara pun mereka sanggup kan?Macam-macam produk nak try.bila dah memang best result apa nak buat?? hmmm..tinggal maintain jela, ye tak??Ni lah Alfalfa yang saya maksudkan..Sebab ia bertindak sebagai 'Perapat Keintiman' bagi suami isteri.

Sang suami..

Bila isteri dah ummpphh,suami mesti nak juga kan??Para suami akan dapat meningkatkan kelestarian seksual, meningkatkan tenaga dan meningkatkan kiraan sperma.Tu dia bertingkat-tingkat manfaat Vitamin E tau!!

Pakar suami isteri
Misz 012-9734729

Sunday, 7 December 2014

Pendapat Pengguna Tegar Alfalfa

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni saya tak nak cerita panjang cuma nak sampaikan cerita pengguna tegar Alfalfa yang sama-sama SID dengan saya.

"Sebelum Zaty amalkan Alfalfa Shaklee..Jerawat penuh kat muka.... Salah satu punca JERAWAT adalah toksin banyak dalam badan..Zaty pun telan Alfalfa..mula-mula telan, memang bertambah keluar la, tengok muka sendiri pun tak nak..hihihi..Nampak sangat toksin banyak kan..Zaty teruskan..dalam sebulan, memang  terbaik la..Jerawat dah semakin kecut..Sekarang ni tak risau dah dengan masalah jerawat.Alfalfa membantu Zaty dalam MENYAHTOKSINKAN dalam badan.telan alfalfa setiap hari..tak payah risau dengan masalah jerawat ni.masalah pembuangan pun dah semakin lancar..."-zaty,selangor

"Lama dah x cerita pasal ALFALFA...sejak menjadi pengguna tegar ALFALFA ni tiada lagi jerawat yang tumbuh sesuka hati , masalah pembuangan pun semakin lancar...tapi yang paling saya suka pabila mahu berpuasa, saya hanya telan 10biji ALFALFA ketika bersahur dan saya masih bertenaga sehingga waktu berbuka...mahu tak nya...10 biji ALFALFA menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu...so, jelas laa yang ALFALFA boleh di ambil ketika perut kosong..."-intan,dengkil

Anda boleh ambil Alfalfa Shaklee ini.Produk menyahtoksin No 1 di Malaysia!!

Sharing n loving

Misz 012-9734729
Sid 1106050

Saturday, 6 December 2014

Vitamin C bersifat Sustained Release

Alhamdulillah..order Vitamin C semakin kencang masuk!!

Ternyata wanita Malaysia dah pandai ambil Vitamin nak cantik dari kaedah lain yang sesetengahnya menyakitkan!!

Boleh ambil 6 biji sehari jika untuk tujuan kecantikan.

-2 biji selepas sarapan
-2 biji selepas makan tengah hari
-2 biji selepas makan malam

Tak bahaya ke telan banyak-banyak??

Tak.Vitamin C Shaklee SR mudah diserap dalam badan.Pelepasannya secara berperingkat selama 5jam.

Sharing lagi lagi..

Misz 012-9734729
fb:ibu tayunk

Perbezaan Vitamin C Shaklee dari Jenama Lain

Assalamualaikum w.b.t

Bagi sesetengah individu akan mengambil remeh tentang pengambilan vitamin yang diambil.Tapi pada yang prihatin tentangnya akan mencari info tentang perbezaan vitamin tersebut

Kali ni saya nak beri sedikit info tentang Vitamin C

Vitamin C Sustained Release Shaklee mengandungi Bioflavonoid yang tidak ada pada Vitamin C jenama lain.

Rujuk di bawah ini untuk mengetahui fungsi Bioflavonoid pula:

1. Menjaga kekuatan pembuluh darah (kapilari darah) dan mengatur penyerapannya

2. Membantu vitamin C dalam menjaga collagen agar tetap dalam keadaan sihat,
membantu penyerapan dan penggunaan vitamin C

3. Mencegah kerosakan vitamin C kerana teroksidan

4. Mengurangi hipertensi

5. Mengurangkan pendarahan

6. Mencegah kerosakan pembuluh kapilari dan jaringan penghubung

7. Membentuk penghalang pelindung terhadap jangkitan

8. Memiliki kesan menghilangkan rasa nyeri

9. Dapat mengurangi gejala-gejala pendarahan jangka panjang

Sekian info dari saya yang tak seberapa ni

Sharing Coz Loving

Misz 012-9734729
Sid:1106050
Fb:ibu tayunk

Friday, 5 December 2014

Vitamin Cantik dan Kesannya

Ultraviolet atau lebih dikenali sebagai UV dalam sinaran matahari menghasilkan radikal bebas yang dapat menyebabkan penuaan kulit.VITAMIN C & E  adalah sebagai benteng pertahanan untuk lawan radikal bebas dari sinaran matahari.

