Assalamualaikum w.b.t.
Siapa selalu mengamalkan sujud syukur?siapa tahu apa itu sujud syukur?
APA ITU SUJUD SYUKUR?
Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah SWT. tetapi harus diingatkan bahawa sujud syukur hanya sunat hukumnya apabila dilakukan kerana mendapat nikmat YANG BESAR dan JARANG-JARANG berlaku sahaja. Contohnya apabila dapat mendirikan rumahtangga atau mendapat pekerjaan. Mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan juga merupakan nikmat yang besar dan tidak selalu berlaku
TETAPI sekiranya nikmat tersebut adalah yang biasa biasa sahaja seperti DAPAT MAKAN atau DAPAT BELI TOPUP misalnya maka hukumnya sujud syukur tidaklah sunat tetapi BIDA'AH.
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri,tetapi sesiapa yang kufur (tidak bersyukur) maka tidaklah menjadi hal kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji - (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a. Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.Tak sampai lima minit atau kurang lagi.
Untuk sujud syukur kita TIDAK PERLU :
¶ BERWUDUK kerana dilakukan di luar waktu solat
¶ MEMBACA AL - FATIHAH atau apa-apa rukun solat yang selain daripada NIAT, TAKBIR, SUJUD dan SALAM
APAKAH CARA YANG PALING TEPAT UNTUK MELAKSANAKAN SUJUD SYUKUR?
1. Niat.
-" sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"
2. Takbiratul ihram
-angkat tangan sebagaimana takbir dalam solat
3. Satu kali sujud
4. Bacalah doa yang sebagaimana biasa dibaca ketika sujud dalam solat
-Subhanarobbial A'laa Wabihamdih
5. Salam
-sebutlah "assalamualaikum warahmatullah.."
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Dari itu, diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dan tidak mengabaikan ajaran Islam
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
Doa-sujud
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.
Nota tambahan:
1. Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam.
2. Mazhab Hambali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
3. Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah S.W.T atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219).
Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.
Sumber: Dr Wahbah Zuhaily dan harianislam.com :)
Sharing coz loving
Misnawati Isun
No comments:
Post a Comment