Assalamualaikum w.b.t
Kali ni saya nak tulis dan kongsi tentang 'Adab Makan'
Selama ini kita mungkin ada di antara kita tidak tahu yang apabila kita makan pun boleh datangkan pahala.
Bagaimana??
Dengan mengikuti sunnah Baginda Muhammad SAW setiap amal perbuatan mendatangkan pahala dan kejayaan.
Berikut serba-sedikit adab makan yang saya nak kongsi bersama. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila tambah dan betulkan.
1- Tutup kepala (kalau lelaki pakai kopiah la, kalau perempuan pakai la tudung @ anak tudung).
2- Basuh kedua-dua belah tangan sambil berkumur 3 kali serta membaca selawat.
3- Tunggu makanan dihidangkan. Bukan makanan menunggu kita.
4- Apabila terlihat saja makanan dihidangkan teruslah membaca doa makan.
5- Pastikan kita tidak makan seorang.
6- Apabila hendak mulai makan bacalah "Bismillahi wa'ala barkatillah.."
7- Mulakan makanan dengan buah-buahan (jika ada). Dan sebaiknya colek dan makan garam menggunakan jari terlebih dahulu.
8- Makanlah makanan yang paling hampir dengan kita terlebih dahulu.
9- Zikir semasa makan "Allahhumma lakalhamdu walakasshyurk"
10- Jangan berbual kosong semasa makan.
11- Apabila selesai makan dan hendak bangun mintalah izin terlebih dahulu. Sebaik-baiknya sama-sama bangun.
12- Selesai makan makanan sisip jari (bukan hisap) dan bacalah doa selepas makan.
13- Basuh kedua-dua tangan dan berkumur-kumur.
Begitulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan. Jika ada kekurangan silalah tambah. Moga jadi panduan untuk kita sama-sama amal dan sampaikan.
#sharingFromUmmuMuhaimin
No comments:
Post a Comment