APA PULA MAKSUD SPF?

SPF ialah cuma satu angka yang menunjukkan seberapa kuat sunscreen yang kita pakai untuk memberi perlindungan dari terkena sunburn,tapi tak mustahil kita terkena sunburn juga.

Kadangkala kita pelik kenapa dah pakai SPF yang tinggi tapi kulit muka masih sunburn dan berbelang.Persoalan disitu bukan???

Biasanya SPF kita jumpa di produk kecantikkan seperti SPF 20,30 dan ada tu sampai SPF 50..tapi sayang cuma satu angka sahaja.

SPF CUMA ANGKA SUNSCREEN PROTECTION TAPI VITAMIN C DAN E BENTENG PERTAHANAN UTK LAWAN RADIKAL BEBAS DARI MATAHARI!!!

Jika diberi pilihan mana satu pilihan anda??SPF tinggi atau VITAMIN kualiti tinggi??

Sharing and caring

www.misnawatiisun.blogspot.com
012-9734729
fb:ibu tayunk

Saturday, 29 November 2014

Bila Anak kena Sawan Demam

Assalamualaikum w.b.t.

Semua ibu bapa yang tiada pengalaman pasti akan panik bila anak kena sawan betul tak??itu yang saya alami dan lalui.

Cerita anak saya kena sawan macam ni..

Malam sebelum kejadian anak saya,Wawan (nama penuh Muhammad Syazwan) mengalami batuk.Dia bila dah batuk memang lambat baik.Saya beri ubat batuk kanak-kanak dan dia pun tidur.Masa tu badan tak panas pun

Tengah malam dalam pukul 2 saya sedar badan dia panas.Saya dengar Wawan merengek sebab tak sedap badan.Saya ambil air dan kain untuk lap badan dia.Saya ingat yang dalam peti ais ubat demam dia dah tak ada.Lepas buat dermahan dia senyap dan sambung tidur.Saya dah 'plan' nak bawa dia ke klinik pagi esoknya

Lebih kurang pukul 5 pagi saya dan suami terkejut bila Wawan menggeletar satu badan.Tangan dan kaki bergoncang .Suami saya panik.Saya menjerit 'Ya Allah anak aku kena sawan'.Saya dengan pantas angkat dan bawa Wawan ke bilik air.Saya  basahkan dia dengan air paip.Masa tu saya berserah pada Allah sahaja.Kebergantungan saya tentang hidup dan mati anak saya hanya pada-Nya.Hati siapa yang tak luluh dan sedih tengok anak yang dalam keadaan mulut berbuih dan mata terbeliak ke atas kan?

Bergegas ke hospital..

Sepanjang perjalanan ke hospital saya dan suami tak berhenti-henti  membaca Al-Fatihah.Sambil berdoa dalam hati semoga Allah panjangkan umur Wawan.Selang masa 15 minit kami  pun sampai.Kami bawa Wawan ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Fatimah.Saya dalam keadaan basah tak fikir apa-apa dah masa tu terus dimasukkan ke Wad separa kritikal membawa Wawan yang dalam keadaan separa sedar selepas doktor di bahagian pendaftaran memeriksa keadaan Wawan.Doktor kata 'sawan dah tak ada sebab mata dah normal'

Sayu saya tengok Wawan yang bernafas dalam keadaan sukar pada  masa tu .Alhamdulillah,syukur saya pada Allah sambil menahan nangis Allah masih panjangkan umur Wawan.

Kena tahan wad..

Satu malam saya dan Wawan tidur di wad kanak-kanak.Suhu badannya yang semakin menurun dan dah tak demam .Allah telah menguji saya dengan ujian yang mampu saya pikul.Allahuakbar..

