Assalamualaikum w.b.t.
Semua ibu bapa yang tiada pengalaman pasti akan panik bila anak kena sawan betul tak??itu yang saya alami dan lalui.
Cerita anak saya kena sawan macam ni..
Malam sebelum kejadian anak saya,Wawan (nama penuh Muhammad Syazwan) mengalami batuk.Dia bila dah batuk memang lambat baik.Saya beri ubat batuk kanak-kanak dan dia pun tidur.Masa tu badan tak panas pun
Tengah malam dalam pukul 2 saya sedar badan dia panas.Saya dengar Wawan merengek sebab tak sedap badan.Saya ambil air dan kain untuk lap badan dia.Saya ingat yang dalam peti ais ubat demam dia dah tak ada.Lepas buat dermahan dia senyap dan sambung tidur.Saya dah 'plan' nak bawa dia ke klinik pagi esoknya
Lebih kurang pukul 5 pagi saya dan suami terkejut bila Wawan menggeletar satu badan.Tangan dan kaki bergoncang .Suami saya panik.Saya menjerit 'Ya Allah anak aku kena sawan'.Saya dengan pantas angkat dan bawa Wawan ke bilik air.Saya basahkan dia dengan air paip.Masa tu saya berserah pada Allah sahaja.Kebergantungan saya tentang hidup dan mati anak saya hanya pada-Nya.Hati siapa yang tak luluh dan sedih tengok anak yang dalam keadaan mulut berbuih dan mata terbeliak ke atas kan?
Bergegas ke hospital..
Sepanjang perjalanan ke hospital saya dan suami tak berhenti-henti membaca Al-Fatihah.Sambil berdoa dalam hati semoga Allah panjangkan umur Wawan.Selang masa 15 minit kami pun sampai.Kami bawa Wawan ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Fatimah.Saya dalam keadaan basah tak fikir apa-apa dah masa tu terus dimasukkan ke Wad separa kritikal membawa Wawan yang dalam keadaan separa sedar selepas doktor di bahagian pendaftaran memeriksa keadaan Wawan.Doktor kata 'sawan dah tak ada sebab mata dah normal'
Sayu saya tengok Wawan yang bernafas dalam keadaan sukar pada masa tu .Alhamdulillah,syukur saya pada Allah sambil menahan nangis Allah masih panjangkan umur Wawan.
Kena tahan wad..
Satu malam saya dan Wawan tidur di wad kanak-kanak.Suhu badannya yang semakin menurun dan dah tak demam .Allah telah menguji saya dengan ujian yang mampu saya pikul.Allahuakbar..
Nasihat saya kepada ibu dan ayah serta kepada diri sendiri jangan biarkan jika anak kita demam.Serik saya dengan kejadian itu.Pengalaman ngeri saya dan suami.Upsss,lupa cerita yang anak saya yang sulung Akis (Nursyazwani Balqis) berada di samping adiknya dari mula cerita ke hospital pagi tu.Memang kakak yang penyayang kan??
#gambar masa Wawan dah penat sangat dalam keadaan suhu badan masih panas(pakai baju hospital sebab tak sempat bawak apa-apa masa tu)