Nasihat saya kepada ibu dan ayah serta kepada diri sendiri jangan biarkan jika anak kita demam.Serik saya dengan kejadian itu.Pengalaman ngeri saya dan suami.Upsss,lupa cerita yang anak saya yang sulung Akis (Nursyazwani Balqis) berada di samping adiknya dari mula cerita ke hospital pagi tu.Memang kakak yang penyayang kan??

#gambar masa Wawan dah penat sangat dalam keadaan suhu badan masih panas(pakai baju hospital sebab tak sempat bawak apa-apa masa tu)



Wednesday, 26 November 2014

Tiada Aedes

Lupuskan tempat pembiakan!!!

√ Kita sentiasa sibuk dengan urusan harian tetapi kita tidak boleh abaikan kesihatan kita

√ Peruntukkan 10 minit setiap minggu untuk kita cari dan musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes,pembawa demam denggi

√ Kelalaian kita boleh menyebabkan penderitaan dan kematian diri kita dan orang yang kita sayangi

Kitaran Hidup Nyamuk Aedes.....

√ Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur menjadi nyamuk dewasa hanya mengambil masa selama 7 HARI

√ Anda boleh memutuskan kitaran hidup nyamuk Aedes dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar premis

Apa yang perlu kita lakukan??

Cari dan lupuskan tempat-tempat pembiakan Aedes di dalam rumah dan di luar rumah!!

Monday, 24 November 2014

Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Anak Diserang Sawan??

Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda diserang sawan??

1.Letakkan anak anda dalam keadaan mengiring supaya mudah untuk mengalirkan lendir atau muntah

2.Longgarkan baju anak terutamanya sekitar leher

3.Catatkan jangka masa sawan,perhatikan ciri-ciri sawan

4.Jangan goncang/gegar/tepuk kepala atau badan kanak-kanak tersebut

5.Jangan masukkan sebarang objek ke dalam mulut pesakit walaupun pesakit kancing gigi

6.Jangan bagi ubat / minuman melalui mulut

7.Bawa anak ke klinik atau hospital terdekat

Sunday, 23 November 2014

SAWAN DEMAM

Sawan demam adalah pengalaman yang menakutkan bagi ibu bapa atau penjaga terutamanya bagi yang belum berpengalaman.Tetapi sebenarnya ia tidaklah seteruk yang disangkakan.

Dari setiap 30 orang kanak-kanak, seorang dijangkakan mendapat satu serangan sawan ketika mencapai umur 5 tahun.

Apakah sawan??

Ia adalah serangan yang menyebabkan seseorang itu hilang kesedaran serta berlaku kekejangan dan pergerakan menyentak kaki dan tangan pengidapnya.Serangan ini berpunca dari aktiviti elektrik di otak yang abnormal

Apakah sawan demam??

Ia adalah serangan sawan ketika demam dan biasanya berlaku ke atas kanak-kanak yang berumur di antara 3 bulan hingga 6 tahun

Apakah punca sawan demam??

Ia berpunca dari sebarang jenis penyakit yang menyebabkan demam panas

Thursday, 20 November 2014

Jalani Ujian PAP Smear

Assalamualaikum w.b.t.

Di entri yang lepas saya ada menulis tentang kanser serviks. Kali ini saya ingin menerangkan lebih lanjut lagi gejala-gejala kanser serviks dan cara mencegahnya.

Antara gejala-gejala kanser serviks adalah;

1.Faraj berair dan berbau
2.Pendarahan melalui faraj antara haid
3.Pendarahan dari faraj lepas putus haid
4.Pendarahan dari faraj selepas hubungan seks
5.Sakit semasa hubungan seks

Bagaimana pula mecegahnya??

1.Melakukan ujian saringan PAP Smear setiap 3 tahun
2.Amalkan hubungan seks yang sihat
3.Tidak merokok

Saya sendiri baru sahaja kali pertama menjalani ujian PAP Smear.Almaklum,saya orang yang pegang pada 'Mencegah Lebih Baik dari Mengubati'.

Di bawah ini sedikit info bagaimana ujian PAP Smear dilakukan:

1.Pemeriksaan dalaman dilakukan menggunakan spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj

2.Sel-sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula dan kemudian dihantar ke makmal untuk diproses

Itu sahaja yang dapat saya sampaikan kali ini.Semoga memberi manfaat kepada kita semua.InshaAllah..

Wednesday, 19 November 2014

LAKUKAN PEMERIKSAAN SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN

Assalamualaikum w.b.t.

Saya dahulunya kurang mengambil berat tentang masalah kesihatan.Almaklum,faktor umur masih muda kot saya berfikiran begitu(ke perasan muda je saya ni??..kihkih).Tapi zaman sekarang orang muda pun boleh menghidap pelbagai penyakit contohnya darah tinggi dan kencing manis.

Setelah kesedaran tentang tahap kesihatan ni menebal(sejak bersuplemen katanya..hehe)barulah saya sedar betapa pentingnya kita melakukan pemeriksaan bagi mencapai tahap kesihatan yang optimum dan unggul.

Lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik kesihatan anda secara berkala sekiranya anda;

1.Berumur 35 tahun dan ke atas

2.Berlebihan berat badan atau obes

3.Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes

4.Tidak aktif atau melakukan aktiviti fizikal kurang daripada 3 kali seminggu

5.Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi

6.Mempunyai tekanan darah tinggi 140/90 mmHg atau lebih

7.Mempunyai gejala-gejala penyakit diabetes seperti luka yang sukar sembuh,kerap dahaga,sering membuang air kecil pada waktu malam dan gatal-gatal atau mendapat jangkitan kulat pada kemaluan

Saya bersedia mendengar masalah yang anda hadapi(berkaitan kesihatan ye)

Hubungi saya untuk konsultansi percuma

Misz 0129734729
Fb:ibu tayunk

Tuesday, 18 November 2014

Krim Yang Melegakan Dari Gigitan Nyamuk

Duduk rumah kampung memang banyak nyamuk 'time' maghrib kan?kalau tak tutup rapat pintu tingkap semua "ngingg ngingg" je kat telinga nih.

Lagi dapat darah budak-budak yang fresh memang ke situ jela nyamuk tuju.kita yang dah tua ni tak pulak banyak nak dekat..hihi

'Try' sapu krim multipurpose herbal blend kat tempat kena gigit automatik gatal tu kurang.taklah garu sampai melecet kulit si manja nanti.

Tapi kan..saya memang suka lah krim tu,tumit kaki ni dah kurang pecah-pecah tau.almaklum..kita la maid yang kelam kabut kat dapur kan...

#shakleeEFFECT

Misnawati Isun
Sid 1106050
012-9734729
Fb:ibu tayunk

Bimbingan Dari Upline Seperti Keluarga Dalam Bisnes Shaklee..Itu yang membuat saya tertarik dengan MLM

Alhamdulillah..setelah mendapat kata sepakat kami dipertemukan dalam satu sesi secara offline bagi menimba ilmu dan strategi dalam Shaklee.

Apa yang best nya bisnes shaklee ni adalah kami seperti satu keluarga.Tiada pengetahuan tentang produk atau bagaimana nak mula semua telah diajar oleh sifu kami Norhana Marsom.Beliau seorang yang gigih dan pemangkin semangat kami.thanks kak!!

Kepada adik paling muda Saharulasyikin Haris teruskan usaha ye!!!teruja hingga ke saat ini beliau telah terkesan dengan vitamin C  dan ESP.kulit semakin cerah berseri.nak testimoni nanti ye kin!!

Yang baru je join kami semalam Eira Lin.Tahniah kerana memulakan langkah bijak ini.sebarang kemusykilan kami sedia membantu anda.

Upsss lupa nak beritahu yang kami pernah berkhidmat dalam satu bumbung company yang sama dan telah berjumpa di satu bumbung rumah yang sama.Dengan izin-Nya dan redha suami jua.

Anda yang sedang berfikir-fikir nak buat side income tu boleh sertai kami.Nak daftar keahlian sahaja untuk mendapat tawaran harga hebat pun boleh jika ambil suplemen untuk kegunaan sendiri.

Hubungi saya tanpa teragak-agak ye!!

Misz 0129734729
Sid 1106050
Fb:ibu tayunk

Monday, 17 November 2014

Tips Kuruskan Badan

Assalamualaikum semua..

Ramai yang tanya nak kurus macam mana?tips demi tips saya boleh beri.nak tak nak ikut je.shaklee ni suplemen.suplemen bukan dari bahan kimia yang berbahaya.ia sumber semulajadi.baik dari bahan hinggalah pembuatannya.semua menjalani kawalan kualiti yang ketat dan terperinci.testimoni yang digunakan pun adalah keatas manusia sendiri bukannya tikus.jadi tak hairanlah jika sesuatu produk tu  memerlukan masa yang agak lama sebelum betul-betul  bagus untuk dipasarkan.

Berbalik cerita nak kurus tadi saya sangat rekemen Omega Guard yang memang cepat bertindak bagi membakar lemak-lemak jahat dalam badan tu.Bila lemak dah larut maka perlulah dibuang dan Alfalfa sangatlah sesuai bagi proses tersebut selain menyingkirkan toksin dalam badan.Eh,dah kurus pastu tak kan nak kulit dan otot menggeleber ye tak?ambil la ESP  atau Cinch Shake pulak.bagi bina balik otot-otot  tu..tambah tegangkan kulit.nah,senang je kan tips saya ni??!!wassalam

#sharingTIPSshaklee

Misz 0129734729
Sid 1106050
fb:ibu tayunk

4 Perkara yang membuatkan saya Gila ber fb(facebook)

Assalamualaikum semua..

Tengok tajuk mesti gerun kan??saya nak kongsi cerita saya dengan anda.

'Gila' yang saya nyatakan bukanlah otak tak betul ye.hehe..ni kisahnya..

Gila 1(2011)

Time preggy(masa mengandung) anak no 2 saya 'gila' menyertai 'contest'  (peraduan) di dalam fb.masa tu sebab saya nak hadiah barangan bayi.hmmmm...kelakar kan?siang malam saya bersengkang mata cari 'vote' untuk 'like' terbanyak.

Bukan 1 contest,bukan 2 contest tapi banyak yang saya dah joint.Tapi keputusan hampa tak satu pun hadiah yang saya dapat.sedih kan??tapi takpe bukan rezeki saya

Gila 2(2012)

Pernah satu tahap saya bosan 'gila' buka fb..sebab apa?Bila buat status tiada respon langsung.haha..kesian kan??

Dipendekkan cerita saya belajar main game di fb.Minta pelajar praktikal tempat kerja saya ajarkan.Orang muda memang pandai bab-bab game ni.Sekali lagi saya 'gila' hingga tengah malam tak tidur-tidur lagi gara-gara nak habiskan task dalam setiap game.

Gila 3(2013)

Kali ni 'gila' yang bermanfaat daripada  contest dan game.Saya berkenalan dengan seorang sahabat di alam maya yang saya sendiri tidak pernah jumpa secara 'face to face' dengannya.

Saya main 'kutu'(undi) dengannya.Bila dah seronok dapat duit kutu dalam jumlah yang banyak saya aktif bermain kutu sampai 3 orang mak kutu saya dah sertai.Keluar gaji je mesti nak asingkan duit kutu dulu.

Natijah dari 'gila' yang ni adalah saya masih tak dapat duit kutu saya sebanyak Rm300 dari mak kutu yang dah lari dari tanggungjawab.Sebelum tu dia beralasan ada player yang tak bayar lagi.Nasib saya la kan.dapat turn yang last-last

Gila 4(2014)

Ni 'gila' yang menguntungkan dari bulan 1 hingga sekarang 7/12/2014.Apa dia??'gila' yang akan mengubah hidup saya.Memberi tips dan panduan kepada anda yang ingin sihat iaitu menceburi bisnes Shaklee online dan offline.

Untuk anda yang mahu sertai 'gila' saya yang ke4 ni sangat-sangat dialukan.Bimbingan demi bimbingan akan saya ajar.

Dari 2 angka hingga 3 angka telah saya dapat dalam Shaklee.Suplemen terlaris di Malaysia masa kini.

Saya berdoa semoga 'GILA' yang terakhir ni membawa rahmat dan keberkatan kepada saya,keluarga,sahabat SID(shaklee independent distributor) yang lain.Inshaa Allah

#diMANAadaKemahuanDiSituAdaJALAN

Friday, 14 November 2014

TUMOR TAK SEMESTINYA KANSER

Bismillahirrohmaanirrohim...

Assalamualaikum w.b.t.

Ramai dikalangan kita pernah dengar perkataan "kanser".Tapi hakikatnya tak ramai yang tahu bahawa ketumbuhan(tumor) tak semestinya kanser.

Apa itu kanser??

Kanser adalah sejenis penyakit yang berlaku apabila sel bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunyab ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.

Tumor terbahagi dua iaitu;

1.Tumor bukan kanser(benign)
2.Tumor kanser(malignant)

Tumor bukan kanser tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ lain.

Manakala tumor kanser pula boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain sekiranya tidak dirawat.

Untuk kanser,ramai yang telah terkesan dengan vivix seperti selebriti kita ni sendiri(rujuk gambar di bawah)

Boleh hubungi saya tanpa segan silu jika anda memerlukan bantuan k!

Misz 0129734729
Sid 1106050
Fb:ibu tayunk

DIABETES bukan betis!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di hari Jumaat yang mulia ini saya ingin kongsikan tentang Diabetes pula.Apa itu Diabetes??Apa jenis-jenis Diabetes??

Diabetes ialah sejenis penyakit kronik tidak berjangkit.Ia berlaku apabila paras gula dalam darah adalah tinggi disebabkan kekurangan insulin dalam tubuh atau insulin menjadi tidak sensetif dan tidak bertindak balas dengan tisu-tisu tubuh

Apa itu insulin???

Insulin adalah hormon dalam tubuh kita yang akan mengawal paras gula dalam darah.Diabetes merupakan salah satu faktor bagi penyakit jantung atau kardiovaskular.

Diabetes terbahagi 3 iaitu:

1.Diabetes jenis 1
2.Diabetes jenis 2
3.Diabetes ketika mengandung

Selain Strok,Vivix juga adalah suplemen yang sangat berkesan untuk mengatasi Diabetes.

Sangat rekemen untuk anda!!!

Misz 0129734729
Sid:1106050
Fb:ibu tayunk

Thursday, 13 November 2014

Apa Yang Dikatakan STROK??

Assalamualaikum w.b.t.

Ramai yang selalu dengar perkataan strok.Tapi masih tidak tahu bagaimana strok boleh berlaku.Entri kali ni saya cerita tentang strok ye.

STROK>>>>>>>>>Apa?????

Strok berlaku apabila saluran darah yang membawa oksigen dan zat-zat makanan atau nutrien ke otak tersumbat atau pecah.

Apabila bekalan oksigen ke otak terputus,sel-sel saraf secara perlahan-lahan akan mati.Ini menyebabkan bahagian badan yang dikawal oleh sel-sel saraf ini akan juga terlibat dan tidak berfungsi.

Selalunya kesan strok adalah kekal.Ini disebabkan sel-sel otak yang telah rosak atau mati tidak dapat diganti.

Justeru,strok juga merupakan penyakit kardiovaskular.

Terdapat pelbagai risiko penyakit kardiovaskular antaranya ialah;

1.Obes
2.Diabetes
3.Tekanan darah tinggi
4.Pemakanan tidak sihat
5.Kurang senaman atau tidak aktif
6.Merokok
7.Tekanan perasaan(stres)

VIVIX>>>>>>>VS>>>>>>STROK

Vivix adalah suplemen yang boleh mengatasi strok.InshaAllah..

Hubungi saya melalui:
Fb:ibu tayunk
H/p:0129734729
Misnawati isun

Wednesday, 12 November 2014

APA ITU PENYAKIT KARDIOVASKULAR??

Penyakit kardiovaskular adalah penyakit yang tidak berjangkit dan ia merupakan masalah kesihatan yang utama di negara kita.

Salah satu penyakit kardiovaskular adalah penyakit jantung.

Apa yang dikatakan penyakit jantung??

Seseorang yang dikatakan mendapat penyakit jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan oleh saluran darah yang sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali.

Ini terjadi kerana pengumpulan lemak yang melekat di dinding saluran darah lama kelamaan menyekat atau mengurangkan pengaliran darah ke otot jantung.

Apa suplemen yang sesuai??

CoQHealth Shaklee adalah suplemen yang sesuai kerana :

√ menyokong penghasilan tenaga bagi jantung

√ menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL

√ meningkatkan peredaran darah

√ menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh hubungi;

Misz 012-9734729
Fb:ibu tayunk

Tuesday, 11 November 2014

DERMA DARAH

Assalamualaikum..

Ada 2 perkara yang sedih dan gembira.

Yang sedih dulu..

bulan 4 haritu derma darah 450ml,harini dapat derma 350ml sahaja.sebab doktor cakap berat badan tak layak derma 450ml.siap doktor tanya dah kurus la ni??hehe..dengan bersyukur dalam hati saya cakap ambil suplemen.kalau dia tanya lagi suplemen apa mesti saya dengan bangga akan cakap Shaklee.tapi doktor senyum je.tak yahla nak over plak ye tak??

Yang gembira pulak ..

Percubaan menderma tidak berjaya pada bulan 8 dah dicover harini.haritu tekanan darah rendah sebab tak  cukup rehat dan diatasi dengan omega dan vitamin c  selama 2 bulan.alhamdulillah

Untuk anda yang takut jarum,cubalah buang rasa takut tu.niatkan dan positifkan dalam hati cakap saya tak takut jarum.untuk yang bermasalah tekanan darah rendah@tinggi atau tak cukup berat badan saya cadangkan ambil suplemen sebab tak semua zat makanan yang kita makan diserap oleh badan!!

Menderma demi sebuah kehidupan.

Sharing coz loving

Saturday, 8 November 2014

Nak Hilangkan Jerawat..

Assalamualaikum w.b.t

Mabelles resultnya bila ambil suplemen..pengambilan vitamin adalah pilihan yang bijak kerana ia memperbaiki sel-sel kita dari dalam..dah lah dapat sihat..pastu kulit pulak makin cerah berseri..muah!!!

Apa vitamin yang bagus untuk jerawat ye?apa pula fungsi setiap vitamin tu??

1.vitamin c-Menyihatkan kulit
2.vitamin e-Menghilangkan kesan parut
3.vitamin b complex-Menghasilkan sel-sel baru
4.zinc complex-Mengatasi kulit berminyak

Misz 0129734729
Fb:ibu tayunk

Friday, 7 November 2014

AKTIVITI FIZIKAL

Apa itu Aktiviti Fizikal?

√ Pergerakan yang dihasilkan oleh penggunaan otot-otot yang utama yang mampu membakar kalori yang berlebihan dalam tubuh

Contoh?

√ menaiki tangga
√ menyapu
√ mengemop lantai
√ mengemas rumah
√ membasuh kereta
√ berkebun di halaman rumah

Apa itu senaman?

-berjoging
-berlari
-berjalan pantas
-berenang
-berbasikal

Kebaikan senaman?

√ meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot

√ menguatkan otot jantung dan meningkatkan perjalanan sistem salur darah

√ meningkatkan fungsi paru-paru

√ membantu organ penghadaman dan perkumuhan

√ meningkatkan koordinasi antara saraf dengan otot

√ mengekalkan berat badan ideal

√ menyumbang kepada postur dan penampilan diri

√ mengawal penyakit NCD seperti diabetes,penyakit jantung dan hipertensi

*sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk Otak Pandai..

Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

√ Mencegah insomnia

√ Mengurangkan tekanan emosi

√ Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan

√ Membantu memperbaiki masalah autism

√ Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive

√ Mengurangkan masalah schizophrenia

√ Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak (meroyan)

Untuk membantu perkembangan otak anak kita juga..kerana mengandungi EPA dan DHA...

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya:

Misnawati Isun
0129734729
Sid:1106050
Fb:ibu tayunk
Instagram:ibutayunk
Wechat:misz_aqish
Email:misz_aqish@yahoo.com

Wednesday, 5 November 2014

Kanser Serviks..Mungkinkah SAYA??

Apa itu serviks?
-Serviks adalah pangkal rahim

Apa itu rahim?
-Rahim merupakan bahagian dalam badan  wanita di mana bayi membesar

Apa itu KANSER SERVIKS?
-Kanser serviks atau Kanser Pangkal Rahim adalah keadaan apabila sel-sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser

Faktor-faktor berisiko mendapat kanser serviks adalah seperti berikut:

√ Jangkitan virus Human Papilloma Virus(HPV) melalui hubungan seks

√ Ramai pasangan seks

√ Memulakan hubungan seks sebelum usia 18 tahun

√ Merokok

√ Sejarah jangkitan penyakit kelamin

Siapakah yang berisiko?
-Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks

#serviks1

Siapa boleh ambil OMEGA GUARD??

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya cuma nak beri info untuk anda berkenaan siapa yang boleh ambil OMEGA..

Ada satu kisah tentang sahabat saya yang mana kakaknya keguguran (kandungan baru peringkat trimester pertama) kerana ambil minyak ikan..tapi bukan minyak ikan dari produk OMEGA GUARD SHAKLEE ye..beliau beli dari farmasi yang mana jenamanya biarlah rahsia..

Sebenarnya bukan produk tu tak bagus cuma penerangan dari pemilik farmasi tu tak cukup detail je .Jika beli dari saya inshaAllah saya akan terangkan satu -persatu

Sini info nye;

OMEGA GUARD SESUAI UNTUK SIAPA??

1. Warga Emas

2. Pesakit Jantung

3. Wanita

4. Wanita yang telah melahirkan anak

5. Pesakit darah tinggi

6. Orang yang selalu lupa

7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas

8. Pelajar

9. Ibu menyusu

10. Ibu Hamil trimester tahap 2 dan 3

11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

12. Orang yang nak kuruskan badan

13. Penghidap asma

Berminat nak tahu lagi lanjut boleh hubungi saya..

Misz 0129734729
Sid 1106050
Fb:ibu tayunk

Tuesday, 4 November 2014

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT DAN RISIKO ANDA

Penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Disease (NCD) merupakan masalah kesihatan yang utama di Malaysia.

Berikut merupakan penyakit NCD yang utama:

> Penyakit kardiovaskular(seperti jantung,hipertensi dan strok)

> Diabetes

> Kanser

> Penyakit respirastori kronik(seperti asma dan emfisema)

NCD boleh dicegah melalui kaedah:

√ Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu(selama 20-30 minit setiap kali senaman)

√ Makan secara sihat

√ Kekalkan berat badan unggul

√ Berhenti merokok

√ Belajar menangani stres

√ Periksa tekanan darah

√ Periksa paras gula dalam darah

√ Periksa paras kolesterol dalam darah

√ Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Paling bagus ambil suplemen untuk kekalkan tahap kesihatan anda di tahap optimum

Seperti saya,pemeriksaan kesihatan memang amat saya titikberatkan..

Wallahualam..

*sharing COZ caring

AWAS PENYAKIT KELAMIN

Apa itu penyakit kelamin?

√sejenis penyakit yang disebarkan oleh seseorang melalui hubungan seks

Apakah jenis-jenis penyakit tersebut?

1.Syphilis
2.Gonorrhoea
3.Jangkitan HIV/AIDS
4.Kandidiasis
5.Herpes Kelamin
6.Dan lain-lain

Tanda-tanda jangkitan?

√Keluar cecair kekuningan luar biasa dan berbau busuk daripada alat kelamin lelaki dan perempuan

√Berkudis dan ketumbuhan pada alat kelamin

√Gatal dan ruam di sekeliling alat kelamin

√Terasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil

Akibat jika tidak dirawat?

√Boleh menjangkiti pasangan seks

√Jika ibu mengandung:
-boleh menjangkiti bayi dalam kandungan
-menyebabkan kecacatan pada bayi

TAHUKAH ANDA??

ORANG YANG MENGHIDAP PENYAKIT KELAMIN BERISIKO 10 KALI GANDA UNTUK DIJANGKITI HIV

Semoga info ini bermanfaat buat anda..

*akibat lain jika tidak dirawat(rujuk gambar)

Sunday, 2 November 2014

Set Cantik Asas

Panduan untuk anda yang nak suplemen untuk kecantikan sangat mudah..

Saya suka vitamin asas untuk cantik ni.saya sedang sabar mengambilnya..inshaAllah satu hari nanti kulit saya tidak melambangkan usia saya..bak kata omputih.." very like this supplement"

Nak sentiasa nampak muda dan glowing2 ambil vitamin c,pastu vitamin e bantu buang kesan-kesan parut di wajah dan kulit..psssssst,vitamin b complex bantu beri tenaga untuk kita kekal ceria tau..hehe

sangat syorkan untuk anda yang nak cantik bermula dari dalam

Misz 0129734729
Sid 1106050
Fb:ibu tayunk